Akhirnya si veteran ini a.k.a orang tua sambung study balik. Setelah tawaran master pertama dulu aku tolak kira-kira 15 tahun dahulu, kini secara rasminya aku kembali bergelar pelajar kembali.
Dan kembali lagi di bumi bertuah (bertuah ke?) Tronoh ini. Setelah bertahun-tahun cubaan untuk kembali menjadi pelajar, akhirnya berjaya dengan rasminya. Walaupun beberapa bulan sebelum ni rasa macam dah mula tawar hati.
Mana taknya, banyak sungguh dugaan dan cubaan sepanjang perjalanan. Itu belum mula pun lagi. Background aku engineering dan bekerja pun dalam bidang engineering. Tapi somehow aku suka sungguh (suka tak bermaksud pandai la) dengan bidang IT, technopreneurship & digital marketing ni.
Lagipun akhir hayat aku di bekas syarikat aku dulu pun aku memang tak buat kerja-kerja engineering, tetapi jadi “IT man” buat website & apps untuk department aku. Master degree aku ni dalam program M (phil) in management – marketing (focusing on co creation in big data of digital marketing). Sekarang ni pun tengah finalize tajuk aku ni.
Sebab background aku ni engineering dan dalam transcript aku tak ada tunjuk yang aku ambil subjek marketing maka permohonan aku pada awalnya ditolak. Dah la sebelum tu 3 orang lecturer yang aku approach untuk jadi supervisor aku semuanya buat bolayan.
Alhamdulillah bila aku contact seorang lecturer dari Pakistan ni, dia response dan setuju jadi supervisor aku. Mungkin jodoh dengan orang Pakistan kut, dulu masa undergrad pun final year project aku, supervisornya dari Pakistan juga. Bila dah kena reject application, terus rasa down. Tapi Alhamdulillah, supervisor aku ni tolong fight untuk aku.
Berbekalkan sedikit pengalaman aku yang super amatur dalam bidang digital marketing ni dan sijil dari google (fundamental of digital marketing) aku akhirnya diterima dengan beberapa syarat. Syaratnya aku perlu ambil 2 subjek marketing sebelum boleh mula buat research dan mulakan master degree aku.
Tapi dengan bantuan supervisor dan rayuan dari aku, akhirnya boleh ambil secara serentak dan tak perlu jadi pre-requisite requirement. Dah la buat secara part time ni paling laju kau kena habiskan dalam masa 3 tahun. Berapa tahun baru nak habislah kalau kena ikut syarat awal dari pihak universiti.
Tak kisahlah, yang penting halangan pertama dah selesai. Sekali bila dah register, ada pula lagi isu lain. Sistem bagi aku no matrik lama aku masa jadi student undergrad dulu. Exactly yang sama. kau bayangkanlah 19 tahun punya no matrik, terasa legend pula.
Episod ngeri aku bermula. Setiap department dan urusan yang aku perlu buat, macam buat kad matrik akan menjadi isu. Aku perlu clarify no matrik aku dan orang bertugas akan semak semula. Sebabnya diorang kata mustahil untuk student ada ID tu, sebab ID dalam sistem ni paling sikit pun mula dengan 5 angka, sedangkan kad matrik aku 4 angka!
Lepas tu sedap je wife aku tepek sekali kata aku nerd bila tengok kad matrik aku. Tapi benda betul pun, I am apek & I am definitely nerd.
Dalam masa 2 minggu ni aku kena repropose semula tajuk baru untuk proposal aku. Dalam semester ni aku nak kena hadap research proposal defence dengan segala terms & jargon yang aku pun belum tentu familiar.
Dengan level veteran juga lah consider diri aku ni, maka ini bukan akan menjadi perjalanan yang mudah, tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil. Kalau Pak mertua aku pun dapat PHD masa dia umur 69 tahun, insyaAllah aku pun boleh.
Teruslah follow kalau korang nak dengar perkongsian orang tua sambung study ni.