Roti jala bapak-bapak |

Roti jala bapak-bapak

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
roti jala bapak-bapak
Read Time3 Minutes, 4 Seconds

Kali ni aku nak kongsikan resepi roti jala bapak-bapak. Setelah bergelar sura rumah sepenuh masa buat sementara waktu ni, nak tak nak aku terpaksa memandaikan diri memasak juga bagi memenuhi keperluan selera dan perut anak-anak aku.

Walaupun aku ni boleh dikategorikan bapak-bapak yang rajin memasak, tetapi tak semestinya masakan aku tu boleh diterima tekak. Tetapi asal boleh makan, berkhasiat, tak membazir dan boleh menjimatkan duit di poket, itu sudah kira pencapaian cemerlang buat aku.

Atas permintaan anak-anak aku, aku pun gagahkan diri juga masakkan roti jala favourite diorang. Sebenarnya nak senang kau pergi beli je dekat kedai, siap dengan kuah sekali. Tetapi sebab memikirkan kos seketul roti jala RM 0.50 dan anak-anak aku yang memang tak kan cukup dengan sekadar sorang 3-4 ketul, maka aku rajinkan juga diri untuk buat,

So aku nak share sikit resepi, bahan-bahan dan cara nak buat roti jala bapak-bapak ni.

roti jala bapak-bapak

Ini final form dia, tapi kau jangan tanya aku kenapa tak ada rupa jala dia.

Ok aku list down bahan-bahan untuk roti jala dulu.

Bahan-bahan roti jala:

  • Tepung gandum (cap apa ikut suka, janji halal)
  • Serbuk kunyit (bukan geng kunyit eh, kang lain pula jadinya)
  • Garam halus
  • Air
  • Telur (dibasuh dulu kulitnya)
  • Minyak masak

Cara nak buat roti jala:

  • Sukat tepung & air (nisbah yang selalu aku guna (actually aku search google jer) ialah 1:1) Maksudnya kalau kau guna 1 cawan tepung, then guna 1 cawan air juga. Berapa banyak cawan, ikut saiz ahli keluarga dan tahap pemakanan diorang.
  • Letak tepung yang kau dah sukat dalam bekas. Kalau ada bekas stainless steel lagi bagus. Kalau tak, bekas plastik pun dah ok. Aku cadangkan kau ayak dulu tepung tu supaya nanti tak berketul-ketul sangat.
  • Campur air sikit demi sikit. Sambil campur tu kau whisk kan tepung dan air tu bagi jadi sebati. Kalau kau rasa pekat sangat tambah sikit air dan kalau rasa cair sangat tambah sikit tepung.
  • Tambah sedikit serbuk kunyit untuk bagi jadi warna kuning.
  • Tambah garam sesedap rasa.
  • Pecahkan telur dan whisk adunan sampai nampak dah ok.

Lebih kurang macam nilah.

  • Next masukkan adunan ni dalam bekas untuk kirai roti jala. Aku pakai yang macam botol sos tu, tapi ada 3 lubang. Tapi masa aku buat ni aku guna yang 5 lubang sebab tak jumpa yang 3 lubang. Tu yang jala-jala dia tak nampak sangat. Lagi bagus kalau kau boleh tapis sekali lagi sebelum masukkan dalam bekas.
  • Buka api dapur (aku guna api sederhana)
  • Panaskan tempat nak masak roti jala ni sekali atas api. Letak minyak sikit supaya tak melekat.
  • Aku guna yang macam tempat nak masak daging burger tu. Flat surface, senang nak kirai.
  • Agak-agak dah panas kau bolehla mula kirai. Biasanya aku kirai ikut 2 arah. 1, horizintal, 2 vertical.
  • Agak-agak dah tak bertepung, warna dah bertukar (tak putih sangat) kau dah boleh flip dan angkat roti jala tu dan gulung dia.
  • Ikutlah, ad ayang nak lipat, ikut suka. Macam aku akan gulung terus atas kuali tu sambil aku flip. Jimat masa dan juga space.
  • Untuk sudip, aku sarankan pakai something yang sangat nipis supaya mudah nak flip. Macam aku, aku guna sudip dari kedai daiso.

So total aku gulung haritu ada lebih 60 gulung. Aku masak terhegeh-hegeh dalam sejam lebih sebab nak kena gulung satu-satu. Anak-anak aku perabih dalam masa tak sampai 10 minit. Alhamdulillah, janji diorang suka dan kenyang.

Untuk kuah kari, aku improvise jer.Pagi tu aku dah beli roti canai. So kuah kari tu aku tambah air, serbuk kari, santan,, kentang dan ayam sikit dan masak balik.

Kalau malas korang beli je yang dah ready made macam pak berahim atau adabi punya kari ayam dan buat macam aku buat tadi.

So selamat mencuba resepi roti jala bapak-bapak pula. Biasa resepi mak-mak je yang share kan.

Nak order? Tak payahlah, aku jadi chef untuk anak-anak aku jelah.

0 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

servis penulisan artikel
Servis Penulisan Artikel
blogkejapps

servis penulisan artikel 2019

Alhamdulillah pada awal bulan November 2019 ini, melalui blog kejapps dot com, kami telah melancarkan secara rasmi servis penulisan artikel. Buat masa ini kami mahu

Read More »

Sampel penulisan 5

Sampel artikel 5 Tajuk: 10 Tips promosi produk affiliate di wall Facebook anda Teknik promosi ini adalah antara teknik promosi affiliate yang paling diminati ramai

Read More »

Sampel artikel 4

Ramai yang berkata pemasaran emel ini sudah ketinggalan zaman. Tiada lagi engagement dan respon yang tinggi kerana generasi masa kini lebih selesa dengan sosial media

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu