Kami berpengalaman dalam dunia internet marketing sejak tahun 2016. Sebelum ini kami terlibat dalam dunia bisnes affiliate dan penghasilan produk digital.
Kami pernah terlibat dalam beberapa projek penulisan seperti terjemahan bahasa untuk buku dan juga artikel. Kami juga menjalankan kerja-kerja penulisan blog di belakang tabir sebelum ini.
Cumanya kami tidak dapat mendedahkan siapa klien kami dan projek mana yang kami terlibat. Walaupun begitu kami sudah menyediakan beberapa contoh dan sampel hasil penulisan kami untuk anda nilai sendiri.
Sekarang kami berkhidmat sebagai salah seorang kolumnis bahasa melayu bagi sebuah syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Dubai. Syarikat tersebut adalah syarikat peneraju browser internet yang patuh syariah.
Anggap sahaja kami ini pendatang baru dalam industri penulisan. Kami ingin kumpul portfolio dan bina pengalaman dalam industri. Sebagai balasan, anda ada penulis untuk artikel anda pada kadar harga yang berdaya saing.
Kami dapat bina portfolio dan pengalaman dan anda dapat artikel berkualiti untuk blog anda. Semua pun boleh menang!