Towing Motor di Manjung Seawal Jam 7 Pagi

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
towing motor di Manjung
0 0
Read Time5 Minute, 0 Second

Apakan daya pagi-pagi lagi terpaksa towing motor di Manjung seawal 7 pagi. Hari tu dah kena towing motor di Ipoh. Inilah risiko bila kau travel pergi kerja ulang alik lebih 1ookm setiap hari. 

Kalau motor jenis kapcai, larat jugalah nak gagahkan menolak. Ini dengan badan yang hampir sama besar dengan anak badak sumbu (motorlah bukan badan aku) manakan larat aku nak usung keluar nak tolak dari highway.

Pengalaman kali ini agak menyedarkan aku sedikit tentang beberapa perkara, terutamanya kalau korang ni jenis berulang pergi balik kerja dalam jarak yang jauh.

1. Pertama, kena pastikan telefon bimbit korang sudah dicas dan ada kredit/bil telefon dibayar dan boleh membuat pannggilan/carian internet sebelum keluar pergi/balik kerja. 

Aku ni pula spesis suka charge phone di tempat kerja, sebab aku malas nak belek phone masa di opis dan bila nak balik bateri dah full dan bolehlah tengok dan main phone dekat rumah (konon…)

Elok masa motor aku breakdown bateri tinggal kurang 20%, kelam kabut kau janganlah cakap masa tu.

2. Readylah dengan senarai no telefon kecemasan di tempat laluan korang tu. 

Macam aku memang takde simpan mana-mana nombor emergency. Padan muka, berlagak sangat. makanya di sat-sat memerlukan, menggelabah juga jadinya.

Namun begitu aku puji pada pihak peronda WCE highway yang cepat dan segera membantu sewaktu motor aku breakdown tempoh hari.

towing motor di Manjung

Snap sikit gambar abang peronda. Selang beberapa minit kejadian, abang peronda datang bertanya tentang masalah dan bagaimana beliau boleh membantu. Sambil tu beliau sempat brief langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil dan mengingatkan aku untuk sentiasa duduk/berdiri di tepi jalan.

Alang-alang dah terkena ni aku kongsikan sekalilah nombor contact di Highway in case kalau korang turut memerlukan.

Lebuh raya WCE (west coast expressway)

1700816660

Lebuh raya PLUS

1800880000

So kalau ada berlaku kecemasan pastikan korang parking kereta/motor di tempat yang selamat terlebih dahulu dan kemudian hubungi no ini. Kalau ada yang safety sign tu lagi bagus, ala yang papan tanda kecemasan tu.

3. Ingatlah kenderaan anda pun tahu penat juga.

Walaupun jaga dan maintain kereta/motor dengan baik sekali pun, kalau hari-hari kena dera, sakit juga kawan tu. So berpada-padalah walaupun mengejar masa nak sampai on time.

Macam masa motor breakdown tu, Alhamdulillah tak ada jatuh ke apa-apa yang terjadi. Cuma masalahnya, pulas throttle, RPM je naik, tapi motor tak pergi. Mujurlah tak ada apa yang buruk berlaku.

Dalam panik tu, dengan line tak berapa bagus dan bateri tak berapa ada, aku pun buatlah carian google tentang servis towing motor di Manjung dan kawasan berdekatan. Tetapi hampeh, tak jumpa pula. Di Kuala Lumpur banyaklah.

Akhirnya pilihan kedua, aku buat carian di Facebook. Alhamdulillah jumpa dua nombor yang menawarkan perkhidmatan towing motor di Manjung.

Aku pun terus contact (whatsapp) no yang ada dengan segera. Lepas tu terus deal dengan no yang jawab dulu. Apa nak buat, perlu segera.

So badak sumbu aku ni pun ditarik oleh En Amar. Sambil nak tunggu En Amar ni sampai aku pun layan lah main Facebook dulu (tak padan dengan bateri nak habis). Aku layan page Sultan Melaka (troll) dan Dato Seri Najib. Amboi-amboi Dato Seri ni sejak main FB bukan main lagi happy dia troll ̶K̶e̶r̶a̶j̶a̶a̶n̶ ̶/ p̶e̶m̶b̶a̶n̶g̶k̶a̶n̶g̶ ̶ Entah aku pun tak tahu asyik tukar-tukar side ni, yang merananya rakyat juga.

Sambil tu nampak ada satu superbike dari arah berlawanan bertanya aku ok atau tak. Memang semangat kental biker ni tak mengira jenis motor. Terima kasih brader.

Korang boleh hubungi beliau di talian

017-5796875 atau boleh whatsapp direct je KAT SINI.

Dia ni memang dah berpengalaman buat towing motor ni. En Amar ni memang minat giler dengan sukan permotoran ni.

So InsyaAllah motor kesayangan korang ni selamat. Bukan setakat towing, beliau juga menawarkan khidmat delivery/penghantaran motor ke seluruh malaysia setiap hari. Siapa kata kereta keluaran tempatan tak berkualiti dan tak ada endurance.  ( ni kompem ada yang nak bawang balik kata perodua bukan kereta Malaysia, pasang jer).

Siapa sangka, pakai rusa je sampai towing dan deliver motor satu semenanjung malaysia. Siapa kata kereta keluaran tempatan tak berkualiti dan tak ada endurance.  ( ni kompem ada yang nak bawang balik kata perodua bukan kereta Malaysia, pasang jer).

Aku puas hatilah dengan servis towing motor yang ditawarkan. Harga tu pada aku berpatutanlah.

Setelah selasai setting atas trailer, aku pun maklumkan pada pihak WCE yang motor aku sudah sedia untuk ditarik keluar daripada highway. Bukan apa mudah untuk diorang update status nanti (status kerjalah, bukan  status FB).

Akhirnya tow semula ke rumah aku. Terpaksa ambil cuti kecemasan. Si badak sumbu ni bukan semua workshop yang boleh dan nak baiki dia semula. Dengan hanya duit RM 20 dalam dompet, yang lain penuh resit dan kad ganjaran loyalty sahaja, kad mesra, playland, comic house dan lain-lain.

Dah nak sampai, berhenti di bank, bank pun tak boleh nak keluarkan duit. Aiyoo. Akhirnya setelah dipersetujui, transfer sahaja ke akaun En Amar dengan baki bateri handphone sebanyak 2%. 

Nasib baik sempat.

Dan seperti yang dijangka, masuk 3 hari motor aku tak siap lagi sebab barang masih tak ada. Ohh motor aku putus belting dan juga, pulley depan rosak dan roller (kacang) juga haus/rosak.

Beginilah dugaan bila kau suka benar pakai kenderaan yang spare part mempunyai harga tinggi dan susah nak cari.

Apakan daya dah memang perangai aku macam gitu.

Dari zaman pakai Suzuki FX 125, Naza Ria lagi dan kini Si SYM VTS 200 si badak sumbu.

Apa-apapun memang berterima kasih dengan servis En Amar. Kurang serabut sikit aku hari tu untuk membawa pulang si badak sumbu kesayangan. Silalah simpan no beliau untuk dihubungi jika berlaku kecemasan kenderaan di kawasan sekitar Manjung dan Sitiawan.

Kalau area Ipoh pula bolehlah refer post aku sebelum ni DI SINI.

Berguna ke baca artikel ini? Silah share dengan kawan-kawan dan family korang yang tinggal di kawasan Ipoh, Sitiawan dan Manjung. Manalah tahu ada yang memerlukan servis towing motor atau delivery.

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca. Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

rezeki menulis
tambahincome@kejapps
blogkejapps

Rezeki Menulis

Alhamdulillah rezeki menulis. Buka-buka emel, ada pemberitahuan melalui emel tentang pembayaran komisen tentang satu sistem borang tempahan yang pernah saya tulis. Walaupun tak banyak, lepaslah

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.