Selamat tahun baru 2020 buat anda semua pembaca setia blog kejapps dot com. Rasanya masih belum terlewat untuk saya menucapkan selamat tahun baru 2020. Pelbagai cabaran dan rintangan yang telah dihadapi sepanjang tahun 2019, begitu juga dengan beberapa kisah manis. Tapi bagi saya pastinya antara perkara yang paling susah dilupakan ialah pemergian Allahyarham abang saya buat selam-lamanya.
Macam mana dengan anda semua? Saya berharap lembaran tahun baru 2020 ni menjadi tahun yang lebih baik untuk anda semua. Semoga dapat mencapai apa yang anda inginkan dan beroleh kebahagian dunia dan akhirat.
Sejak saya buka servis penulisan artikel ini, saya kembali rancak membaca artikel-artikel di akhbar bagi menambahkan lagi idea dan juga memperbaiki mutu penulisan saya. Tidak ketinggalan saya mendapatkan akhbar The star 1 Januari 2020. Ada banyak topik dan artikel yang menarik perhatian saya. Tetapi ada beberapa keratan artikel yang saya nak kongsikan dengan anda.
1. Malaysia Boleh
Kemenangan besar buat filem animasi tempatan seperti Boboiboy, Upi Ipin & Ejen Ali. Tahniah dan syabas saya ucapkan buat mereka yang terlibat. Ketiga-tiga filem animasi ini berjaya mencecah kutipan tiket lebih RM 25 juta. Something yang sangat-sangat bagus dan membanggakan.
2. Menakjubkan bila anda ada brand yang sangat kuat.
Sebab tu ramai usahawan sekarang yang memang berhabis untuk bina branding dan jenama sendiri Macam dalam artikel ni, kumpulan BTS dari Korea Selatan ni boleh contibute kepada jumlah gross domestic product yang sama dengan syarikat gergasi seperti Hyundai dan Samsung. Gila!
Jeniffer Anniston (maaf atasa gamabr dekat atas tu) ala yang berlakon cerita Friends tu pula set rekod dunia akaun IG paling cepat dapat followers 1 million. Dalam masa 5 jam sahaja. Dan sekarang dah ada 22.2 million followers. Untungnya bila brand kuat dan ada followers sendiri.
Anda yang nak cuba menceburi bidang keusahawanan dan bisnes tahun ni, memang wajib bina branding anda sendiri.
3. Kemanusiaan masih tinggi
Ini bukan artikel suratkhabar, tetapi saya kongsikan gambar membuktikan nilai kemanusiaan masih hidup (mungkin). Walaupun mungkin kebanyakan pasar raya yang buat macam ni untuk dapat keuntungan, tetapi ada effortlah untuk bantu mereka yang memerlukan. Dan masih ada lagi insan yang nak bagi pendidikan percuma kepada mereka yang memerlukan.
Dan terakhir, saya kongsikan keratan akhbar, muka hadapan yang paling banyak mendapat sambutan pada tahun lepas.
Itu sahaja. Sekali lagi selamat tahun baru 2020 dari saya dan keluarga blog kejapps dot com.
Semoga kita semua dapat menempuh tahun ini dengan lebih baik, dapat survive dan juga mencapai impian kita semua, insyaAllah.