Usahawan Digital – Ke Arah Perniagaan Digital Malaysia 2020

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
Read Time5 Minute, 51 Second

 

Alhamdulillah minggu lepas aku berjaya habiskan kursus usahawan digital yang berlangsung selama lebih kurang 10 hari.  Nak jadi usahawan digital ni bukan senang weh, walaupun sebelum ni dah ada pengalaman buat sikit-sikit perniagaan digital ni. Salah satu tujuan aku sertai kursus usahawan digital ni selain nak dapatkan sijil ialah nak tambah dan kilatkan balik ilmu pengetahuan mengenai perniagaan dan pemasaran digital.

Dulu-dulu malas dah nak masuk keluar seminar, kursus semua ni. Sebab aku rasa macam buang masa, tenaga dan duit. MEngetahui perangai aku ni, akhirnya aku akan buat juga apa yang aku dah biasa buat dan dalam kursus ke akan bisik dalam hati (aku dah tahu dah ni).

Tapi lepas aku dah fikir-fikir semula, aku daftarkan juga diri aku untuk sertai program usahawan digital ni dan cuba buka minda dan hati. Selama 10 hari program tersebut berlangsung banyak juga sebenarnya ilmu dan pengetahuan baru yang aku dapat pelajari.

Antara perkara-perkara yang aku belajar semasa program usahawan digital ni ialah:

1. Google form – jangan memandang rendah dengan kehebatan google form ni. Banyak sangat fungsi-fungsi google form ni. Malah kalau korang yang baru nak mula berniaga secara online, boleh memanfaatkan sepenuhnya google form ni, nak jadikan borang tempahan dan kumpul data prospek dan pelanggan pun boleh. Syaratnya nak kena 

2. Design guna canva – Aku memang pernah guna canva sebelum ni. Tapi dalam program ni memang trainer atau penyampai program ni bukakan lagi mata aku luas-luas bahawa canva ni memang senang untuk digunakan. Malah kelebihan dia banyak dah template cantik-cantik yang dah tersedia. 

usahawan digital usahawan digital

Berkat design amatur aku ni guna canva, banyak juga lah reach dan engagement, kalau tak untuk page FB salah satu servis aku ni memang sendu atau krik-krik biasanya.

Ni wajib buat tugasan yang diberikan setiap hari semasa kursus.

3. Whatsapp & copywriting – Benda ni memang aku dah tahu orang banyak guna, aku sahaja macam masih tak berapa selesa. Dalam kurusus tu antara tugasan kami ialah perlu menjual ebook melalui copywriting ringkas melalui whatsapp. Aku habuk pun tak ada sebab tak ada group whatsapp (macam tak percaya kan?).

Ada 2 orang dalam batch aku tu berjaya jual ebook dalam hari yang sama buat copywriting dan post di whatsapp group. Ada sorang ni dapat RM 200 jual ebook harga RM 20 (Ebook tu disediakan oleh trainer -kami hanya perlu redesign cover sahaja). Malam tu siap bakar group dengan share gambar makan-makan besar dengan duit jualan ebook.

4. Ecommerce platform seperti shopee,lazada dan ebayKalau nak meniaga, sangat rugi jika tak manfaatkan platform seperti shopee, lazada dan ebay ni. 

Sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula Mac 2020 ni, ramai rakyat Malaysia sudah semakin selesa untuk membuat pembelian melalui online. Malah ramai peniaga-peniaga warung dan homebase yang telah menggunakan servis penghataran makanan seperti foodpanda untuk merancakkan lagi tempahan dari pelanggan.

Meniaga gunakan platform ecommerce ni tak semestinya kena ada produk sendiri. Boleh sahaja buat bisnes dropship. Malah ada juga orang yang turut memanfaatkan platform ini untuk menawarkan servis mereka dan produk digital seperti ebook dan juga kelas dan video kursus latihan.

Malah kebiasaanya di sini, trafik yang datang adalah dari kalangan orang yang sudah sedia untuk membeli.

5. Media sosial – Manfaatkan media sosial yang ada. Sewaktu kursus usahawan digital ni, kami dipaksa untuk mendaftar dan mengaktifkan akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter & linkedin. Banyak betul, pakcik tahu main FB skrol group makanan jelah.

Dan memang trainer pesan, untuk mula luangkan masa sekitar 1 -2 jam sehari untuk buat dan cipta posting-posting yang bermanfaat di akaun media sosial tersebut. Boleh design pakai canva sahaja. Kalau boleh buat posting original atau asli lagi bagus. Kalau tak boleh tu bolahlah cari inspirasi dan aspirasi dari internet, jangan tirubasi sahaja. 

Hasilnya mungkin tak nampak sekarang, tetapi 5-6 bulan akan datang, pasti akan mula membuahkan hasil yang lumayan jika dapat dilakukan secara konsisten.

6. Landing page dan pemasaran emel – Betul masih lagi relevan pemasaran emel ni. Kami dikehendaki design dan bina landing page dan linkkan dengan akaun email automation. Berasap juga kepala bila lama dah tak buat.

Insya Allah dalam post yang lain aku akan kongsikan cara dan tutorial untuk bina landing page dan kumpul list emel melalui email autoresponder.

7. Blog – Blog ni pun salah satu platform yang sangat-sangat relevan. Betul caranya banyak peluang untuk tambah pendapatan. Salah satu sumber utama pelanggan servis penulisan blog dan artikel yang aku buat pun datangnya dari blog. 

Cuma masa kursus usahawan digital tu trainer ajar guna blogger.  Aku kurang minat sikit dah nak guna blogger sebab aku dah memang setia guna wordpress self hosting, lagi banyak boleh customize. 

Kalau korang nak tengok cara nak daftar self hosting dan domain, aku pernah kongsikan DI SINI kira-kira setahun yang lalu (lamanya).

Tapi blogger sekarang pun boleh tahan juga dengan pelbagai template free yang ada, Malah boleh je buat blog/website guna blogger tapi nampak pro. Dah lah hosting free, bayar domain sahaja kalau nak. Jimatlah kos untuk awal-awal meniaga online ni. Esok dah bertambah maju boleh guna self hosting blog atau website pula.

8. Youtube –  ingat sensasi youtube Sugu Pavihtra? Betul memang youtube ni boleh jadi sumber pendapatan yang baik dan konsisten jika kena caranya,

Tetapi memang akan ambil masa dan perlu konsisten hasilkan video-video yang boleh menarik minat penonton.

Sebab benda ni makan masalah trainer kami paksa kami buat akaun dan channel youtube untuk kami masukkan dan muat naik video-video original kat sana bagi tujuan menjana pendapatan.

Pening juga kepala pakcik tak tahu nak hasilkan content yang macam mana ni.

Itu adalah antara perkara-perkara baru dan penambahbaikan yang dapat aku pelajari sepanjang 10 hari kursus tu. aku harap dapat sijil nanti bolehlah aku pergi lebih jauh dalam bidang pemasaran digital ni. 

Aku seronok kalau dapat ajar dan kongsi bab-bab teknikal dan setting-seting untuk buat kedai online, blog dan sebagainya.

Antara perkara menarik lain yang aku dapat dari trainer kursus usahawan digital yang aku sertai tu ialah:

  • Jangan tangguh-tanguh, kalau nak buat sekarang.
  • Kejayaan tak akan tiba dengan mudah. Usaha yang kau buat sekarang ni, akan mabil masa beberapa bulan sekurang-kurangnya untuk nampak hasil. 
  • Kena konsisten dan fokus, variasikan sumber pemasaran tu bagus, tetapi perlu fokus dan tak boleh buat semua benda sekaligus, nanti memang tak cukup masa dan akhirnya kau sendiri akan putus asa dan give up.
  • Dah usaha, kenalah minta doa dan tawakal dari Allah sebab Allah lah Maha Pemberi Rezeki.

Kita tak ada kabel dan surat sokongan manusia, Allah sahajalah kabel yang kita ada.

So aku harap adalah manfaatnya perkongsian aku kali ni. Aku cuba untuk rajinkan semula diri aku menulis post baru yang bermanfaat setiap minggu sekurang-kurangnya.

Sibuk tulis artikel dan blog untuk orang, blog sendiri jadi berswang, ironi pula.

Macam biasa, kalau korang rasa post ni ada manfaat, bantulah aku sharekan kepada keluarga dan arakan-rakan korang.

Jumpa lagi. 

p.s: insya Allah sebulan dua lagi blog aku ni pun nak up channel youtube yang khusus kongsi (bukan ajar) cara-cara start mulakan perniagaan/setup platform bisnes secara online. 

0 0

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca.... Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.