Kedai jual baju sekolah murah di Ipoh Perak

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
kedai baju sekolah murah di ipoh perak
1 0
Read Time2 Minute, 24 Second

Korang yang ada anak-anak yang nak bersekolah pastinya dah pening kepala nak cari mana kedai baju sekolah yang murah dan berkualiti kan? Tambahan pula kalau korang baru kali pertama nak beli persiapan baju dan beg sekolah anak-anak korang.

Kalau korang tinggal berdekatan Ipoh, Perak, aku nak kongsikan satu kedai jual baju sekolah yang murah di Ipoh, Perak. Aku pun tahu sebab ada kawan pejabat wife aku bagitahu. Tempat tu sebenarnya familiar je, dekat Kamdar, depan medan selera taman kanak-kanak yang dulu popular dengan popiah S.S Ali, ABC special dan satay endut. Nama medan selera tu medan selera Dato Tahwil Azar.

Bukan setakat baju sekolah murah dan berkualiti, malah pelbagai design dan pilihan beg sekolah yang tersedia dengan harga berpatutan. Tapi kau dengar sahajalah dia kata beg tu original. Terang-teranglah beg tu copy ori. Tapi dengan harga dan kualiti yang kau dapat memang puas hati.

kedai baju sekolah murah di Ipoh Perak

Baju sekolah pula ada pelbagai jenis kain, kain licin, kain cotton dengan pelbagai jenama. Tak salah aku jenama paling baik yang ada di situ adalah jenama black cat. Kalau umur lebih kurang aku, memang jenama ni jenama baju sekolah yang korang akan camlah. Kalau nak cari jenama canggih tak dapatlah di sini.

Aku suka dengan layanan yang diberikan di kedai ni. Dengan ada pembantu kedai yang sedia berkhidmat mencari baju-baju dan beg yang anak-anak korang berkenan, semua urusan jadi mudah. 

Masa nak bayar pun aku suka. Dahlah kau boleh tawar menawar. Lagi pandai kau ayat, lagi banyak diskaun yang kau boleh dapat. Tawar elok-eloklah, jangan pula nak maki hamun, kasaar-kasar, adab mau jaga. Nak bayar pun mudah, boleh guna Touch & Go wallet & boostpay, senang.

Kalau korang nak cari kedai jual baju sekolah murah di Ipoh, Perak ni, aku sarankan korang untuk berkunjung di kedai GM Lokking ni.

Kalau yang dah cari baju sekolah, tak apalah, kalau masih belum, bolehlah berkunjung di sini.

Sharelah post aku kali ni dengan kawanpkawan dan family korang yang nak cari kelengkapan sekolah untuk anak-anak diorang.

Sedikit tips untuk ibu bapa yang pertama kali beli baju dan beg sekolah untuk anak-anak.

  • Tak payah beli sampai 5 pasang terus, beli 3 pasang dulu kalau nak beli banyak. Sebab biasanya pendidikan jasmani 2 hari seminggu, pakai baju sukan jer.
  • Beli baju besar sikit, jangan besar sangat. Budak-budak cepat besar, nanti takut tak sampai setahun baju dan seluar dah tergantung.
  • Untuk beg sekolah memang senang beli beg yang ada roda. Tapi kebiasaannya murid tahun 1 akan ditempatkan di kelas atas. Jadi beg sandang mungkin pilihan yang lebih baik. Kalau tak nanti sekejap je roda dan beg sekali rosak kena seret naik tangga.

Itu jelah. Selamat menyiapkan kelengkapan sekolah anak-anak. Semoga korang dilimpahkan rezeki yang mencukupi untuk menampung keperluan membeli kelengkapan sekolah anak-anak dan bayar yuran sekolah anak-anak.

Aku dari tahun ni lagi 3 orang dah anak-anak yang sekolah.

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca. Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

rezeki menulis
tambahincome@kejapps
blogkejapps

Rezeki Menulis

Alhamdulillah rezeki menulis. Buka-buka emel, ada pemberitahuan melalui emel tentang pembayaran komisen tentang satu sistem borang tempahan yang pernah saya tulis. Walaupun tak banyak, lepaslah

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.