Warisan Rojak Manjung ni memang merupakan tempat makan pilihan no 1 aku di Sitiawan. Banyak nostalgia aku dengan rojak manjung ni sebenarnya.
Dulu aku sekolah rendah di Sitiawan, sampailah berpuluh tahun kemudian, baru aku menjejakkan kaki semula ke pekan Sitiawan ni. Rojak manjung ni dulu memang makanan favourite akulah.
Kenangan yang paling aku ingat ialah dulu, pernah sekali aku punya kemaruk makan rojak manjung ni masa aku kecik, sampai dah habis, aku minta ratah kuah pula. Sedap dah hirup kuah dia, sekali baru perasan itu kuah untuk portion abah aku punya rojak! Aiyo..
Dulu rojak manjung ni macam dekat gerai-gerai medan selera je depan supermarket Parkson, wisma Ganda kut kalau tak salah aku. Dulu Pakcik ni meniaga dengan adik dia. Adik dia jual nasi campur dan dia buat rojak manjung.
Sekarang ni Pakcik ni pun dah jual nasi campur sekali dengan rojak manjung. Adik dia pula buka restoran nasi campur di Seri Manjung. Restoran Warisan Rojak Manjung ni pula dekat Sitiawan.
Rojak Manjung ni sebenarnya macam pasembor. Ada Cucur udang (lembut dan garing), kentang, telur, tauhu dan timun. Dan spesial ada lampung atau paru. LEpas tu ada kuah kacang untuk kau cicah semua tu sekali. Adei meleleh air liur aku tulis.
Lepas tu korang pun boleh pilih sendiri apa yang korang nak ataupun macam aku, aku ambik set makan seorang jer. Puas hati.
Nak pergi kedai Rojak Manjung ni senangnya. Dia Ada dekat depan pasar awam Sitiawan dan depan padang astaka. Dekat astaka tu pun banyak kedai makanan yang menarik dan murah-murah.
Restoran Warisan Rojak Manjung ni dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Pukul 5 dah tutup, kalau makanan habis awal diorang tutup awallah.
Nak solat pun senang, ada masjid berdekatan.
Dulu masjid ni lain, sekarang dibina semula atas tapak masjid lama. Eh terlari topik pula.
So kalau korangg datang Sitiawan, perlulah korang datang berkunjung ke Restoran Warisan Rojak Manjung ni. Harga berpatutan, servis menarik dan yang penting nafsu selera korang insyaAllah dapat dipenuhi.
Peminat rojak atau pasembor
? Kongsi-kongsilah artikel ini dengan mereka yang mempunyai minat yang sama.