Kali ni aku nak cerita tentang servis towing motosikal Ipoh. Aku pun terjumpa secara tak sengaja sebenarnya. Minggu lepas aku baru selesaikan urusan pembelian motosikal secondhand bagi tujuan aku berulang alik pergi ke tempat kerja yang baru.
Selesai pembayaran, tuan motor yang lama bagitahu dia akan poskan motor, sebab lokasi agak jauh jugalah. Aku pun setuju sebab sebelum tu aku dah pergi tengok dan test semua, memang condition motor tu aku puas hati.
Masa motor sampai, aku pun nak pergi ambillah dekat Ipoh, sebab logistik tak hantar sampai ke rumah terus. Aku baru berangan nak berdating dengan wife aku malam tu naik motor. Tapi apakan daya, usahkan separuh jalan, tak sampai 10km lepas ambil motor, motor mati di tengah jalan.
Aku pun usahalah cari nombor telefon workshop semua untuk rescue motor aku. Dari petang sampai ke malam, tak dapat. Last-last terpaksa aku sorong motor dekat 1 km jugalah untuk parking tempat lebih selamat.
Aku pun cubalah cari khidmat towing motor. Kalau di KL memang berlambak dan senang nak jumpa, tapi mati akal jugalah aku di area sini. End up aku pasrah dan malam tu terpaksa tidur dekat hotel bajet sekitar tempat aku parking motor. Memang pasrah dan tawakkal jelah yang boleh aku buat.
Sebelum tu pun aku dah puas call dah workshop berdekatan, tetapi semua yang angkat tak mahu buat. Malam tu aku usaha google dan google lagi. Sampai ke page 10 dan ke atas google aku cari. Memang terdesak sangat. Kalau tak jumpa, memang aku dah plan nak tolak je motor esok paginya ke workshop terdekat yang aku jumpa.
Susah sungguh nak cari servis towing motosikal Ipoh ni. Macam-macam keyword aku cuba google. servis towing moto Ipoh, towing motosikal Ipoh, servis towing motosikal Ipoh. Semua pun tak menghasilkan result yang aku nak. Last-last carian google servis towing motosikal Ipoh aku membuahkan hasil.
Sebenarnya, result tu macam keluar related search, yang orang pernah servis motor yang sama dekat service centre motor aku beli tu. Godek punya godek jumpa satu FB post pasal servis towing motosikal Ipoh. Aku pun teruslah whatsapp. Alhamdulillah tuan punya nombor jawab.
Tapi punyalah sedih dan kecewa, bila dia cakap dia ada kat KL dan tak buat dah servis towing motor dekat Ipoh. Masa aku dah putus harapan tu, dia sent satu nombor dan suruh contact.
Aku pun terus contact dan Alhamdulillah, nombor yang dia bagi tu jawab. So aku teruslah book servis untuk tow motow aku ke servis centre untuk esok harinya.
inilah gambar Abang Zul yang buat servis towing motor ipoh ni. Daripada dia datang pickup aku dan motor aku sampailah hantar ke servis centre memang aku sangat-sangat puas hati dengan perkhidmatan dia.
Harga sangat-sangat berpatutan dan servis towing motor Abang Zul ni memang superb. kelengkapan, ramp, secure motor semua disediakan dan dibuat dengan sangat teliti dan teratur.
Kalau korang mencari khidmat servis towing motor di Ipoh ni, aku sarankan korang terus je contact Abang Zul di 60 12-400 1797. Ambil dan simpan no ni elok-elok. bukan apa, kalau nanti korang perlukan khidmat towing atau transportation motor ni memang mudah nanti.
Aku pos ni bukan sebab brader ni suruh iklankan. Aku pos ni sebab aku tahu azabnya nak mencari servis towing motosikal Ipoh dekat google.
So aku tulis post ni supaya mudahlah sesiapa yang memerlukan untuk jumpa.
Tolonglah share dengan kawan-kawan korang yang lain yer.