Stay at home, work at home sepanjang tempoh lockdown covid 19

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
stay at home
Read Time2 Minute, 58 Second

Stay at home! Duduk rumah dan jangan keluar kalau tiada keperluan. Aku yakin masih ramai lagi yang mungkin tak dapat menerima atau masih terkejut dengan arahan kuarantin di rumah selama 14 hari.

Aku dan isteri juga masih lagi cuba adjust aturan untuk stay at home sambil work at home ini. Macam aku sendiri, pukul 5 petang hari selasa tu baru dapat arahan secara lisan dari pihak majikan untuk perintah bekerja dari rumah mulai 18 Mac 2020 sehinggalah 31 Mac 2020.

Dengan ada report yang perlu dihantar keesokan harinya, kelam kabutnya jangan cakaplah. Ada 30 minit sahaja untuk urusakan segala-galanya. Yang nak bawa balik PC ke rumahnya, nak isi borang itu dan ini. Last-last 6.30 petang juga baru aku bergerak pulang.

Dengan senang hatinya selepas dah install VPN dan seeting untuk acces server company daripada laptop aku, aku pun bergerak pulang. Setelah puas bergaduh dengan Pak guard kerana isu gate pass dan bawa keluar laptop aku, maka lepaslah aku pulang.

Aku ingat dapatlah aku send je terus report malam tu juga sebab aku dah hampir siap. Sekali, fail-fail yang aku ingat aku dah copy, aku tak copy rupanya. Maka menangislah aku berhuhuhu dan terpaksa buat balik everything from scratch.

Sebenarnya aku bersyukur sangat dapat peluang untuk work from home sambil stay at home ni. Adalah hikmahnya juga. Actually aku pening memikirkan mana nak letak anak-anak aku sebenarnya. Yelah semua taska, pusat asuhan semua pun ditutup. Jadi syukur , Alhamdulillah.

Tapi dalam nak kata stay at home dan work at home ni pun banyak sebenarnya cabaran yang terpaksa dilalui. Masa wife aku baru bagi gambar ni aku rasa tak boleh blah.

stay at home

stay at home

Tapi masuk hari ketiga work from home ni, Ya Allah memang aku rasa nak buat macam gamabr yang kat atas tu. Cabarannya nak bagi anak-anak faham yangtak boleh keluar rumah sesuka hati dan juga kitorang sedang bekerja walaupun duduk di rumah.

Masalahnya,kejap-kejap naka makan, kejap-kejap minta itu ini, ajak main dan macam-macam lagi, aku yakin korang pun sama.

Apa-apapun stay safe aku ucapkan dan tolong jangan keluar rumah kalau tiada keperluan yang mendesak.

Macam kitorang memang 2 hari sekali perlu keluar rumah untuk beli barang nak masak, sebab peti ais comel.

Nak membeli pun jangan panik dan buat pembelian yang melampau-lampau ya. Belilah berpada-pada.

Lagi satu aku juga  nak sarankan agar janganlah sebarkan berita-berita dan infirmasi palsu mengenai virus covid-19 yang sedang berleluasa ni.

Untuk maklumat rasmi dan info yang tepat, korang boleh join channel telegram rasmi MKN (masjlis keselamatan negara) untuk dapatkan info yang tepat.

Setakat aku menulis ni dah ada leboh seribu kes positif di Malaysia dan 3 kematian asbab covid-19 ni.

So please janganlah tingkatkan lagi risiko dengan keluar rumah tanpa keperluan. Sayangilah diri korang dan keluarga.

Sambil-sambil duduk rumah bekerja tu dan bermesra (bermesralah sangat) dengan anak-anak korang bolehlah ikut cadangan dari MKN ni.

Dan jika ada  kecemasan atau kemusykilan mengenai covid-19 ni korang bolehlah segera menghubungi pihak berwajib di talian berikut.

 

Stay safe, be considerate and tolerate, sama-sama saling mendoakan agar kita semua selamat dalam ujian dan cabaran ini.

Paling penting aku nak ingatkan sekali lagi, kalau berita tu tak confirm atau bukan daripada sumber-sumber pihak berwajib..bukan FB mahupun insta dan juga blog-blog hiburan, janganlah kongsikan. Kesian pihak berwajib nak kena wujudkan satu team khas pula nak filter dan counter berita-berita yang kurang tepat tu.

 

0 0

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca.... Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.