Satu benda major yang aku rasa down lepas ambil exora ni ialah DVD player Exora ni tak ada speaker. Aiyoooo. Potong betul. Kesian la juga dekat anak-anak bila diorang dah happy boleh layan movie, sekali tak ada suara.
First of all, artikel aku kali ini bukanlah nak ambil kesempatan nak hentam proton. Aku seboleh-boleh memang support proton. Malah aku pun memang pernah dan masih pakai proton. Daripada proton wira,, saga BLM dan terkini Exora, memang aku support proton ni.
Tapi bila ambil kereta, DVD player exora ni tak ada sound/speaker la pula. Macam tak kena kan. Bagi DVD player tapi tak ada sound. Ok cukuplah kat situ, jangan kecam aku pula. Haritu aku ada tulis pengalaman aku ambil kereta exora aku dan servis sekali KAT SINI. kalau rajin korang nak bacalah.
Since bajet pun dah tak berapa ada, aku pun tak daya nak tukar android player yang boleh connect dengan DVD player dekat tempat belakang and speaker sekali. Nak tak nak, anak-anak aku kena layan jer movie bisu. Sampai satu tahap tu aku rasa diorang dah boring dan dah start perli aku sampai buat suara sendiri untuk movie tu.
Aku pun survey la tengok-tengok dalam group exora nak cari macam mana nak buat DIY. Banyak jugalah bagi idea yang menarik. Tapi masalahnya aku ni spesies memang kalau DIY ni later kos akan jadi lagi tinggi untuk repair hasil DIY aku.
Since workmanship aku memang sangat-sangat diragui, aku kena cari solution yang boleh plug & play. Temporary jelah. Ni aku nak share dengan korang pemilik-pemilik Exora yang ada masalah yang sama.
Aku punya solution ni kira temporarylah. Memang kurang kemas/sangat tak kemas, tapi functional. Kalau korang rasa nak follow boleh follow. Kalau tak mau follow jangan follow.
Solution aku pakai speaker plug & play je.
Aku guna speaker brand sonicgear. Minta maaflah pemandangan dia kurang cantik dan berselerak. Kalau kroang yang pandai tu, boleh sambung-sambung wire dan sorok mana yang patut. Aku tak pandai, so aku biar macam tu jer.
Kualiti suara? puas hati, sampai kena letak speaker kat bawah, kalau tak sakit kepala nak drive. Padu bunyi dia.
Speaker ni dekat LAZADA RM 29 ringgit sahaja. Korang yang nak beli dan nak follow cara aku ni, boleh jer terus pergi SINI. Aku dah sharekan link dia terus, senang.
Pasang pun senang, tak payah manual. Kepala USB cucuk dekat port USB dan jack audio cucuk dekat port headpone/sepaker tu. Then on dan pasang macam biasa. Keluarlah suara dia.
Yang bestnya speaker yang aku guna ni dia boleh adjust suara dia. So takdelah terpengsan kalau kuat sangat. Power pula memang supply by USB tu, so tak payah fikir nak kena bawa battery bank atau nak cari power source.
Itu jelah. Sekadar berkongsi solution pantas dan temporary. Tapi musim PKP ni tak pantas mana jugalah, kena tunggu LAZADA pos barang dulu lepas order, Kalau tak boleh pergi cari kedai aksesori phone dengan komputer je banyak jual.
Have fun mencuba