Alhamdulillah rezeki menulis. Buka-buka emel, ada pemberitahuan melalui emel tentang pembayaran komisen tentang satu sistem borang tempahan yang pernah saya tulis.
Walaupun tak banyak, lepaslah nak belanja isteri tersayang makan KFC.
Hantaran blog tu sebenarnya telah ditulis hampir setahun yang lepas. Boleh lihat DI SINI.
Tulis suka-suka untuk sekali, ada peluang jana pendapatan berkali-kali. Walaupun tak besar mana, Alhamdulillah rezeki menulis ni kebiasannya konsisten.
Menulis di blog dan Media Sosial seperti mukabuku (Facebook) merupakan antara minat saya seawal tahun 2000 lagi sebenarnya. Tapi kurang bersungguh.
Menulis di blog sendiri lebih menarik sebab dapat tulis apa sahaja dan ada rezeki boleh menjana pendapatan pasif dengan penulisan anda.
Tapi sekarang saya dah mula menulis dengan secara lebih serius melalui servis penulisan yang telah dibangunkan. Dah serius ni, menulis sudah menjadi seperti kerja.
Keseronokannya masih ada, tetapi tambah tekanan untuk menyiapkan tempahan dalam masa yang diberikan, hehe.
Kalau dilihat melalui media sosial, saya yakin rata-rata rakyat Malaysia boleh menulis dan pandai menulis. Malah rakyat Malaysia boleh menulis pelbagai topik dan niche dengan baik.
Tak percaya?Jika anda ikuti perkembangan sukan bolasepak misalnya, banyak penulis-penulis memberikan pendapat tersendiri di ruangan komen media sosial artikel berkaitan.
Baru-baru ini melalui perkembangan politik Tanah air, ramai rakyat Malaysia yang mampu menulis dengan baik berkaitan isu dan situasi politik tanah air.
Saya tak perli tau, saya cakap secara serius. Banyak pandangan yang membina menunjukkan penulis-penulis komen di media sosial ni mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.
Sayangnya jika ada kemahiran menulis dalam pelbagai niche, tetapi tak gunakan kemahiran tersebut untuk menjana pendapatan pasif atau aktif melalui menulis.
Lagi-lagilah kalau anda mempunyai pengikut dan rakan-rakan yang ramai di media sosial. Tulislah apa sahaja, asalkan bermanfaat.
Ada ‘influencer’ menulis mengenai review produk-produk tertentu yang memberi manfaat kepada orang lain. Beliau dapat jana pendapatan melalui upah yang dibayar untuk menulis review produk tersebut.
Jika anda mahir tentangs esuatu perkara, anda boleh kongsi melalui penulisan di blog atau media sosial. Anda mahir memasak? Kongsikan hasil masakan anda dan resepi masakan. Sambil-sambil tu boleh promosi produk jualan kalau ada.
Ingat Sugu Pavithra? Beliau berjaya jana pendapatan melalui minat dan kemahiran memasak beliau.
Seorang lagi yang berjaya bina pendapatan dari hobi, Fadilah Lamat. Dari suka-suka akhirnya produk gubahan beliau menembusi pasaran antarabangsa. Boleh baca kisah beliau DI SINI.
Jadi berbalik mengenai peluang dapat rezeki menulis ni. Ramai yang ingat bila menulis, mesti kena tulis copywriting. Sebenarnya tidak.
Ada banyak cabang menulis ni. Ada penulisankreatif seperti fiksyen, copywriting dan skrip. Ada juga penulisan mengenai fakta.
Jadi kesimpulannya kalau hari-hari memang dah luangkan masa menulis di media sosial, apakata buat sampai dapat jana pendapatan?
Tambah-tambah zaman pandemik COVID-19 ni kan. Anda buat apa yang anda suka dan memang dah buat setiap hari pun, saya yakin ianya tak akan kacau masa anda.
Saya sendiri tak pandai nak ajar macam mana nak jana pendapatan dengan menulis, tapi saya tahu siapa yang boleh bantu anda.
Beliau sendiri memang dah biasa menulis dan dah hasilkan beberapa buah buku, bukan setakat ebook, buku fizikal.
Kalau anda berminat nak belajar cara jana pendapatan melalui menulis, jemput lihat DI SINI.
Menulis biarlah beri manfaat, agar ilmu sentiasa berkat.
Jumpa lagi, tolong share artikel ini ya, biar lebih ramai yang boleh baca.