Step by step model bisnes online 2019 dari rumah yang menguntungkan |

Step by step model bisnes online 2019 dari rumah yang menguntungkan

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
model bisnes online 2019 dari rumah
Read Time7 Minutes, 39 Seconds

Kali ini aku nak kongsikan tentang satu model bisnes online 2019 yang korang boleh mulakan dari rumah. Semestinya korang boleh mulakan dengan modal yang rendah dan insyaAllah boleh mendatangkan keuntungan.

Dalam banyak-banyak bisnes online dulu, bisnes affiliate marketing inilah yang menjana pendapatan pertama aku secara online dulu. Komisen berjumlah RM 25. Oklah tu, boleh jadi springboard sampai pernah jadi top affiliate beberapa program. Dapatlah hadiah cash + dinner dan peluang bernetworking dengan otai-otai affiliate Malaysia.

Sampailah beberapa tahun lepas tu sampai sekarang ni baru aku ada mood balik nak buat bisnes affiliate marketing ni. Jom aku kongsikan serba sedikit apa itu bisnes affiliate ni. Bisnes affiliate ni basically bisnes yang korang boleh lakukan secara online dengan promosikan produk orang. Once dapat jualan, korang akan dapat komisen.

Macam nak sama dengan dropship, cuma bisnes affiliate ni lebih fokus kepada produk digital seperti ebook dan juga panduan video. Apa yang perlu dilakukan adalah korang cuma perlu promosikan link khas dengan ID affiliate korang dan korang akan terima komisen bila ada jualan yang terhasil dari link affiliate korang.

Walaupun senang benar bunyinya tetapi masih ramai yang tak berjaya menghasilkan satu sen pun daripada bisnes affiliate ni. Betul……walaupun anti klimaks, tapi inilah realiti. Sebab tu aku cerita dengan jelas tanpa sorok-sorok supaya korang boleh tahu perkara penting sebelum memulakan bisnes online dengan bisnes affiliate ni.

Jom aku kongsikan kelemahan dan kelebihan bisnes affiliate ni.

Kelemahan bisnes affiliate:

  • Persaingan yang tinggi sebab ini adalah model bisnes yang paling mudah dan paling rendah modal permulaan.
  • Kalau salah pilih program, kemungkinan besar komisen tidak dibayar. Ini adalah antara sebab aku merajuk lama dari dunia affiliate selepas komisen yang agak banyak tak dibayar. 
  • Bergantung kepada program affiliate, ada yang tunggu satu bulan baru bayar komisen, atau ada yang perlu cukup jumlah minima sebelum dibayar.
  • Sesetengah program affiliate tak sediakan bahan promosi yang mencukupi. 
  • Banyak sangat program dan produk affiliate sampai pening dan tak fokus untuk pilih dan promosikan yang mana satu.

model bisnes online 2019

Kelebihan bisnes affiliate:

  • Tak perlu simpan stok
  • Tak perlu provide support kepada customer. Kepada yang baru nak belajar buat bisnes dan handle semuanya seorang diri, inilah adalah sangat penting.
  • Komisen untuk satu jualan produk adalah agak tinggi.
  • Modal permulaan yang rendah dan mampu milik oleh pelbagai golongan.  
  • Boleh mulakan dari rumah.
  • Boleh dilakukan secara part time.

Masalah biasa yang menyebabkan tak dapat jualan daripada bisnes affiliate ni: 

  • Terus promo link affiliate secara berleluasa
  • Promosi banyak sangat produk affiliate pada masa yang sama. Dalam seminggu sampai 5-6 produk affiliate sekali jalan, amboi hang!

Tapi janganlah risau, susah dan ramai tak berjaya tu tak bermaksud mustahil. Yang penting kena fikir positif dan usaha dengan cara yang betul. Daripada zero pun boleh mendapat hasil. Orang positif nampak penyelesaian dalam masalah. Orang negatif nampak masalah dalam penyelesaian. Korang kena pilihlah nak jadi yang mana satu.

Start slow tak apa, yang penting kena konsisten. Cuba dapatkan 2-3 angka sebulan dulu dan kemudian boleh cuba ke 4 angka pula dan selebihnya seterusnya.

Ok dah bagi sikit overview mengenai model bisnes online 2019 yang korang boleh mulakan dari rumah ni, sekarang aku nak kongsikan pula apa benda yang korang perlu ada sebelum mulakan bisnes affiliate ni.

  • Produk affiliate untuk dipromosikan
  • Modal sekitar RM 300 untuk beli domain & hosting & buat FB ads
  • Emel autoresponder untuk kumpul list potential prospect dan buat emel follow up.

Sebelum aku terus kongsikan apa yang nak buat, jom lihat serba sedikit flow nak promosikan produk affiliate ikut cara blog kejapps dot com ni.

Flow untuk mempromosikan bisnes affiliate:

1. Pilih produk dan niche affiliate untuk korang promosikan – pada aku perkara ni penting sebab benda ni akan menentukan banyak benda selepas ni, daripada bakal prospek korang, cara nak promosi dan macam-macam lagi. Untuk permulaan ni korang boleh pilih produk daripada 2 platform ni.

 Tapi sebelum pilih tu korang kena daftar dululah sebagai affiliate.

Daftar affiliate klikjer

1. Pergi ke laman web klikjer. Klik menu affiliate. Klik daftar affiliate.

2. Isikan semua maklumat yang diperlukan. Klik butang create account.

3. Korang akan dapat paparan ini. Semak emel dan ikuti langkah seterusnya dalam emel.

4. Login ke akaun klikjer dengan username dan password yang korang register sebelum ini.

5. Untuk lihat senarai produk, korang bolehlah masuk ke marketplace dan pilih produk dan buat research yang secukupnya.

Daftar affiliate SJP 4.0

1. Pergi ke laman web SJP 4.0 dan masukkan nama & emel.

2. Follow langkah seterusnya yang akan diterima dalam emel korang. itu jer,

3. Korang boleh pilih produk di bahagian marketplace. Macam-macam ada.

Untuk makluman korang komisen dari klikjer adalah 50% daripada harga produk. Manakala di SJP 4.0 adalah 40%. Lumayan kan?

2. Bina customer avatar ataupun bahasa mudahnya research siapakah bakal prospek korang –  Senang cakap, nak offer produk atau servis tak boleh offer dekat semua orang. Kena offer pada targeted prospek, supaya promosi lebih berkesan.

Contoh: Nak cari prospek untuk niche bisnes online. Boleh target atau set interest pada mereka yang like, follow atau meminati page ikon bisnes online seperti Irfan Khairi, Encik Azizan Osman, Sifu FB ads, Najib Assadok dan lain-lain yang berkaitan.

Untuk target umur, boleh target dari umur 25 – 44 tahun. Berdasarkan pengalaman dan ujikaji aku, golongan umur ni yang sangat responsif dengan peluang jana pendapatan lebih dan juga bisnes online.

Untuk step no 2 ni aku boleh kongsikan secara generik sahaja, sebab aku pun masih lagi dalam proses try & error nak cari yang terbaik.

Tapi kalau korang nak belajar in depth dan secara lebih terperinci, aku cadangkan korang refer pada panduan persona pelanggan ni. Bila dah kenal potential prospek, insyaAllah kempen promosi pun akan berjalan lebih lancar.

3. Tulis artikel berkaitan niche & produk serta bina landing page – Untuk item ni korang perlukan blog. Aku cadangkan korang mulakan dengan blog WordPress. 

Sebelum tu korang kena ada domain & hosting dulu. Korang boleh check artikel ni untuk dapatkan step by step daftar domain & hosting dan juga install blog WordPress korang yang pertama.

Aku pun ada kongsikan apa plugin penting yang korang perlu install & macam mana nak setting plugin untuk tambah fungsi SEO.

Tapi kalau korang malas nak ambil tahu tentang setup teknikal blog WordPress, korang boleh je suruh orang lain install dengan kadar harga yang berpatutan. 

Korang boleh dapatkan servis install blog team Rahman Basri di sini.

Untuk setup landing page aku akan kongsikan dalam blog post yang akan datang.

Untuk artikel, aku hanya follow sahaja recommendation daripada SEO plugin.

Korang bolehlah tengok video ni untuk ambil idea sedikit untuk mula menulis artikel. Ingat, nobody is perfect. Cuba buat bersungguh-sungguh dulu. Tak perlu nak tunggu semua sempurna dulu baru nak jalan.

Untuk cadangan keywords, aku menggunakan tools ubersuggest daripada Neil Patel. Korang boleh terus pergi ke laman web ubersuggest untuk menggunakan tools tersebut. Percuma dan tools tersebut sangat powerful.

 

4. Promosikan artikel kepada bakal prospek korang dan kumpul emel list – Di sini korang perlu invest sedikit modal untuk melakukan aktiviti promosi dan pemasaran.

Memang boleh lakukan aktiviti pemasaran percuma seperti post di akaun sosial media personal dan juga ke group-group yang berkaitan. Tetapi ianya akan memakan masa.

Aku biasanya gunakan pemasaran FB ads jer. 

Di sinilah gunanya customer avatar bakal prospek korang yang korang telah develop sebelum ini.

Masukkan target audience mengikut customer avatar yang telah korang bina sebelum ini.

Untuk detail nak promosi artikel menggunakan FB ads, akan aku kongsikan dalam post yang akan datang. Kalau tidak aku tak tahu berapa jam baru habis korang nak baca artikel ni.

Aku lupa pula nak cerita dalam step sebelum ni perlu ada emel autoresponder bagi kumpul list emel dan juga untuk follow up prospek dengan emel follow up nanti.

Kalau korang masih tak ada emel autoresponder, aku sarankan korang gunakan emel autoresponder dari getresponse. Ada free trial selama 30 hari dan selepas tu pakej bermula daripada -/+ RM 60 sebulan.

Korang follow je instruction dekat page getresponse ni. Tapi make sure bila korang dah siap artikel dan nak run promosi baru korang register supaya boleh utilize free trial 30 hari tu. Nanti dah boleh rolling modal bolehlah langgan pakej bulanan.

5. Follow up prospek dengan emel follow up yang telah disediakan – part ni yang biasanya mendatangkan jualan produk.

Daripada promosikan link affiliate secara direct kepada prospek, korang dah bagi info dan tarik minat prospek dulu. Lepas tu barulah sambil kongsi info sambil mempromosikan produk affiliate yang korang dah pilih tadi.

Bila prospek dah start mengenali dan mempercayai korang, barulah urusan jual beli lebih mudah terhasil. InsyaAllah.

Aku tahu dalam artikel ni ada part dan langkah-langkah yang aku tak dapat nak kongsikan secara detail disebabkan akan jadi cramped dan information overload dekat korang.

InsyaAllah aku akan sambung lagi secara detail untuk part yang tak dapat aku kongsikan di artikel ini dalam artikel yang akan datang.

Tapi kalau korang dah tak sabar dan nak start model bisnes online 2019 dari rumah yang menguntungkan ni dalam masa kurang 24 jam, korang boleh rujuk di sini.

Dah ada segala penerangan secara lengkap step by step semuanya.

Setuju tak dengan apa yang aku kata ni? Bisnes affiliate adalah model bisnes 2019 dari rumah yang menguntungkan. Malah korang boleh mula start sekarang dengan modal yang minima berbanding bisnes dan model perniagaan yang lain.

Tolong share artikel ni dengan kawan-kawan dan family korang yang baru nak start buat bisnes yer. 

 

0 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

servis penulisan artikel
Servis Penulisan Artikel
blogkejapps

servis penulisan artikel 2019

Alhamdulillah pada awal bulan November 2019 ini, melalui blog kejapps dot com, kami telah melancarkan secara rasmi servis penulisan artikel. Buat masa ini kami mahu

Read More »

Sampel penulisan 5

Sampel artikel 5 Tajuk: 10 Tips promosi produk affiliate di wall Facebook anda Teknik promosi ini adalah antara teknik promosi affiliate yang paling diminati ramai

Read More »

Sampel artikel 4

Ramai yang berkata pemasaran emel ini sudah ketinggalan zaman. Tiada lagi engagement dan respon yang tinggi kerana generasi masa kini lebih selesa dengan sosial media

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu