Dalam posting kali ini, aku nak kongsikan sedikit kisah Restoran De’ Permai Cafe ni. Restoran De’ Permai Cafe ni memang menjadi pilihan no 1 aku setiap kali aku dan keluarga berkunjung ke Bagan Serai.
Jauh juga dari tempat aku di Seri Iskandar. Tetapi hampir setiap kali pulang ke rumah mertua aku di Penang, pastinya aku tak akan lepaskan peluang untuk singgah di De’ Permai Cafe ni. Ala tengah-tengah jalan je pun. Lagipun mengimbau nostalgia zaman aku kecil dulu. Dulu pernah tinggal di Kuala Kurau dalam 2-3 tahun juga. Jadi masa tu kalau nak apa-apa memang perlu ke Bagan serai atau Parit Buntar.
Apa yang aku suka sangat tentang De’ Permai cafe ni ialah pilihan makanan yang sangat banyak dan sudah pastinya sedap dan harga yang berpatutan. Ada makanan goreng-goreng, western dan macam-macam lagi. Favourite aku dah tentu gulai ikan sembilang. Hmm terus rasa nak pergi sana pula.
Ini favourite wife aku, Nasi Goreng Special. Memang padu dan special.
Favourite anak-anak aku pula adalah chicken chop dan nachos. Tapi sempat tangkap gambar nachos jer. Chicken chop dah licin.
Aku paling suka selain makanan yang best dan sedap, setting dan suasana di De’ Permai Cafe ni pun memang best. Yang terbaik siap ada tandas dan surau untuk kemudahan pengunjung. Makan memang best, tetapi tanggungjawab kita pada agama tak boleh lupa. Tengok menu nanti jangan sampai tamak haloba pula, berpadalah dan bertimbang rasa sewaktu order.
Luas dan selesa kedai dia. Aku tak dapat bayaran apa-apa pun tulis pasal artikel tentang De’ Permai Cafe ni. Aku suka support bisnes dan pengusaha kedai makan yang ada visi tinggi, makanan sedap, tempat selesa dan servis yang terbaik. Nak ambil pesanan sistematik dan nak bayar pun mudah. Kau tak payah nak ingat apa yang kau makan. Semua dah up dalam sistem. Aku memang benci giler kalau pergi makan dan masa nak bayar kena ingat berapa ketul bendi, berapa ketul sosej dan sebagainya yang aku makan.
Kedai ni beroperasi dari jam 5.30 petang hingga 11.30 malam setiap hari kecuali hari ahad.
Kedai ni terletak di Taman seri Serai. Kalau korang nak ikut maps, korang boleh follow sahaja link maps ni dekat SINI.
Parking pun banyak dan senang. TV pun ada banyak untuk lepaskan kebosanan sambil tunggu makanan sampai. Kebersihan premis memang tahap super memuaskan. Siap ada tempat makan beersila lagi, ini aku suka. Tapi kalau korang ada sakit lutut macam aku, kita duduk atas kerusi biasa ajelah yer.
So pada food hunter dan penduduk sekitar Bagan Serai, apa kata korang try datang ke Restoran De’ Permai Cafe ni. Aku yakin korang takkan kecewa dengan servis, makanan dan harga yang korang kena bayar.
Sharelah artikel ni dengan kawan-kawan dan family korang. Boleh diorang merasa penangan makanan best di De’ Permai cafe ni.