Keputusan SPM 2019 sudah pun diumumkan. Maka berhenti sudahlah kegelisahan dan sesi berdebar-berdebar ibu bapa dan calon yang menduduki SPM ataupun Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2019.
Pada yang mendapat keputusan SPM yang bagus dan memberangsangkan, tahniah diucapkan kepada anda, ibu bapa dan juga guru-guru yang telah berhempas pula selama ini.
Bagi yang kurang berjaya pula, janganlah kecewa dan berputus asa. Ibu bapa dan para guru-guru juga diharap dapatlah memberi kata semangat dan dorongan kepada mereka yang kurang berjaya. Ingat keputusan SPM bukanlah penentu segala-galanya,
Hidup ini adalah suatu perjalanan yang panjang dan indah. Usah risau dengan permulaan dan pertengahan, tetapi yang dimahukan adalah pengakhiran yang bagus. Kalau dari awal pun dah boleh buat bagus, lagilah bagus.
Pada yang keputusan SPM yang tak berapa cantik tu jangan risau. Blog kejapps nak kongsikan sedikit cerita yang blog kejapps dengar melalui siaran radio pagi tadi.
Kisah satu.
Umur hampir 40 baru bakal bergelar jurutera.
Adapun seorang pemanggil ni menceritakan dahulu dia teringin menjadi jurutera walaupun ambil aliran agama. Malangnya, keputusan SPM beliau walaupun agak bagus tetapi tidak cukup syarat kerana gagal bahasa inggeris. Jadi beliau mengambil peperiksaan ulangan kertas bahasa Inggeris sahaja.
Akhirnya beliau lulus dan setelah itu bekerja di Singapura dan akhirnya pada usia hampir 40 tahun bakal bergelar seorang jurutera. Jadi jangan puttus asa dan teruskan impian mengejar cita-cita anda okay.
Kisah dua.
Seorang lagi pemanggil yang gagal mencapai keputusan SPM yang baik.Beliau ingin bekerja sebagai safety officer tetapi tak lepas syarat minimum untuk mengikuti kursus latihan menjadi safety officer. Akhirnya bekerja di yard (limbungan pembinaan) pada gaji RM 5 sejam.
Berkat kesabaran beliau daripada bawah akhirnya beliau berjaya juga menjadi seorang safety officer yang pada zaman gemilang beliau berjaya mendapatkan gaji USD 550 sehari (tak tambah overtime). InsyaAllah rezeki kita tu dah terbaik dah. Yang penting jangan putus asa dan teruskan mencuba.
Haa yang teringin nak apply jadi safety health officer tu bolehlah cuba ikuti kursus yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut boelhlah pergi ke laman web DOSH ni terus. Negara kita pun memang memerlukan ramai safety health officer dan pemegang green book ni.
Atau kalau anak-anak anda ataupun anda yang membaca ni spesis yang suka kerjha sendiri dan nak start buat bisnes online, bolehlah cuba buat bisnes online. Saya ada kongsikan DI SINI bagaimana cara untuk mula hasilkan income online pertama anda.
Bagi yang dapat keputusan SPM yang bagus pula bagi tahun 2019 ni, blog kejapps nak kongsikan senarai biasiswa yang boleh diminta. Minta je banyak-banyak, sekurang-kurangnya nanti anda boleh membuat pilihan yang terbaik.
Senarai biasiswa yang boleh dipohon bagi calon SPM 2019 yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang.
SENARAI BIASISWA TERKINI CALON DENGAN KEPUTUSAN SPM 2019 YANG CEMERLANG DI BUKA UNTUK PERMOHONAN SEKARANG!
THE STAR EDUCATION Scholarship
InsyaAllah ada lagi maklumat terbaru, blog kejapps akan kongsikan lagi.
Sekali lagi apapun keputusan SPM yang anak-anak anda dapat, ucapkanlah tahniah kepada mereka, kerana mereka telah mencuba memberikan yang terbaik.
Jumpa lagi dalam artikel yang akan datang.
Suka artikel ini? Tolong kongsikan kepada ibu bapa yang ada naak-anak yang menduduki SPM tahun 2019 ya.