Resepi laksa sarawak ikatan kasih suami isteri |

Resepi laksa sarawak ikatan kasih suami isteri

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
resepi laksa sarawak
Read Time3 Minutes, 10 Seconds

Hari ni aku nak kongsikan tentang resepi laksa sarawak dan cara nak buat dengan mudah. Laksa sarawak ni aku siapkan bersama-sama isteri untuk satu keluarga sebenarnya. Last-last aku da isteri je yang nak kena makan semua. Anak-anak aku tak nak pula.

Untuk yang tak tahu, laksa sarawak ni dia guna bihun dan tak gunakan laksa. Laksa johor guna spaghetti, laksa kelantan (laksam) laksa gulung-gulung dan kuah ada santan. Laksa utara kebanyakannya menggunakan laksa toing-toing (laksa rendam) dan laksa perak mengunakan laksa tepung beras. Kalau kau tanya aku, aku sendiri pun tak pasti Malaysia ni ada berapa banyak laksa. 

Ok berbalik kepada resepi laksa sarawak ni, berikut adalah bahan-bahan yang korang kena sediakan terlebih dahulu:

Bahan-bahan untuk laksa sarawak.

  • Bihun siam Faiza (1 pek) – kalau ramai nak makan, belilah lebih
  • Udang sederhana besar – beli ikut suka kau nak makan banyak mana. Minimum dalam 1/2 kg dah cukup
  • Ayam bahagian dada atau ribs (2 ketul kalau besar, 4 ketul kalau kecil)
  • Serai – 2 batang
  • Halia – lebih kurang 1 inci
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Telur – 4 biji
  • limau kasturi – min 4 biji
  • Fishcake – 1 pek
  • Tauhu sponge/pok – aku panggil tauhu spongebob. Dia dalam bentuk kiub bukan kubus macam tauhu biasa, Tauhu pok ni dah siap goreng.
  • Taugeh – ikut suka kau nak makan banyak mana.
  • Sayur hijau – secukup rasa
  • Garam halus – secukup rasa
  • Air
  • Pes laksa sarawak yang sedap
 
Cara-cara nak buat laksa sarawak
 
  • Panaskan air di dalam periuk sederhana besar dengan api yang sederhana. Masukkan halia, bawang putih dan serai. Agak-agak air dah nak mendidih, masukkan ayam semua dalam periuk. Pastikan ayam-ayam tu korang dah cuci dan basuh bersih-bersih terlebih dahulu.
  • Bila ayam dah nak masak elok, masukkan udang. Nampak kulit udang dah bertukar oren/merah, boleh angkat udang. Asingkan ayam dan udang yang dah masak. Simpan air rebusan dan jangan buang.

resepi lakasa sarawak

  • Masukkan pes laksa sarawak yang sedap. Aku guna brand raja laut. Adik ipar aku mengajar dekat sarawak, so pesan minta dia belikan.

  • Masukkan garam secukup rasa. Kalau kau nak tambah sos tiram, atau perasa lain pun boleh, ikut selera masing-masing. Macam aku, aku tak boleh makan ajinomoto banyak-banyak, so aku tambah garam jer. Nanti dah nak mendidih, boleh masukkan fishcake dan juga tauhu pok. Kuah laksa sarawak ni kau kena masak dalam 30 – 45 minit.
  • Sambil-sambil kau masak kuah tu jangan lupa celur dulu bihun. Nanti ada juga makan bihun kering.

resepi laksa sarawak

  • Aku rendam dalam air suam dari mesin filter cuckoo je, senang. Rendam agak-agak sampai bihun dah tak keras. Lepas tu panaskan air dalam periuk dan rebus sikit bihun. Dah rasa cukup lembut, angkat dan toskan bihun. Hati-hati dan pastikan tiada anak-anak korang berdekatan, main air panas ni bahaya.
  • Sambil tu silalah basuh dulu telur-telur dan pecahkan dan kacau/pukul macam nak buat telur dadar. Tambah sedikit garam. 
  • Panaskan kuali leper non stick dengan api sederhana. Minyakkan sedikit kuali. Agak-agak dah cukup panas, masukkan telur, buat dua batch supaya tak terlalu tebal.

  • Celur taugeh dan sayur hijau dengan air panas.
  • Dah siap semua, sekarang masa untuk siapkan bahan-bahan rencah.
  • Telur tu gulung dan potong halus-halus. Aku pakai gunting je, senang.

  • Ayam tu kau racik dengan garpu. Kalau pakai tangan, make sure pkai glove, sebab takut nanti cepat basi.

  • Kopek udang yang dah siap tadi. Ni sebelum kopek isi udang, nampak macam banyak.

  • Lepas dah kopek isi, banyak ni je dapat (1/2 kg)

  • Ni rupa kuah laksa sarawak yang dah siap

  • So dah siap hidangkanlah, tambah rencah yang korang nak, perah sedikit limau nak bagi umpph. Nak sedap lagi tambah sambal kicap atau sambal hitam.

Jangan lupa baca bismillah dan doa makan.

Suami-suami, wife dah tolong masak, korang tolonglah basuh pinggan mangkuk dan kemaskan dapur. 

Aku nak ingatkan laksa sarawak ni banyak rempah-rempah, ada perut tak tahan mau berangin satu badan.

Cubalah try, kalau sedap alhamdulillah, kalau tak sedap cuba lagi.

 
 
0 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

servis penulisan artikel
Servis Penulisan Artikel
blogkejapps

servis penulisan artikel 2019

Alhamdulillah pada awal bulan November 2019 ini, melalui blog kejapps dot com, kami telah melancarkan secara rasmi servis penulisan artikel. Buat masa ini kami mahu

Read More »

Sampel penulisan 5

Sampel artikel 5 Tajuk: 10 Tips promosi produk affiliate di wall Facebook anda Teknik promosi ini adalah antara teknik promosi affiliate yang paling diminati ramai

Read More »

Sampel artikel 4

Ramai yang berkata pemasaran emel ini sudah ketinggalan zaman. Tiada lagi engagement dan respon yang tinggi kerana generasi masa kini lebih selesa dengan sosial media

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu