Review penuh panduan super flipper oleh Tuan Baihaqi |

Review penuh panduan super flipper oleh Tuan Baihaqi

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
Review Penuh Panduan Super Flipper oleh Tuan Baihaqi
Read Time9 Minutes, 0 Seconds

Beberapa hari yang lepas, saya berpeluang mendapatkan Panduan Super Flipper dari Tuan Baihaqi. Panduan Super Flipper ni basically kongsikan kepada anda macam mana nak list dan menjual website anda di platform Flippa.com.

So jom saya kongsikan secara details mengenai Panduan Super Flipper ni. Pertama sekali Panduan Super Flipper ni adalah dalam bentuk digital. Ebook + panduan video. So tiada buku atau DVD yang akan diposkan kepada anda. Please take note ya.

Panduan ni menggunakan platform ordersini.com. Jadi dengan setiap pembelian dan pembayaran melalui pilihan billplz anda boleh terus dapatkan akses. Kalau membeli melalui online banking atau cash deposit machine akan dapat lambatlah sikit akses, sebab owner perlu membuat semakan pembayaran secara manual sebelum akses panduan boleh diberikan kepada anda.

panduan super flipper

Akses yang diterima melalui emel adalah dalam bentuk google drive link. So anda perlu download dulu semua fail bagi memudahkan urusan pembelajaran dan rujukan anda nanti.

Panduan super flipper

Macam saya sendiri, saya dapatkan akses pada 14 Oktober dan hanya mulakan projek pertama pada 18 Oktober. Hehe biasalah, ambil masa sedikit nak faham (alasan…..).

Panduan Super flipper

Jangan lupa untuk masuk ke group support Facebook yang disediakan oleh owner panduan, iaitu Tuan Baihaqi. Bukan apa, mudah nanti untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai Panduan Super Flipper ni.

Dah selesai pasal kandungan produk, sekarang ni saya nak kongsikan pula review penuh saya terhadap Panduan Super Flipper ni.

Sebenarnya jual beli website ni bukan perkara baru pun. Cuma memang susah nak cari panduan menjual website di Flippa dalam Bahasa Melayu. Alhamdulillah terjumpa Panduan Super Flipper ni melalui carian di internet.

Saya tak kenal dan tak mengikuti pun perihal Tuan Baihaqi sebelum ni. Kalau anda nak tengok siapa beliau, boleh jenguk ke laman FB beliau. Saya dapatkan panduan ni sebab memang nak 100% belajar cara dan potensi membuat jualan dan menambahkan pendapatan melalui jualan website di Flippa.com.

So berikut merupakan WINNING point untuk Panduan Super Flipper ni.

1. Akses produk yang pantas, dikirimkan sebaik sahaja pembayaran anda selesai dan disahkan. (dengan syarat pembayaran melalui billplz)

2. Kandungan yang sangat ringkas dan padat. Sesuai sangat sebab sekarang ni semua orang nak cepat dan straight to the point.  Modul panduan diterangkan secara lengkap dan dipecahkan kepada beberapa buah modul dan sub modul kecil. Mudah untuk follow dan rujuk panduan. 

3. Panduan dalam bentuk video & ebook. Panduan video sangat membantu bagi urusan setup perkara teknikal seperti pembelian domain dan hosting serta setup website. Panduan dalam bentuk ebook pula diterangkan secara step by step.

4. Sesuai untuk semua level termasuk newbie yang langsung tak pernah buat website. Tetapi masa untuk menyiapkan sesebuah website tersebut mungkin akan memakan lebih banyak masa disebabkan nak kena hadam, faham dan buat satu-satu setting teknikal website.Kalau yang dah ada asas buat website memang laju je jalannya. Walaupun macam tu, Tuan Baihaqi dah sediakan video tutorial step by step untuk buat website dari awal termasuk segala setting teknikal yang asas.

5. Tuan Baihaqi provide premium theme untuk mudahkan urusan setting website. Theme Nimva. Boleh check detail DI SINI. Theme ni bolehlah anda gunakan untuk menampakkan website anda lebih pro. Beratus RM juga ni kalau nak beli sendiri.

6. Ready made template complete website juga sudah disediakan. Apa yang perlu anda lakukan adalah follow sahaja instruction untuk upload fail tersebut ke dalam website anda. Kalau anda follow betul-betul, dalam masa tak sampai sehari dah boleh ada website sendiri dan dah boleh listing di Flippa untuk auction.

7. Gaya bahasa dan penyampaian panduan ni adalah simple, straight forward dan mudah difahami. Tak adalah macam telenovela, panjang berjela -jela.

8. Tuan Baihaqi juga dah brief dan explain jenis-jenis website yang mudah dijual di Flippa. Jadi dah kurang kerja sikit bab research nak buat website apa.

9. Panduan ni pun base on case study Tuan Baihaqi sendiri. So ada bukti dan bukan sekadar teori atau translate daripada panduan berbahasa inggeris.

10. Support yang baik setakat ni, Alhamdulillah. Cepat menjawab segala pertanyaan. Malah harga pun sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh ramai orang.

11. Semua skrip ayat jualan, apa nak letak masa listing dan skrip selepas jualan pun semua dah disediakan. Ya Allah, senangnya kerja!

12. Bonus untuk item Buy It Now (B.I.N) pun Tuan Baihaqi dah sediakan. Bertuahlah badan siapa yang beli dan praktikkan.

Now itu semua yang baik-baik dan Winning Point panduan ni. Sekarang saya nak kongsikan juga apa yang panduan ni boleh baiki atau tambah nilai lagi.

Point yang kurang menarik mengenai Panduan Super Flipper ni.

1. Walaupun Tuan Baihaqi dah bagitahu awal-awal dalam panduan ni yang anda kena sediakan sedikit modal tambahan sebelum boleh mula jana income di Flippa, takut ada juga yang terlepas pandang.

So pastikan anda ada sedikit modal sebelum dapatkan Panduan Super Flipper ni supaya anda tak terkejut dan terperam lama panduan ni sebelum boleh mula listing website anda di Flippa.

Modal perlu ada:

  • modal panduan Super Fliiper – RM 127 
  • modal hosting – RM 150
  • modal domain – RM 40
  • modal listing web di Flippa – RM 65

Jumlah keseluruhan modal = RM 382 (lebih kurang). Boleh jadi lebih murah bergantung di mana anda mendapatkan pakej hosting dan domain anda. 

2. Jika anda mencari easy, fast dan guarantee money, memang di luar bidang kuasa owner panduan ini untuk memberikannya kepada anda. Tuan Baihaqi dah outlinekan siap-siap yang memang tak boleh expect untuk terus dapat income dan berjaya sesudah listing kali pertama. Standardlah buat bisnes apa-apa pun ada up and down dan ada learning curve. Sometimes we win and sometimes we learned. So kalau anda mengharapkan terus boleh dapat hasil sesudah listing kali pertama di hari pertama, mungkin panduan ini bukan untuk anda.

3. Mungkin saya tak perasan updates atau mungkin juga owner nak update nanti. Tapi dalam modul listing di Flippa, saya berpendapat Tuan Baihaqi tertinggal sedikit step selepas membuat pembayaran iaitu nak verify website yang kita listingkan tu kita yang punya. Bagi yang dah biasa buat website, itu adalah perkara biasa, tetapi bagi yang baru mungkin boleh pening juga jadinya. Dan kalau pening maka lambatlah boleh listing dan proses auction website anda dimulakan. So saya dah buat guide ringkas untuk verify website anda. Anda boleh follow je instruction di bawah setelah selesai buat pembayaran untuk listing website di Flippa.

Panduan Super Flipper

 

4. Ada satu masalah teknikal yang saya jumpa sewaktu saya nak upload template file yang disediakan iaitu tak boleh upload! Dah follow semua langkah yang ditunjukkan dalam tutorial pun masih tak lepas. Mungkin disebabkan masalah PHP versi berlainan. Akhirnya saya gunakan versi plugin all in one WP migration yang lama. Alhamdulillah masalah selesai. Kalau anda pun ada masalah yang sama, anda boleh download plugin tersebut DI SINI dan cuba upload semula.

5. Ada juga kemungkinan besar ramai pembeli panduan ini akan menjual website dengan servis , design dan ayat yang sama di Flippa. Sebab ramai yang guna template. Tiba-tiba akan jadi banyak persaingan. So kena buat cepat, lagi lama peram, lagi sukarlah peluang nak buat jualan. Walaubagaimanapun, rezeki tu dari Allah, yang penting kena usaha.

Panduan super flippa

Ini web yang saya listing di Flippa selepas habis follow rujuk dan study Panduan Super Flipper ni. 

Tapi masih belum ada rezeki lagi. Tapi baru satu hari pun listing, harap-harap berjayalah jual nanti.

So overall review, saya sangat-sangatlah berpuas hati dengan Panduan Super Flipper ni. Dari segi bintang saya bagi 4.5 daripada 5 bintang.

Rating Panduan Super Flipper dari blog kejapps.

4.5/5

4.5/5

Nak Updates mengenai harga early bird Panduan Super Flipper dan juga Bonus-Bonus dari blog kejapps ? Masukkan nama & emel anda di bawah untuk terus dapatkan update terkini.

Kami benci SPAM!

Bagi yang mencari – cari jalan untuk menambahkan pendapatan, ada modal permulaan dan juga boleh bersabar, saya sarankan anda untuk mendapatkan Panduan Super Flipper ini. 

Saya tak menjanjikan bulan bintang untuk anda, sebab saya pun tengah try sendiri panduan ini, tetapi potensi pendapatan dengan Flippa melalui teknik super flipper ni memang sangat tinggi. Malah pendapatan juga diterima dalam matawang USD.

Walaupun Panduan Super Flipper ni sangat ringkas, padat dan lengkap, tetapi masih ada juga beberapa point yang masih boleh diperbaiki.

Dan sebab itu jugalah saya komited nak berikan beberapa bonus yang saya yakin dapat membantu mengatasi sedikit weak point Panduan Super Flipper ini dan juga membantu menyerlahkan website, untuk anda listing berbanding yang lain.

1. Bonus 1 – Video Tutorial membina web ecommerce dengan pantas dan setup ecommerce yang lengkap. Web ecommerce biasanya mempunyai nilai yang lebih tinggi di pasaran. Anda boleh maksimakan potensi keuntungan anda dengan listing web ecommerce di Flippa.

Panduan Super Flipper

2. Bonus 2 – 4 ready made template design website. Anda boleh pelbagaikan design website untuk anda listing. Kurang persaingan daripada segi design yang sama dengan tambahan 4 template web design ini.

Panduan Super Flipper

3. Bonus 3 – Installation plugin premium membership dan affiliate ke website yang anda listing. Tambah nilai website anda dengan fungsi premium membership dan affiliate. Tambah potensi untuk memaksimakan keuntungan daripada jualan website anda.

Untuk mendapatkan kesemua bonus ini, anda hanya perlu mendapatkan Panduan Super Flipper DI SINI.

** Bonus 1 & Bonus 2 dijangka siap sepenuhnya pada 1 November 2019.

Tips untuk study dan menggunakan Panduan Super Flipper:

1. Baca dan follow semua ebook & video yang disediakan oleh Tuan Baihaqi terlebih dahulu. Catit point penting di dalam notebook.

2. Buat keputusan untuk bina website jenis apa untuk dilistingkan di Flippa.

3. Research dan cari nama domain yang bersesuaian dengan servis anda. Anda boleh gunakan web namemesh untuk mencari idea bagi domain website anda.

4. Kali ini rujuk semula Panduan Super Flipper dan cuba siapkan website pertama anda dahulu. Kalau rasa tiada idea, boleh sahaja terus upload sample yang Tuan Baihaqi berikan dan adjust ikut kesesuaian web yang anda nak buat.

5. Jangan ambil masa terlalu lama untuk bermula. Pastikan anda semak semua link dan pastikan semua link dan butang di dalam website anda berfungsi sebelum mula listing. Terlalu banyak bertanya tanpa bermula juga akan menggangu progress anda.

6. Listing website anda di Flippa. 

7. Doa dan tawakkal. Yang penting jangan mudah putus asa.

Apa yang perlu ada untuk membolehkan anda mula listing website di Flippa.com setelah mendapatkan Panduan Super Flipper ini.

1. Akaun Flippa.com untuk listing dan jual website anda.(percuma jer daftar akaun, nak listing website baru kena bayar)

2. Akaun Paypal untuk terima bayaran (percuma juga)

3. Domain & hosting (berbayar).

4. Website WordPress (nak pakai content management system CMS lain pun boleh, tapi pada saya WP ni paling mudahlah, lagipun owner panduan, pakai WP, senang nak tanya soalan). 

5. Follow & buat apa ayang dikongsikan dalam panduan.

Semua perkara yang diberitahu di atas semuanya Tuan Baihaqi dah cover dalam panduan beliau step by step. Nak daftar, nak buka  akaun, semua dah ada.

Tapi kalau nak alternatif hosting dan nak domain percuma dengan setiap pembelian pakej hosting, anda boleh lihat tutorial yang saya dah buat DI SINI. Cuma kena ingat ya, nanti nak transfer domain ke pembida yang sama, cara dia berbezalah dengan apa yang Tuan Baihaqi tunjuk dalam panduan.

So itulah sedikit sebanyak review lengkap saya mengenai panduan Super Flipper oleh Tuan Baihaqi. Saya harap anda mendapat manfaat daripada review dan artikel yang saya tulis ni.

Jangan lupa share pada rakan-rakan dan keluarga anda yang berminat untuk mencari sumber pendapatan tambahan secara online. Mana tahu Panduan Super Flipper ini adalah yang mereka cari-cari selama ini.

0 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

servis penulisan artikel
Servis Penulisan Artikel
blogkejapps

servis penulisan artikel 2019

Alhamdulillah pada awal bulan November 2019 ini, melalui blog kejapps dot com, kami telah melancarkan secara rasmi servis penulisan artikel. Buat masa ini kami mahu

Read More »

Sampel penulisan 5

Sampel artikel 5 Tajuk: 10 Tips promosi produk affiliate di wall Facebook anda Teknik promosi ini adalah antara teknik promosi affiliate yang paling diminati ramai

Read More »

Sampel artikel 4

Ramai yang berkata pemasaran emel ini sudah ketinggalan zaman. Tiada lagi engagement dan respon yang tinggi kerana generasi masa kini lebih selesa dengan sosial media

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu