Peniaga yang teknologi savvy |

Peniaga yang teknologi savvy

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
peniaga yang teknology savvy
Read Time3 Minutes, 4 Seconds

Aku suka sangat tengok peniaga yang teknologi savvy. Tak semestinya yang ada bisnes besar je. Bisnes SME dan pasar malam pun banyak je peniaga yang teknologi savvy.

Beberapa bulan yang lepas (lamanya baru nak tulis blog) aku berkesempatan pergi ke pasar malam Cheras yang berdekatan dengan Masjid Az Zubbair dekat LRT cheras. Pasar malam ni memang antara pasar malam pilihan aku walaupun kecil jer.

Aku pun pusinglah cari makanan biasa yang aku suka macam popia, kebab, apam balik dan seangkatan dengannya. Masa nak balik tu aku baru ternampak abang jual sate ni. Biasa aku tak perasan, tetapi kali ni ada beberapa perkara yang sangat menarik perhatian aku.

  • Kipas sate dia tak pakai tangan, pakai elekrik, senang kerja.
  • Ada tag pay by boost dekat gerai dia
  • Abang masak sate tu pakai baju ala-ala chef

Thumbs up aku bagi dekat abang tu.

peniaga yang teknologi savvy

Korang tahulah kan, meniaga di pasar malam ni bukan macam meniaga dalam premis, panas weh. Kau masak dalam kedai pun berpeluh-peluh, inikan tengah panas dekat pasar malam tu. Usaha dia untuk pakai baju ala chef tu, memang nicelah. Nampak kemas dan menarik.

Tapi yang aku nak cerita ni, abang ni antara salah seorang peniaga yang teknologi savvy. Memang aku suka. Gerai dia siap terima pembayaran melalui boost wallet. Meniaga pasar malam pun advanced tu.

Senang, tak payah risau duit pecah tak cukup. Aku faham, meniaga ni walaupun kau dah sediakan duit pecah secukupnya, memang akan selalu jadi tak cukup. Kalau dah 5 orang datang bagi duit RM 50, RM 100 jem kepala kau. Beli pula harga RM 4 je. Tu tak tambah lagi dengan jiran-jiran sebelah yang nak tukar duit kecil daripada kau lagi. Aku faham sangat sebab aku pernah rasa.

Dah pakai payment sistem macam boost wallet ni senang, tak payah nak bagi duit baki dah. Setel, terus masuk akaun. Aku bukanlah nak promo boost wallet ni, banyak lagi cara pembayaran yang lain dan e-wallet yang lain.

Macam aku sendiri pun aku guna Maybank QR pay sebagai salah satu cara untuk menerima pembayaran daripada pelanggan aku.

peniaga yang teknologi savvy

Senang. Duit pula terus masuk ke akaun on the spot. Dan menariknya korang tak perlu ada akaun maybank pun untuk daftar akaun QR pay biz ni, Tetapi pelanggan korang perlu ada akaun maybank untuk menggunakan Maybank QR pay ni. Sangat convenience pada aku.

Berbalik cerita pasal peniaga yang teknologi savvy ni la kan, kadang-kadang perkara kecil macam tak ada duit pecah ni pun boleh buat pelanggan marah dan malas nak datang kedai atau guna servis kau lagi. 

Macam aku, aku pernah jadi peniaga tepi jalan dan bawa grab. Kadang-kadang memang sakit hati, duit pecah dah tukar banyak, tapi berapa minit je dah licin. Walaupun bukan hari-hari jadi, tapi bila jadi tu memang sakit hati. Lagi-lagi bila dengar pelanggan ngomel-ngomel meniaga apa ni, tak sediakan duit pecah. Panas hati, tapi muka tetap senyumlah.

Korang imagine, pergi gerai tepi jalan nak beli nasi lemak dan karipap, korang boleh terus scan je phone pada QR code yang akak nasi lemak tu tampal tepi tiang gerai dia. Senang sangat, tak payah nak beratur nak bayar dan tunggu duit baki.

Korang bolehlah try explore, e-wallet yang ada di Malaysia ni. Nanti sempat aku pun akan share macam mana korang boleh daftar akaun QR pay biz untuk terima pembayaran daripada pelanggan korang.

Sebelum aku stop, aku nak sharekan satu perkara. Kalau korang biasa buat bisnes melalui blog atau facebook page, aku nak tunjukkan satu benda ni.

Aku ada kongsikan cara step by step untuk korang tukar FB page atau blog korang jadi mobile apps android. Senang sangat nak buat. Kalau korang nak korang boleh refer dekat SINI.

Ada idea lain untuk mudahkan bisnes? Cuba korang kongsikan dekat komen tentang teknologi atau apps yang boleh bantu mudahkan urusan bisnes.

0 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

servis penulisan artikel
Servis Penulisan Artikel
blogkejapps

servis penulisan artikel 2019

Alhamdulillah pada awal bulan November 2019 ini, melalui blog kejapps dot com, kami telah melancarkan secara rasmi servis penulisan artikel. Buat masa ini kami mahu

Read More »

Sampel penulisan 5

Sampel artikel 5 Tajuk: 10 Tips promosi produk affiliate di wall Facebook anda Teknik promosi ini adalah antara teknik promosi affiliate yang paling diminati ramai

Read More »

Sampel artikel 4

Ramai yang berkata pemasaran emel ini sudah ketinggalan zaman. Tiada lagi engagement dan respon yang tinggi kerana generasi masa kini lebih selesa dengan sosial media

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu