Sampel Artikel 3

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
0 0
Read Time2 Minute, 46 Second

Sampel artikel 3

Tajuk:

4 cara menjana pendapatan tambahan di online secara part time.

Masih ramai yang mencari peluang membuat pendapatan tambahan di online namun tak ramai yang berjaya. Antara sebab utama ialah tak tahu bagaimana nak bermula dan mencuba terlalu banyak perkara pada satu masa yang sama.

Fokus, kesabaran dan juga komitmen yang tinggi adalah antara beberapa faktor penting untuk anda berjaya menghasilkan pendapatan tambahan di online.

Salah satu tips menarik yang saya dapat daripada blogger antarabangsa yang terkenal, Neil Patel ialah untuk fokus dan mencuba sesuatu perkara yang kita minat dan dekat dengan diri kita.

Secara mudahnya, kita perlu tawarkan sesuatu untuk pembeli atau bakal pelanggan bagi menghasilkan pendapatan, tak kisahlah produk ataupun servis.

Selain itu anda juga perlu sedar yang pemilihan produk, jenis servis juga memainkan peranan sama ada produk atau servis yang anda tawarkan ada permintaan ataupun tidak.

Baiklah, saya harap anda dapat sedikit idea perkara asas untuk menghasilkan pendapatan tambahan di online. Berikut saya senaraikan 4 cara yang anda boleh gunakan untuk menambah pendapatan di online secara part time:

  1. Sertai bisnes dropship – bisnes dropship boleh disertai dan dimulakan dengan segera tanpa memerlukan modal yang tinggi. Kebanyakan pemilik bisnes dropship menawarkan pakej dropship tanpa yuran. Anda juga boleh terus promosikan produk dropship di media sosial tanpa perlu ada website terlebih dahulu. Menariknya dengan bisnes dropship ini anda tak perlu simpan stok produk. Produk akan diposkan kepada pembeli oleh pihak HQ atau stokis setelah pembeli membuat bayaran kepada anda. Anda hanya perlu membuat pembayaran setelah pembeli membuat bayaran kepada anda.
  2. Sertai bisnes affiliate – bisnes affiliate sama konsepnya dengan bisnes dropship. Cumanya bisnes affiliate ini fokus pada produk digital seperti ebook, video panduan dan juga software. Lebih menarik kebiasaannya bisnes affiliate ini menawarkan komisen yang lebih tinggi. Anda perlu promosikan link affiliate dan apabila jualan terhasil melalui link affiliate anda, komisen akan diberikan kepada anda.
  3. Jual servis – jika anda ada kemahiran tertentu, anda boleh tawarkan kemahiran anda di online. Contoh kemahiran yang anda boleh tawarkan sebagai servis; servis menulis, servis sulaman, servis konsultansi, servis pengeditan video, seni khat dan pelbagai jenis kemahiran lain. Untuk penetapan harga, anda boleh rujuk di internet melalui laman web yang menyediuakan perkhidmatan yang sama. Pastikan anda buat kira-kira supaya harga yang ditetapkan boleh mendatangkan keuntungan.
  4. Jual barang yang tak diperlukan di mudah.my – jangan pandang rendah pada barang-barang yang anda tak perlukan lagi. Jika kondisinya masih baik, pasti akan ada permintaan, terutamanya seperti kelengkapan rumah, barangan bayi , peralatan sukan dan juga mainan. Apa yang perlu anda lakukan ialah daftar akaun di mudah.my dan mula listkan barangan anda. Setelah jualan terhasil anda bolehlah menghantar barangan kepada pembeli seperti mana yang anda tetapkan.

Itulah senarai 4 perkara yang anda boleh lakukan bagi menghasilkan pendapatan di online secara part time.

Kesemua perkara yang saya senaraikan ini memerlukan modal yang minima untuk anda bermula. Walaupun ada di antaranya yang anda boleh daftar secara percuma, anda perlu ingat ada modal masa dan tenaga serta kos promosi yang terlibat. Cuma pastikan margin kos yanga nda keluarkan mesti lebih rendah daripada keuntungan yang bakal anda hasilkan.

Anda boleh cuba dan mulakan terus. Tetapi pastikan anda pilih satu cara terlebih dahulu dan tak memulakan semuanya sekaligus. 

Ingat, pemilihan aktiviti yang sesuai dan diminati serta komitmen yang tinggi mampu membantu anda menghasilkan pendapatan di online secara konsisten melalui teknik yang betul.

Selamat berjaya!

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca. Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

rezeki menulis
tambahincome@kejapps
blogkejapps

Rezeki Menulis

Alhamdulillah rezeki menulis. Buka-buka emel, ada pemberitahuan melalui emel tentang pembayaran komisen tentang satu sistem borang tempahan yang pernah saya tulis. Walaupun tak banyak, lepaslah

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.