Kematian yang dicemburui |

Kematian yang dicemburui

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
kematian yang dicemburui
Read Time1 Minute, 38 Seconds

Kematian yang dicemburui. Bukan semua berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram. Apatah lagi dapat peluang menunaikan haji & umrah ke rumah Allah. Begitulah bertuahnya insan yang aku kenali ini. 

Allahyarham abang long aku baru pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Kematian beliau betul-betul dicemburui. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di bumi anbiya, di bumi yang dirahmati Allah.

Beliau telah pergi setelah menunaikan ibadat umrah dan saie. Betapa sebaknya kami semalam sewaktu menjemput isteri & anak-anak beliau. Ustaz Zainal, mutawwif yang membawa rombongan umrah beliau mengatakan betapa bertuanhya beliau mati sesudah disucikan segala dosa-dosa kecil mereka. Malah ustaz bagitahu pasti ada  amalan mulia yang dilakukan allahyarham yang membolehkan mendapat kematian yang dicemburui semua. InsyaAllah kematian beliau, kematian husnol khotimah.

Dan antara tanda-tanda kematian husnol khotimah itu adalah kematian ketika melakukan kebaikan dan amal soleh seperti solat dan juga melakukan ibadat haji dan umrah.

MasyaAllah, bertuahnya Abang Long. Semoga tuhan menempatkan roh Abang Long bersama roh para shuhada’ dan para anbiya’.

Allahyarham pergi meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak berusia 15 tahun, 12 tahun dan 7 tahun. Maka sekarang jatuhlah tanggungjawab aku sebagai salah seorang waris lelaki dalam keluarga untuk membantu menguruskan, mendidik dan membesarkan anak-anak beliau.

Kematian beliau sebenarnya agak begitu mengejutkan kami. Beliau telahpergi pada usia muda, 46 tahun. Memanglah beliau tidak begitu sihat, tetapi tidaklah begitu serius. 

Lebih menyedihkan beberapa perbualan aku dengan mak membabitkan abang long. Mak selalu cakap, abang long selalu mengadu yang beliau dah penat. Rupanya memang Allah nak rehatkan beliau.

Berehatlah abang long, Allah telah menjemput kau untuk bertemu denganNYA dengan kematian yang kami semua cemburui.

Aku pohon kalian doakanlah kesejahteraan buat roh beliau. Semoga Allah tempatkan beliau bersama roh orang-orang yang beriman, yang soleh, bersama para shuhada’ dan anbiya’.

Aku juga ingin maklumkan kalau kalian ingin memberikan sumbangan kepada keluarga beliau bolehlah berbuat demikian. Kami sekeluarga sangatlah berbesar hati dan mengucapkan terima kasih.

Kalian bolehlah sumbangkan seikhlas hati. Kalian masukkan sumbangan keluarga Allahyarham Saiful di bahagian product name.

Semoga sumbangan kalian dapat meringankan beban keluarga Allahyarham.

 

0 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

sunat cuti sekolah
anak-anak@kejapps
blogkejapps

Sunat cuti sekolah 3 orang hero

Seperti mana ibu bapa lain yang ada anak lelaki, aku juga tak ketinggalan untuk merancang aktiviti sunat cuti sekolah untuk 3 orang anak-anak aku. Pada

Read More »
kematian yang dicemburui
Sembangkosong@kejapps
blogkejapps

Kematian yang dicemburui

Kematian yang dicemburui. Bukan semua berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram. Apatah lagi dapat peluang menunaikan haji & umrah ke rumah Allah. Begitulah bertuahnya

Read More »
Malaysia vs indonesia player rating
Santai@kejapps
blogkejapps

Malaysia vs Indonesia player rating

Tahniah Malaysia, atas kemenangan 2-0 ke atas musuh tradisi Indonesia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan kelayakan Piala asia 2023. Kemenangan semalam mencerahkan lagi

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu