Jom try main bowling pula tahun 2020 ni

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
Main bowling
0 0
Read Time4 Minute, 2 Second

Sejak dah makin berusia ni dan tak berapa boleh bersukan, aku macam makin minat main bowling pula. Tetapi yang tak bestnya aku takdelah pandai main pun.

Masa zaman universiti pun ada lah pernah main 2-3 kali sahaja. Masa kerja masuk pertandingan main bowling yang office buat, itupun biasanya jadi team kedua. Adalah pernah merasa trofi, tapi trofi berkumpulan.

Nak main bowling ni besar juga belanjanya. Satu set beginner pun dalam RM 400 jugalah minima untuk permulaan. Aku fikir kalau aku main ni, mungkin boleh expose sukan bowling ni untuk anak-anak aku juga.

Dah ayahnya tak ada peluang nak jadi pro, mungkin peluang anak-anak la pula.

Sejak aku serius nak belajar main bowling ni, aku pun buatlah pelaburan RM 99 untuk jadi member di ampang superbowl. Kenapa? Sebab itu je bowling yang ada dekat rumah aku,

Actually bayar RM 99 jadi membership di Ampang superbowl ni memang berbaloi, Malah korang dapat untung lagi sebenarnya. Dapat 30 game percuma, Kalau kira satu game RM 5 (harga ahli) kali 30 game dah RM 150, memang berbaloi. Tak trermasuk keistimewaan yang lain.

Tapi free game 30 game tu kena habiskan dalam tempoh 3 bulan. Kalau korang kaki bowling, memang senang sangat nak habiskan.

Masalah aku di usia yang makin meningkat ni, aku tak tahu pun cara nak main dan kat tempat aku ni ada coach untuk budak-budak jer. Last-last aku google dan tengoklah sendiri youtube dan baca artikel mengenai teknik balingan.

Dari kajian aku di google aku jumpalah beberapa maklumat mengenai asas bermain bowling ni.

Pemilihan bola bowling.

Pada aku ini perkara penting, sebab salah pilih bola, susah nak dapatkan balingan yang konsisten.

Rules of thumb orang kata, pilih bola yang 1/q0 daripada berat badan. Tetapi badan macam aku ni, parah la waeh, kena pakai bola berat, mana nak larat.

Yang aku tahu ada saiz bola daripada 6 pounds ke 15 pound. Aku pernah cuba pakai 15 pounds, tetapi larat balik 3 kali je, lepas tu wrist rasa nak tercabut.

Kalau korang nak tahu berapa pound tu berapa kg, tukar je guna kalkulator dekat SINI.

Nak memilih bola pun kena berdasarkan jenis lane dan cara balingan korang juga.

Bola pun ada banyak jenis, ada bola spare, bola hook dan bola spinner. Jangan tanya lebih-lebih, aku pun tak tahu nak jawab.

Cara balingan.

Car abalingan ni ada banyak jenis. Ada straight, ada hook dan sekarang ni ada teknik balik 2 tangan pula. Dulu-dulu aku main golek dua tangan orang gelakkan je, Sekarang pro pula yang pakai 2 tangan.

Macam aku, tangan tak kuat dan tak boleh nak control bola dengan agak baik. Jadi aku stick to cara balingan straight sahaja. Masalahnya nak dapat balingan yang sangat konsisten tu sangatlah susah.

Belanja main bowling ni memang agak nakal. Nak beli baru semua barang memang sakit jugalah kecuali kau ada kemampuan dan serius nak bermain. Kalau nak beli baru boleh terus pergi ke proshop yang berhampiran.

Tetapi macam aku, aku selalu survey dekat satu group Facebook ni. Dekat group ni ada banyak orang nak jual bola dan aksesori bowling. Biasanya beli baru then tak sedap ataupun dah tak main. Jadi bolehlah dapat harga yang jauh lagi murah daripada yang baru.

Dah start main bowling ni teringin juga rasa nak masuk pertandingan amatur. Bukanlah nak kejar hadiah, tetapi nak sedikit semangat kompetitif tu. Kalau nak masuk yang open memang lauk sayur ajelah kena tinggal dengan player-player lain.

Elok cari, haritu aku jumpa satu group ni. Best jugalah sebab ada peluang nak menang, sebab dia memang limitkan penyertaan kepada player-player beginner. Kalau korang yang score suam-suam kuku macam aku dan nak join tournament bowling bolehlah join GROUP ni.

Masalah untuk aku, asyik-asyik semua tournament dekat KL. Jenuhlah bila dah duduk jauh ni.

Start main 2-3 kali ni best jugalah rasa. Masih lagi dalam fasa mencari teknik balingan yang aku selesa dan nak dapatkan score yang konsisten. Rasa dah konsisten baru akan start cari bola bowling, aksesori dan kaasut untuk bermain lebih serius.

Gaya jangan cakap, memang hancur balik terbongkok-bongkok. 

Untuk sekarang aku pakai bola 13 pound untuk balingan pertama dan bola 12 pound untuk balingan kedua (cubaan dapatkan spare).

Baru 3 kali main ni , Alhamdulillah score dah semakin meningkat, tetapi kena practise lagi untuk dapatkan balingan yang konsisten dan boleh kutip spare dan tak masuk longkang. Masuk longkang ni yang buat panas.

Macam aku pula, first throw aku biasanya hampeh dan rajin kutip spare. (Baru main 3 kali je pun).

Biasanya dapat score 100 pun dah happy. Tetapi sekarang nak cuba miantain atas 150 dulu score dan seterusnya atas 200.

main bowling

Main bowling

Tetapi haritu main, dapatlah aku score paling tinggi dalam hidup.

1st game dapat 159, 2nd game dapat 173.

Lepas ni nak cuba dapatkan dan miantain score 200 ke atas pula.

Ada yang nak jadi sparring partner blog kejapps main bowling?

 

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca. Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

rezeki menulis
tambahincome@kejapps
blogkejapps

Rezeki Menulis

Alhamdulillah rezeki menulis. Buka-buka emel, ada pemberitahuan melalui emel tentang pembayaran komisen tentang satu sistem borang tempahan yang pernah saya tulis. Walaupun tak banyak, lepaslah

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.