Servis kereta Exora CFE bold turbo

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
Exora Bold CFE
0 0
Read Time8 Minute, 30 Second

Alhamdulillah, setelah lama mengidam, ada juga rezeki kami sekeluarga memiliki kereta Proton Exora Bold CFE turbo lama yang baharu. Hahaha (secondhand). Alhamdulillah owner lama sangat baik hati dan mudah sungguh melakukan urusan pembelian. Kereta pun nampak steady lagi.

Belanja sikit gambar kereta.

exora bold

Lega juga sebenarnya, setelah lama nak kembali berkereta MPV, baru sekarang terhasil. Selesa sikitlah kami sekeluarga untuk pergi ke mana-mana. Kalau tidak sebelum ini kesian anak-anak-anak-anak terpaksa berhimpit di kerusi belakang. 

Tambahan pula dengan undang-undang baru yang mewajibkan kanak-kanak berketinggian kurang 135 cm untuk duduk di atas booster/car seat lagilah menjadikan ruang belakang semakin sempit.

Lama juga berkira-kira nak ambil MPV ni sebab tak tahu nak ambil yang mana satu. Dengan bajet yang tak berapa besar maka pilihan kereta yang ada juga tak banyak, tinggal Exora Bold, Alza, Naza Citra dan juga Toyota Avanza.

Sebenarnya aku  dulu pernah pakai Naza Ria untuk 5 tahun sampai akhirnya tak tertahan menanggung kos penyelenggeraan yang amat besar, akhirnya terpaksa jual dengan kerugian. Tapi sedap membawa dan keselesaan memang puas hati.

Jadi aku memang bercadang untuk ambil Naza Citra pula (tak serik-serik), Fikiran aku mudah jer, Kalau ambil NAza citra boleh bayar tunai bawah RM 8 ribu dan tambah kos pembaikan dalam RM 3-4 ribu lagi lepas tu tak payah nak pening pasal hutang dan bayaran bulanan. 

Pilihan kedua pula adalah Perodua Alza sebab aku suka bawa kereta ni, sedap. Tapi wife aku tak setuju sebab kecil dan sama panjang macam kereta saga BLM kami sahaja,

Isteri aku pula lebih cenderung kepada Toyota Avanza, tetapi harga secondhand pun masih agak keras dan terlebih bajet (tak campur kos untuk baik pulih lagi). Ikutkan hati nak pakai Aruz, tapi poket tak nak ikut pula.

So aku study dululah sebelum decide nak beli yang mana ikut kemampuan. Aku cari group-group dan forum yang ada di Facebook dan internet (bagusnyalah sumbernya pun).  Adalah jumpa. Aku syok dah follow pasal Naza Citra (memang bias sungguh). Tetapi lama-kelamaan aku macam ada rasa deja vu.

Memang tak sanggup lagi dah kut nak bersusah payah nak membelai dan menjaga kereta Naza ni sebab part dia yang agak tinggi kosnya. Sedap memang sedap. Kalau tak masakan masih banyak lambakan kereta Naza Citra dan Naza Ria di jalan raya. 

Tetapi yang aku memang surrender dan angkat bendera putih bila banyak sangat jumpa orang jual lerai barang Naza Citra dia, maknanya kereta dah tak boleh go on la tu. Jual scrap dan parts sahaja. Aiyooo.

So dipendekkan cerita makanya kami sepakatlah mencari Exora Bold. Aku pun baru tahu Exora ni ada beberapa jenis juga, Enjin CPS & CFE. Kata orang kalau nak beli yang secondhand lebih baik ambil yang CPS, sebab CFE ni lebih manja dan kos penyelenggeraan lebih tinggi.

Sebelum membeli tu aku  join satu group Exora owners di FB, Korang yang nak info pasal Protorn Exora Bold ni boleh join dekat SINI.  Memang sangat berinformasi dan sangat-sangat membantu untuk aku dan isteri buat keputusan tepat untuk mengambil proton Exora Bold ini.

Group Exora & Exora Bold Owner Malaysia

Korang tengoklah betapa supportivenya ahli-ahli dalam group ni. Rasa macam instafamous sat. Hahaha kan best kalau iklan FB aku boleh dapat reach macam ni, ini tak asyik sendu jer,

So dah ambil kereta lama yang baharu, masalahnya ialah apa nak kena tukar dan di mana nak tukar. Bagi aku bagus sungguh join group Exora owners Malaysia tu, sebab ada yang bagi cadangan bengkel-bengkel luar (bukan service centre) yang dipercayai.

Tapi sebab kali pertama nak tukar ni dan ada bajet lebihan sikit sebab dapat beli kereta dengan harga below market price, aku bercadang nak bawa pergi Service centre Proton. Last aku pergi masa pakai Proton Wira Se 1.5 tahun 2006 dulu.

Bukanlah aku tak percaya kedai-kedai di luar ni, aku pun banyak je hantar kereta aku pergi bengkel luar, cumanya aku tak de feel lagi dengan cik Exora ni.

Yang aku geram Service Centre tempat aku ni dah tutup, susah betul, jadi terpaksalah pergi mencari service centre di area Manjung dan Ipoh pula. Adei…Why lah kau tutup wahai service centre oiiii.

So aku pun call dulu dan tanya apa yang patut ditukar dan quotation harga. Sangat-sangat mudah. Malah yang menariknya kalau korang nak beli kereta secondhand, korang boleh check record service dia (kalau dia pergi Service centre lah) dengan hanya bagi no plat kenderaan.

So dah rasa ok, aku pun buatlah appointment untuk menghantar Proton Exora kami ke Service centre. Owh satu lagi aku nak share, Proton juga ada sediakan apps untuk korang estimate apa yang nak ditukar berdasarkan jenis kereta dan mileage kereta korang. Versi webnya pula DI SINI. Info ni pun aku dapat dalam group juga.

So pergilah aku ke Service centre ni. Sampai-sampai di sana aku disambut dan disapa ramah oleh petugas-petugas  di sana. Terkejut juga aku, sangat berbeza layanan sekarang dengan masa aku ada proton wira dahulu. Layanan sekarang memang tiptop.

Uncle bagi gred A untuk layanan pelanggan.

Setelah daftarkan kereta, petugas bagi senarai semak untuk apa yang nak diservis dan menariknya bagi aku, ialah di sini mereka periksa dahulu barang sebelum ditukar, tak macam aku kena dulu, semua benda main nak tukar je walaupun masih elok.

Malah mereka juga telah memberikan anggaran harga dahulu sebelum melakukan tugas. Mudah dan tak adalah rasa dipermainkan macam yang terjadi di sesetengah bengkel.

Tempat yang sangat luas, malah kalau korang tinggal berdekatan, diorang siap offer untuk hantar kau balik ke rumah. Tak adalah bosan menunggu lama. Tapi aku yang jauh ni tak dapatlah mereka nak tolong.

Yang penting ada internet dan ada slot power outlet, boleh juga aku menulis artikel.

Sempat lagi makan biskut marie dan air kopi putih free. Alhamdulillah kenyang.

Lagi 3 jam sementara tunggu kereta proton Exora Bold kitorang siap diservis dan ditukar alat ganti. Sempatlah aku update 1-2 artikel lagi.

Untuk korang yang tinggal di Perak dan nak cari Service centre Proton, korang bolehlah lihat senarai di bawah. Kalau ada yang korang call tak dapat tu mungkin service centre tu dah tutup.

Senarai Proton Service Center Di Perak.

YTS Auto Service Sdn Bhd
Lot 33261, Batu 17, Jalan Beruas, Ayer Tawar 32400, Perak
Tel: 05-6722001
Fax: 05-6728001

KTC Auto Sdn Bhd
No. 18 Persiaran 1 Taman Batang Padang Baru, Bidor 35550, Perak
Tel: 05-4342525
Fax: 05-4344525

Bercham Motors Sdn Bhd
14, 15, & 16 Persiaran Bercham Selatan 20, Ipoh 31400, Perak
Tel: 05-5462528
Fax: 05-5462525

C.S.T. Auto Sdn Bhd
PT 145312 ( Berhadapan Stadium Perak ) Jalan Ghazali Jawi, Ipoh 31400, Perak
Tel: 05-5468890
Tel2: 012-5168872
Fax: 05-5468891

Carspa Sdn Bhd
105, Jalan Lahat Menglembu, Ipoh 31400, Perak
Tel: 05-2555328
Tel2: 012-5222496
Fax: 05-2549390

EON Ipoh
Lot 3893, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh 30010, Perak
Tel: 05-5064566
Tel2: 05-5064568
Fax: 05-5062670

Eureka Gallery Sdn Bhd
N0 22 Jalan SCI 1/10 Sunway City Ipoh, Ipoh 31150, Perak
Tel: 05-5458771
Tel2: 016-5199921
Fax: 05-5459771

Gerak Roda Sdn Bhd
102 & 104, Lintasan Perajurit 17C Tmn Perdagangan & Perindustrian Taman Ipoh, Ipoh 31400, Perak
Tel: 05-5477122
Tel2: 016-5199921
Fax: 05-5487122

Hong Wan Auto Sdn Bhd
2, Medan Stesen 18/3,Station 18, Ipoh 31650, Perak
Tel: 05-3220203
Fax: 05-3233409

Hup Foong Auto Supplies Sdn Bhd
No 8, Hala Sungai Pari, Ipoh 30200, Perak
Tel: 05-2410340
Fax: 05-2559133

Modern Tune Sdn Bhd
Lot 41319A Jalan Bercham Kws Perusahaan Bercham, Ipoh 31400, Perak
Tel: 05-5497999
Fax: 05-5455572

Sin Siang Hin Sdn Bhd – Ipoh
No 23, Jalan Laksamana, Ipoh 30300, Perak
Tel: 05-2412266
Tel2: 016-5206643
Fax: 05-2555750

United Auto Supply Sdn Bhd
No 31a, 31a-1, Jalan Datoh, Ipoh 30100, Perak
Tel: 05-2533222
Fax: 05-2530131

Warna Bestari Sdn Bhd
Lot 227928, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah ( Jalan Gopeng KM8 ), Ipoh 31300, Perak
Tel: 05-3123999
Tel2: 016-5502777
Fax: 05-3126899

Yee Huat Auto Supply Sdn Bhd
16, Jalan Medan Kidd, Ipoh 30200, Perak
Tel: 05-2417534
Fax: 05-2531084

Ambang Auto Sdn Bhd
No 472 & 473 Jalan Ampang, Kampar 31900, Perak
Tel: 05-4669282
Tel2: 016-2622728
Fax: 05-4669281

Servis Mesra Bandar Baru Kampar
Petronas Service Station,Lot 126025, Jalan Batu Sinar,Taman Bandar Baru, Kampar 31900, Perak
Tel: 05- 4671 967
Tel2: 05-4671969
Fax: 05 4671 966

EON Sitiawan
P T No 18198 Sitiawan, Bandar Baru Sri Manjung, Manjung 32040, Perak
Tel: 05-6885901
Tel2: 05-6885900
Fax: 05-6881706

Budiraya Automobil Sdn Bhd
No.2, Laluan Perusahaan Kledang 5 Taman Perindustrian Chandan Raya, Mengelembu 31450, Perak
Tel: 05-282 2828
Fax: 05-253 4102

Proton Edar Ipoh
Lot 15, Jalan Lahat, Mengelembu 31450, Perak
Tel: 05-2812422
Tel2: 05-2812437
Fax: 05-2812400

LCH Lian Hup Sdn Bhd
No 1, Taman Sejati, Jalan Lumut, Sitiawan 32000, Perak
Tel: 05-6927535
Tel2: 012-5516535
Fax: 05-6927535

Mercury Deluxe Sdn Bhd
Tiang Siang Square,Pt4572 Jalan Haji Mohd Ali, Sitiawan 32000, Perak
Tel: 05-6931811
Tel2: 012-5573134
Fax: 05-6931810

Sykt. Auto Spare Parts Eng Huat S/B
224, Jalan Kota, Taiping 34000, Perak
Tel: 05-8074133
Fax: 05-8079888

Top Diversified Sdn Bhd (Taiping)
No 434, Lorong Kilang 4 Kawasan Perindustrian Ringan Tupai, Taiping 34000, Perak
Tel: 05-8088296
Fax: 05-8062599

Kim Hong Auto Service Sdn Bhd
Pt16379,3&3a,Jln Industri 2,Tmn Perindustrian Anson, Teluk Intan 36000, Perak
Tel: 05-6223032
Fax: 05-6223524

New Kok Doh Auto Supplies (Ti) S/B
No 34, Medan Mahkota, Jalan Pasar, Teluk Intan 36000, Perak
Tel: 05-6224688
Tel2: 05-6224689
Fax: 05-6213123

Pusat Servis RKN Gemilang Sdn Bhd
No 20-B Lot 2086 Off Jln Changkat Jong, Teluk Intan 36000, Perak
Tel: 05-621 3508
Fax: 05-622 7301

Hasil servis ni tak tahu lagi, tapi yang penting ada warranty bila service di service centre ni. Setelah duit kau terbang melayang, sekurang-kurangnya kau nak ada rasa sekuritilah sikit. Kalau di bengkel luar, tak banyak yang menawarkan warranty.

Korang pakai kereta apa dan biasa hantar servis di mana?

Ada bengkel yang dipercayai? Cuba share dekat sini.

Suka artikel ni? Tolonglah share dengan kawan-kawan dan family korang yang mungkin akan minat artikel ini juga.

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca. Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

rezeki menulis
tambahincome@kejapps
blogkejapps

Rezeki Menulis

Alhamdulillah rezeki menulis. Buka-buka emel, ada pemberitahuan melalui emel tentang pembayaran komisen tentang satu sistem borang tempahan yang pernah saya tulis. Walaupun tak banyak, lepaslah

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.