Permulaan sebuah kisah |

Permulaan sebuah kisah

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
Read Time1 Minute, 21 Seconds

Permulaan sebuah kisah. Melankoli sungguh tajuknya. Alhamdulillah setelah sekian lama dapat juga aku nak hasilkan blog ni. Idea dah lama, tapi baru berkesempatan nak buat.

Serba sedikit mengenai diri aku. Nama aku Mohamad Abdullah Chan. Dalam IC aku, aku ni melayu. Nenek aku seorang cina yang dibesarkan oleh keluarga melayu. Apa ada hal, kita kan majmuk. Malaysia boleh maa.  Aku ada 4 orang anak dan seorang isteri dan insyaAllah kekal sampai jannah dengan seorang isteri ni. 

Tahun ni tahun mencabar buat aku dan keluarga. Tahun ni aku ambil keputusan untuk mula bekerja sendiri dan juga sambung belajar. Tiada lagi makan gaji. Sakit ke, demam ke, tiada lagi MC, tiada lagi ongkosnya. Buat pun belum tentu dapat apatah lagi kalau aku mengelat tak buat.

Aku clarify siap-siaplah, aku ni memang banyak typo, harap-harap korang bersabarlah dengan typo aku. Aku check, tapi kadang-kadang terlepas juga. Yang penting korang faham apa yang aku nak sampaikan tu, cukup bermakna dah buat aku. Aku pun tak berkemahiran menangkap gambar. jadi kalau gambar-gambar yang aku kongsikan dalam blog aku ni kabur, blur tu, korang faham-faham sendirilah. Aku juga seorang yang boring dan membosankan. Jadi harap fahamlah kalau ada punchline yang tak sampai dan hambar.

Blog ini bakal menjadi canvas tempat aku nak kongsikan pengalaman, cerita dan apa benda yang aku nak buat, bakal buat dan dah atau tengah buat. Setelah berbelas tahun kerja dengan orang, kini masanya mengorak langkah sendiri. Bukanlah geng Jebat walaupun gaya macam menolak Tuah.

Yang penting dan syukur aku dapat keluar dari kesesakan bandar besar di kotaraya dan balik ke kampung halaman bersama dengan keluarga tersayang. Kampung!! kau tunggu aku pulang. 

0 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

servis penulisan artikel
Servis Penulisan Artikel
blogkejapps

servis penulisan artikel 2019

Alhamdulillah pada awal bulan November 2019 ini, melalui blog kejapps dot com, kami telah melancarkan secara rasmi servis penulisan artikel. Buat masa ini kami mahu

Read More »

Sampel penulisan 5

Sampel artikel 5 Tajuk: 10 Tips promosi produk affiliate di wall Facebook anda Teknik promosi ini adalah antara teknik promosi affiliate yang paling diminati ramai

Read More »

Sampel artikel 4

Ramai yang berkata pemasaran emel ini sudah ketinggalan zaman. Tiada lagi engagement dan respon yang tinggi kerana generasi masa kini lebih selesa dengan sosial media

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu