Korang pernah ada pengalaman cinta monyet sambil balas-balas surat cinta tak? Tiba-tiba je kan macam jiwang karat post aku hari ni. Tapi aku memang tak tahan memang aku nak kena cerita juga.
Tadi masa ambil anak-anak lelaki aku balik sekolah, abang yang sulung report cakap adik dia yang no 2 tu dah ada awek. Aku ingat dia main-main menyakat adik dia, sebab selaku abang sulung memang merupakan tanggungjawab diorang menyakat adik-adik sebagai tanda kasih sayang. Aku pun malas nak layan dan buat tak tahu sahaja.
Balik solat Jumaat tadi, aku pun minta anak-anak semua siapkan kerja sekolah diorang terus dan kemas beg siap-siap untuk hari Isnin ni nanti. Bukan apa, senang, nanti tak ada nak kelam kabut hari Ahad malam baru nak buat semua.
Sambil-sambil tolong anak-anak aku siapkan kerja sekolah, aku juga ‘spot check’ beg sekolah anak-anak aku. Aku pantang betul dengan diorang ni, kadang-kadang buku terlipat sana-sini, memang aku tak boleh tengok. Masa aku check beg sekolah anak aku yang no 2 tu, macam-macam yang aku jumpa, kertas, pembalut bungkusan makanan, adei dan macam-macam lagi. Tapi yang paling aku terkejut, tak sangka ada surat cinta,, yups surat chenta dalam beg dia!
” Ini untuk xxxxx
Bukalah tapi jangan buka di atas meja
buka di bawah meja
yyyy
muah, muah, “
Part yang ada muah, muah tu yang aku tak berapa boleh tahan.
Aku pasti korang dulu pun mesti ada kenangan cinta monyer berbalas surat cinta kan? Aku dulu main letak bedak follow me dan tulis pakai pen yang dakwat wangi tu.
Korang ada pengalaman cinta monyet ni? Apa kata korang kongsikan di ruangan komen.