Malaysia vs Indonesia player rating |

Malaysia vs Indonesia player rating

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
Malaysia vs indonesia player rating
Read Time3 Minutes, 52 Seconds

Tahniah Malaysia, atas kemenangan 2-0 ke atas musuh tradisi Indonesia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan kelayakan Piala asia 2023.

Kemenangan semalam mencerahkan lagi peluang Malaysia untuk sekurang-kurangnya melayakkan diri ke  Piala Asia 2023 di China.

* Rating yang diberikan adalah pendapat penulis semata-mata. Penulis adalah peminat tegar bola sepak dan tiada pengalaman profesional sebagai pemain bola. Penulis boleh dikatakan pemain bola berkaki bangku yang agak berkebolehan.

Malaysia vs Indonesia player rating.

Positif

Kemenangan kedua berturut-turut ini meletakkan Malaysia kembali mempunyai harapan cerah untuk mara ke pusingan seterusnya. Dengan baki 3 perlawanan lagi yang tinggal menentang Thailand & UAE di gelanggang lawan dan Vietnam di gelanggang sendiri, 3 mata penuh ini menjadi penutup yang baik untuk skuad negara bagi tahun 2019. 

Negatif

Seperti mana perlawanan sebelum ini, pasukan negara nampak lambat panas dan agak lambat untuk betul-betul mula bermain. Sehingga jaringan Safawi, Indonesia nampak lebih bersemangat untuk mendapatkan 3 mata penuh berbanding Malaysia. Malaysia terlalu bergantung kepada Sumareh dan Safawi untuk mencipta peluang. Kecederaan & penggantungan mereka pasti akan terus melumpuhkan jentera serangan. Kurang displin oleh pemain tengah negara yang selalu hilang posisi. Pasukan yang lebih berpengalaman pasti akan mengambil peluang kelewatan 2 bek kiri & kanan negara yang lambat kembali ke posisi asal setelah membuat overlapping.

Jurulatih – Tan Cheng Hoe – 7

Spot on. Dengan penggantungan Shafiq Ahmad, Cheng Hoe menurunkan Sumareh sebgai penyerang. Tak ada apa yang boleh diperkatakan dengan pemilihan beliau. Dengan pemain yang ada, beliau menggunakan apa yang terbaik untuk negara. Satu yang saya suka ialah beliau tak gentar untuk melakukan pertukaran awal seperti menukarkan Akhyar yang kurang berfungsi.

Penjaga gol – Khairulazhan Khalid – 6.5

Terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan sewaktu menyelamatkan gawang gol dari dibolosi pada minit ke 23. Semakin mendapat tempat sebagai penjaga gawang no 1. Kecederaan ini mungkin akan menyebabkannya hilang semula posisi no 1 kepada Farizal.

Bek kanan – Syahmi Safari – 6

Kelihatan tidak cergas sepenuhnya. Banyak melakukan larian overlapping tetapi hantaran lintangnya banyak yang tidak tepat dan berjaya dipatahkan pihak lawan. Lambat untuk balik ke posisi setelah lawan mendapat bola. Lawan yang lebih hebat pasti akan ambil peluang.

Bek tengah – Shahrul Saad – 7.5

Bermain dengan agak baik dan dapat mematahkan serangan lawan. Namun kadang kala mudah hilang fokus. Tiada kesilapan yang boleh menyebabkan gawang dibolosi. Nampak lebih tenang dengan kehadiran Aidil sebagai pasangan di bahagian pertahanan.

Bek tengah – Aidil Zafuan – 9

Pemain veteran ini wajar diberi penghargaan. Pengalamannya banyak membantu mematahkan serangan lawan. Malaysia pasti berdepan tugas sukar menggantikannya setelah beliau bersara nanti. Jika tidak keran ajaringan Safawi, pasti saya memilih beliau sebagai Man of the match semalam.

Bek kiri – La’vere Corbin-Ong – 7

Pemain bek kiri ini memang suka menyerang. Cuma agak dikawal ketat dan sukar mendapat peluang untuk membuat hantaran lintang. Tak pernah lepaskan peluang untuk menyerang sewaktu sepakan sudut. Namun kelemahan beliau yang selalu meninggalkan posisi memberi peluang pasukan yang lebih hebat untuk menyerang bahagian kiri pasukan.

Midfield – Azam Azih – 6.5

Hantarannya banyak yang tidak menjadi. Kadang kala seperti hilang arah dan tidak pasti posisi beliau. Lambat untuk cover posisi bek kiri dan kanan sewaktu serangan balas pasukan lawan. Mungkin posisi deep lying playmaker masih belum sesuai dengan beliau.

Midfield – Syamer Kutty – 6.5

Enjin pasukan. Larian-larian dari tengah banyak membuka ruang untuk pasukan. Masih banyak ruang untuk menjadi pemain yang lebih baik. Kurang displin, selalu hilang posisi, menyimpan bola terlalu lama bila ada pilihan lebih baik untuk menghantar bola dengan cepat.

Midfield – Brendan Gan – 6.5

Tenggelam dalam perlawan ini setelah cemerlang dalam perlawanan dengan Thailand. Mungkin masih keletihan daripada perlawanan yang lepas. Melakukan banyak interception. Tidak melakukan banyak kesalahan, namun tidak juga banyak menyumbang dalam serangan.

Forward kiri – Akhyar Rashid – 5

Semuanya tidak menjadi buat pemain ini. Menyimpan bola terlalu lama dan desicion making yang tidak tepat. Dikeluarkan pada babak kedua.

Forward kanan – Safawi Rasid – 9 – Man of the match

Kembali ke posisi kegemaran beliau. Agak lambat untuk menyumbang. Kurang mendapat ruang dan bola. Namun peluang yang sedikit digunakan. Terlepas peluang menjaringkan hatrick setelah percubaan di penghujung permainan terkena tiang gol. Malaysia kini mempunyai pengganti Safiq Rahim sebagai pakar sepakan percuma.

Striker – Mohamadou Sumareh – 7

Dikawal ketat dan kurang support daripada pemain lain. Lebih hidup setelah kembali ke bahagian sayap pada babak kedua. Kelajuan dan fizikalnya menjadi aset pasukan negara.

Pemain gantian

Farizal Marlias – 7

Menunjukkan kenapa beliau masih merupakan antara penjaga gol terbaik di Malaysia. Melakukan kesalahan dan melepaskan penalti. Akhirnya menjadi hero dengan menyelamatkan sepakan penalti tersebut.

Norshahrul Idlan Talaha – 6.5

Merisaukan untuk pasukan negara kerana masih tiada penyerang lain yang boleh mengenepikan Mat yo lagi. Pengalaman dan sumbangan pemain ini tidak boleh dipertikaikan, tetapi ternyata beliau bukan lagi seorang penyerang yang berbisa. Malaysia perlukan penyerang baharu.

Afiq Fazail – NA

Sehingga perlawanan yang seterusnya. Majulah sukan untuk negara.

0 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

sunat cuti sekolah
anak-anak@kejapps
blogkejapps

Sunat cuti sekolah 3 orang hero

Seperti mana ibu bapa lain yang ada anak lelaki, aku juga tak ketinggalan untuk merancang aktiviti sunat cuti sekolah untuk 3 orang anak-anak aku. Pada

Read More »
kematian yang dicemburui
Sembangkosong@kejapps
blogkejapps

Kematian yang dicemburui

Kematian yang dicemburui. Bukan semua berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram. Apatah lagi dapat peluang menunaikan haji & umrah ke rumah Allah. Begitulah bertuahnya

Read More »
Malaysia vs indonesia player rating
Santai@kejapps
blogkejapps

Malaysia vs Indonesia player rating

Tahniah Malaysia, atas kemenangan 2-0 ke atas musuh tradisi Indonesia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan kelayakan Piala asia 2023. Kemenangan semalam mencerahkan lagi

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu