Rezeki tak salah alamat. Dalam artikel yang lepas aku ada kongsikan pasal aku ada job interview. Alhamdulillah aku dah dapat job offer dan sekarang tengah tunggu official paperwork untuk pergi medical checkup dan formalize benda untuk masuk kerja.
Sekurang-kurangnya aku dah tak perlu risau untuk duit belanja bulanan untuk satu tahun ni sambil aku buat start up bisnes aku. Lega. Walaupun pada mulanya aku tak rasa nak kerja balik sebab aku tak rasa aku boleh kerja dah. Tapi lepas semua yang jadi, aku rasa macam makhluk yang sangat tak bersyukur kalau aku tak terima job offer ni.
Sekadar nak share, rezeki ni ada dalam macam-macam bentuk. Ada oramg murah rezeki dalam kesihatan, kewangan, paras rupa dan macam-macam lagi. Macam aku, Alhamdulillah, rezeki aku dengan interview ni agak murah. Dulu pun aku ada tulis dah pasal pengalaman interview aku. Ikut pengalaman ada sekali dua je yang betul-betul tanya bab teknikal. Yang lain-lain tu banyak borak-borak kosong je.
Berbalik ke cerita aku dapat interview ni, diorang panggil aku tu pun macam 2 hari sebelum kerja. Pasal kelam-kabut nak pergi interview tu korang boleh baca dekat cerita yang aku tulis sebelum ni.
Nak kata rezeki Allah janji ni, memang rezeki tak salah alamat. Aku apply position lain, tapi masa interview diorang interview untuk position lain. Yang lagi best, position tu belum diiklankan lagi pun. Position yang aku apply sebelum ni tu ada banyak calon. Position yang aku di interview ni aku seorang je calon dia.
Alhamdulillah 5 hari selepas interview aku dapat panggilan yang bagitahu aku diterima bekerja. Setlah discuss dengan wife aku, aku pun setuju terima job offer tu. Sekurang-kurangnya lepas ni aku tak perlu risau nak cari fund belanja bulanan sambil aku start up bisnes dalam masa setahun ni.
Sekarang ni tinggal nak tunggu dapat guarantee letter untuk medical check up dan formalize job offer aceptance. Then insyaAllah boleh start kerja pertengahan oktober ni, Terima kasih dekat korang juga yang tolong doakan segalanya berjalan lancar untuk aku dan keluarga.
Next step nak kena cari motor pula untuk berulang pergi tempat kerja. Dekat 90 km juga perjalanan pergi balik setiap hari nanti. Kalau nak angkat kereta kecil pun jenuh juga maintenance kereta, tayar, insurance & road tax nanti.
Kalau angkat motor, road tax & insurance tak sampai RM 100 setiap tahun. Maintenance & fuel consumption pun jauh lebih murah. Aku ingat nak angkat Jaguh second hand sebab sedap nak travel dan tak adalah aku nampak macam beruang naik basikal dekat sarkas. Kalau aku naik kapcai confirm nampak macam tu. Korang ada cadangan? Cer bagi idea sikit.