Sunat cuti sekolah 3 orang hero

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
sunat cuti sekolah
Read Time4 Minute, 48 Second

Seperti mana ibu bapa lain yang ada anak lelaki, aku juga tak ketinggalan untuk merancang aktiviti sunat cuti sekolah untuk 3 orang anak-anak aku. Pada mulanya kami suami isteri merancang untuk melakukan sunat cuti sekolah anak-anak di hospital sahaja. 

Bukan apa, aku risau juga takut anak-anak tak tahan sakit kalau buat local bius sahaja. Dahlah sebelum tu ramai yang menyakat anak-anak aku pula. Kalau di hospital senang, bius sampai pengsan dan sedar-sedar dah siap. Tetapi akhirnya kami suami isteri ambil keputusan untuk sunatkan anak-anak di klinik sahaja setelah membuat perbandingan pro & cons. 

Kami sepakat untuk membiarkan anak merasakan pengalaman bersunat. Bolehlah nanti diorang cerita pada rakan-rakan dan anak-mereka nanti pula. Proses nak sunat anak-anak ni pun agak kelam kabut sebab beberapa sebab musabab. Aku dan isteri lambat nak decide nak sunat di mana, jadi tiada tarikh yang ditetapkan. Tambahan pula aku masa tu masih sibuk uruskan hala kematian Allahyarham abang aku dan uruskan urusan keluarga beliau. 

Persediaan agak serabut. Setelah booking tarikh dan slot untuk anak-anak aku, aku terpaksa ke Kuala Lumpur untuk uruskan urusan keluarga Allahyarham. Terpaksa minta isteri aku uruskan bab pencarian kain pelikat anak-anak. Alhamdulillah dapat jumpa di Pasaraya Rakanku. Lepas dah selesai aku cari lagi di Pasaraya Hari-hari. Oklah dapat satu pada harga RM 9.90. Itupun stok dah tinggal cukup-cukup untuk anak-anak aku. Ramai ibu bapa yang dah borong dulu.

Tetapi sebelum tu aku dah order spender bersunat/berkhatan di Shopee do do do do dulu. 

sunat cuti sekolah

Alhamdulillah sempat sampai masa sebelum bersunat.

Tiba masa nak bersunat/berkhatan, adalah sedikit drama. Tetapi Alhamdulillah syukur semua anak-anak aku berjaya disunatkan dengan jayanya.

Lepas tu sebelum balik rumah, singgah kedai hardware beli tali rafia untuk buat gantung kain pelikat. Aku buat simple jer macam gambar kat bawah.

sunat cuti sekolah

Aku rentangkan tali rafia melintang dulu, kemudian aku ikatkan tali menegak pula. Nak senang aku ikat pada klip kertas yang hitam (besi) tu. Senang nak buka dan kepit balik pada kain pelikat.Korang nak buat macam-mana pun boleh, ikut kreativiti masing-masing, janji sampai kepada objektif. Untuk yang tak tahu, tujuan buat macam tu adalah untuk elakkan kemaluan terkena kain. Satu lagi reason nak hadkan pergerakan anak-anak. Fahamlah budak-budak, kalau tak dihadkan, mau bergerak berlari ke sana sini.

Bersunat/berkhatan satu hal, nak jaga anak-anak yang lepas bersunat/berkhatan ni pula satu hal. Serius cakap memang ada masa aku sendiri menangis/meraung, memang memenatkan dan menyakitkan emosi, mental dan fizikal. Tetapi InsyaAllah lepas 4 hari yang mencabar, kau akan rasa semua benda mudah lepas tu.

Pengalaman aku jaga anak-anak berpantang masa sunat cuti sekolah ni macam nilah. Kali ni memang aku jaga. Aku tak bagi isteri aku ambil cuti. Alang-alang aku masih tak dapat offer letter jb yang aku dah dapat tu, aku proceed jelah dulu jaga.

Stress dan penat bila kau sendiri pun tak reti dan dalam masa yang sama, anak-anak pun macam masih trauma dan takut-takut. Tambahan pula kalau ada anak yang lagi prefer isteri kau buatkan. Macam anak aku yang no 2 tu, sampai sakit perut/pundi kencing sebab tahan kencing di hari pertama sebab takut sakit. Tapi Alhamdulillah dengan pujukan dan sedikit (banyak) dorongan (paksaan) akhirnya semua selamat.

Untuk dua hari pertama tu memang aku sponge bath je anak-anak aku. Dan pada masa ni memang agak mencabar. Dahlah aku sendiri pun takut tengok darah, korang bayangkan sahajalah. Silap haribulan tu aku pun boleh pitam. Dua hari pertama ni pun lah yang akan keluar banyak sikit air bisa dan darah sementara nak tunggu luka mula kering.

Masuk hari ketiga, aku dah mula mandikan anak-anak. Aku suruh mereka berendam dalam besen besar. Aku tak tambah apa-apa pun, letak air sahaja. Aku suruh mereka berendam seorang 15 minit. Tujuan aku nak bagi kemaluan mereka kurang bengkak dan dalam masa yang sama nak kurangkan pembentukan kuping keras/bagi kuping keras mudah tanggal di bahagian luka.

Walaupun dapat tentangan awal, tetapi Alhamdulillah semuanya berjaya dipujuk. Yang aku best, terus muka diorang ceria. Tetapi kena jaga-jaga dan monitor, tak boleh biarkan mereka terlalu lasak dan lama sangat berdiri/duduk. Bimbang nanti luka berdarah kembali.

Untuk makanan pula, aku bagi seadanya. Aku elakkan lauk dan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan. Selagi mana tak memudaratkan, bolehlah bagi. Benda ni tak sama untuk semua orang.

Akhir sekali aku kongsikan sedikit tips untuk penjagaan anak-anak yang bersunat/berkhatan terutamanya yang sunat cuti sekolah.

  • Rancang aktiviti sunat lebih awal dan jangan last minute.
  • Sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti kain pelikat, tali, spender sunat dan lain-lain yang berkaitan.
  • Perbanyakkan persedian mental diri sendiri dan anak-anak.
  • Jangan tipu anak-anak. bagitahu mereka kenapa kena bersunat dan bersunat memang sakit, tetapi sakit yang boleh ditahan. Aku sendiri kerap bagitahu mereka bahawa ada beberapa kali proses sakit bersunat iaitu sewaktu nak cucuk letak bius, buang air kecil pertama dan sewaktu kuping nak tanggal.
  • Bagi anak ubat tahan sakit sebaik selepas sunat sebab bimbang kesan bius akan hilang.
  • Jika boleh, sunatkan mereka di tempat yang hampir dengan tempat nak jaga mereka sewaktu lepas bersunat.
  • Selalu berikan semangat untuk anak-anak dan kuranglan marah mereka di masa begini. Aku cakap jelah. Ada juga masa aku terlepas baran.
  • Sunatlah di awal musim cuti sekolah supaya ada masa nak baik dan anak-anak boleh selesa berjalan seperti biasa.
  • Kalau ada kemampuan, bawalah bercuti atau luangkan masa dengan mereka dulu beberapa hari sebelum aktiviti bersunat. Nak kasi diorang happy dan kurang nervous.
  • Pastikan kemaluan mereka dibasuh dan dilap dengan kering setiap kali lepas mandi dan buang air kecil.

 

Itu sahaja dari aku kali ini. Selamat berjaya pada ibu bapa dan anak-anak yang nak bersunat sewaktu musim cuti sekolah ni.

 

 

0 0

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca.... Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.