Sampel artikel 1 |

Sampel artikel 1

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
Read Time3 Minutes, 35 Seconds

Sampel Artikel 1

Tajuk: 

5 cara memilih pelan takaful terbaik untuk anda dan keluarga

Tanyalah mana-mana penasihat takaful, pasti semua akan bagitahu pelan takaful syarikat mereka adalah yang terbaik. Tapi pernah tak mereka bagitahu cara memilih pelan takaful yang terbaik?

Jarang – jarang kan, sebab semestinya semua pelan takaful yang ditawarkan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Sebelum saya kongsikan 5 cara memilih pelan takaful yang terbaik untuk anda dan keluarga, jom saya kongsikan terlebih dahulu perbezaan mengenai insurans dan takaful.

Insurans:

Konsepnya satu urusan pertukaran (jual-beli) antara syarikat insuran dan pembeli polisi insuran. Insuran konvensional dibeli sebagai jaminan kewangan pemegang polisi dan syarikat insuran akan menanggung segala risiko.

Kebiasaannya syarikat insuran akan melabur secara bebas tanpa terikat pada pelaburan patuh syariah bagi mendapatkan keuntungan maksima. Segala keuntungan dn lebihan hasil pelaburan akan disimpan sepenuhnya oleh syarikat insuran.

Takaful:

Konsepnya adalah satu pihak membuat pemberian tanpa ada pertukaran daripada pihak yang satu lagi. Dalam bahasa yang lebih mudah, bolehlah dianggap penyertaan banyak kumpulan individu yang saling bantu-membantu dan bekerjasama menolong ahli yang dalam kesusahan.

Semua pelaburan diselia oleh majlis penasihat syariah dan segala keuntungan dikongsi bersama pencarum dan syarikat mengikut model & nisbah yang telah ditetapkan.

Sekarang dah jelas dengan perbezaan takaful dan insuran? Sekarang jom saya kongsikan 5 cara memilih pelan takaful yang terbaik untuk anda dan keluarga.

1. Semak dahulu semua polisi takaful yang anda dan keluarga sudah ada.

Pastikan anda go through dulu semua polisi dan pelan takaful sedia ada bagi anda dan keluarga.

Ada kes pengguna yang terus mencarum pelan life sampai 2-3 pelan. 

So pastikan anda ambil pelan untuk suplement atau menampung pelan sedia ada.

2. Semak dan tentukan keperluan anda dan keluarga.

Takaful pun ada banyak pelan, ada standalone takaful plan dan ada yang anda boleh customize. Ada life (hibah), medical card, critical illness, saving.

Pastikan anda tentukan yang mana anda perlukan untuk anda dan keluarga. Kalau tak faham baru rujuk dan tanya penasihat/ejen takaful anda.

3. Semak, rancang dan tentukan bajet pelan takaful yang mampu anda bayar setiap bulan.

Memang kita mahukan yang terbaik untuk perlindungan, tetapi bajet dan komitmen bulanan juga perlu diambil kira. Banyak kes disebabkan mahu mengambil pakej yang terbaik, akhirnya tak mampu untuk maintain bayaran bulanan yang agak tinggi. Rugi jika apa-apa berlaku, nanti polisi takaful sudah tak dapat digunakan lagi.

Di sini saya berpendapat ejen atau penasihat takaful perlu memainkan peranan penting untuk memberi nasihat terbaik kepada bakal prospek. Jangan kerana terlalu mengejar nilai komisen, akhirnya matlamat dan tujuan sebenar mendidik pengguna mencarum pelan takaful tak kesampaian.

Jangan lupa anda perlu sediakan bayaran untuk 2 bulan pada pendaftaran pelan takaful.

4. Ambil tahu tentang pelan takaful yang ditawarkan secara menyeluruh

Pastikan anda minta ejen atau penasihat takaful anda untuk menerangkan secara menyeluruh mengenai pelan takaful yang dicadangkan kepada anda. Minta risalah, brochure dan maklumat yang berkaitan supaya mudah untuk anda membuat research, semakan dan berbincang dengan keluarga.

Untuk pelan takaful medical card, ramai yang terlepas pandang mengenai co takaful (peserta perlu membayar sejumlah amaun atau peratusan untuk setiap kes kemasukan ke wad dan penyakit) – Jumlah dan peratusan bergantung kepada jenis pelan takaful yang ditawarkan.

Anda boleh BACA DI SINI tentang perkara yang anda perlu ambil tahu dalam pelan takaful anda.

5. Pilih ejen atau penasihat takaful yang anda selesa dan mudah berurusan.

Pastikan anda memilih penasihat atau ejen takaful yang anda selesa berurusan. Bukan apa ianya akan memudahkan urusan anda daripada pendaftaran sehinggalah proses tuntutan dan lain-lain.

Kalau anda nak berurusan dengan saya bolehlah contact saya terus DI SINI.

Dah tahu macam mana cara nak memilih pelan takaful yang terbaik untuk anda dan keluarga?

Alhamdulillah.

Sekarang ni jom saya ceritakan pula tentang apa yang diperlukan bagi memohon pelan takaful.

  • Nama seperti dalam kad pengenalan
  • No kad pengenalan
  • Gambar kad pengenalan (depan belakang) yang jelas
  • Alamat tempat tinggal
  • Alamat tempat kerja
  • Pekerjaan
  • Status merokok, ya atau tidak
  • Umur
  • No telefon
  • Berat badan
  • Tinggi
  • Rekod kesihatan ( sejarah penyakit, sejarah pengambilan ubat, sejarah kemasukan wad). Untuk sejarah kemasukan wad, anda boleh memohon rekos tersebut di bahagian admission dari pihak hospital.
  • Alamat emel.

Jangan lupa untuk minta quotation daripada ejen atau penasihat takaful anda ya sebelum anda menyertai mana-mana pelan takaful.

So saya harap anda semua dah ada idea macam mana cara nak memilih pelan takaful yang terbaik untuk anda dan keluarga. 

Jangan lupa tolong share artikel ini kepada kawan-kawan dan family tau.
0 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

servis penulisan artikel
Servis Penulisan Artikel
blogkejapps

servis penulisan artikel 2019

Alhamdulillah pada awal bulan November 2019 ini, melalui blog kejapps dot com, kami telah melancarkan secara rasmi servis penulisan artikel. Buat masa ini kami mahu

Read More »

Sampel penulisan 5

Sampel artikel 5 Tajuk: 10 Tips promosi produk affiliate di wall Facebook anda Teknik promosi ini adalah antara teknik promosi affiliate yang paling diminati ramai

Read More »

Sampel artikel 4

Ramai yang berkata pemasaran emel ini sudah ketinggalan zaman. Tiada lagi engagement dan respon yang tinggi kerana generasi masa kini lebih selesa dengan sosial media

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu