Makan duit bini

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
Makan duit bini
Read Time2 Minute, 11 Second

Tanggal 1 Ogos 2019, bermulalah detik aku sebagai suami yang makan duit bini. Aku memang sensitif lah, tapi nak buat macam mana bila orang kata macam tu. 

Setelah belasan tahun makan gaji dan kerja giliran orang, kini aku melangkah ke alam baru di mana aku terpaksa bekerja sendiri. Memang bulan pertama ni aku perlukan banyak ‘adjustment’ di mana aku perlu sesuaikan diri dengan masa, ‘scope’ kerja dan juga displin diri.

Kalau dulu kerja pejabat 8-5, kini aku juga perlu tetapkan sehari berapa jam perlu aku bekerja. Walaupun aku lebih selesa bekerja malam, kerana di situlah idea aku mencurah-curah datang, tetapi aku perlu set masa bekerja supaya tak ke laut.

Aku faham memang keluarga dan kawan-kawan agak skeptikal dengan pendirian aku untuk kerja sendiri. Mana taknya memang keluarga aku 99.1 peratus bekerja makan gaji. Jadi memang susah bila kau nak buat sesuatu yang lain. Tapi aku tak pernah menyalahkan mereka, sebab ‘deep down’ aku pun skeptikal dan banyak suara-suara sumbang dalam kepala dan hati aku sendiri yang memperlekehkan aku dan kata aku ‘confirm; tak boleh buat.

Kalau dulu masa kerja aku pernah merasa ada bilik lengkap dengan meja perbincangan dan sekali sekala berbaju korporat, sekarang cukup dengan komputer, talian internet dan kain pelikat. Dulu pernah ada anak buah, sekarang akulah kuli yang nak kena kerah. 

Jiran sebelah rumah tanya pun aku kata aku cuti dahulu, bukan apa takut karang dikatakan aku makan duit bini :). Walaupun begitau aku lega dan berterima kasih atas penerimaan dan sokongan isteri aku dan keluarga dan keluarga mertua aku dengan keputusan aku.

Tapi dalam masa yang sama aku juga ‘float CV’ dan ‘apply’ kerja sebagai ‘backup’ kerana aku tahu apa yang aku usahakan ini akan ambil masa sebelum mendatangkan hasil. Bukanlah nak sampai jadi mewah, tapi cukup untuk menyara perbelanjaan harian dan bulanan pun aku rasa sudah cukup baik untuk permulaan ini. Lagipun untuk mendapatkan kerja yang baru juga perlu mengambil masa beberapa bulan.

Mak aku dah pesan, jangan lupa tanggungjawab sebagai suami, walau apa pun yang aku nak buat, janganlah duduk terkangkang, goyang kaki dan makan duit isteri sahaja. InsyaAllah aku akan pegang pesan mak aku dan usaha mana yang boleh.

Apa aku nak buat sebenarnya? Apa yang aku suka dan aku rasa insyaAllah boleh mendatangkan hasil kepada aku. Aku nak cuba bidang internet marketing. InsyaAllah dah keluar produknya aku akan kongsikan dengan korang semua. Sambil-sambil tu macam biasalah cuba nak dapatkan sedikit income dari adsense melalui blog & admob melalui apps android. Lain masa aku cerita.

Doakan aku berjaya! 

Dah pukul 12.30 aku nak kena berhenti rehat dan ambil anak-anak-anak-anak aku balik sekolah.

 

0 0

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca.... Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.