Jana pendapatan dengan menulis pada tahun 2020

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
jana pendapatan dengan menulis
Read Time4 Minute, 51 Second

Lama tak menulis, kali ni ada peluang aku nak kongsikan bagaimana nak jana pendapatan dengan menulis pada tahun 2020.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, waktu perintah kawalan pergerakan (PKP) ni, Alhamdulillah adalah rezeki aku sedikit merasa jana pendapatan dengan menulis. Pada mulanya dulu memang aku sendiri pun kurang yakin, tetapi bila dah mula nampak hasil ni barulah mula nak start confident.

Sejak kembali aktif menghidupkan servis penulisan artikel pada fasa akhir perintah kawalan pergerakan ini, ada juga income konsisten yang masuk melalui servis penulisan artikel setiap hari. 

Untuk yang tak tahu, aku memang ada buat servis penulisan artikel sejak hujung tahun 2019. Korang boleh check DI SINI. Salepage pun dah lama aku tak update. Cuma apabila kembali bekerja makan gaji dengan orang, aku perlahankan sedikit aktiviti penulisan aku.

Sebagai membakar semangat korang, aku kongsikan sedikit screenshot pendapatan yang aku jana dengan menulis. Bagi orang lain mungkin sedikit sangat. Tapi bagi aku ianya bermakna. Sambil buat secara part time dan bila-bila yang aku nak, lepas jugalah nak tampung kekurangan perbelanjaan sana-sini.

jana income dengan menulis

Ini pula bayaran servis penulisan yang aku dapat secara pukal. Ini bayaran bulanan yang diterima. Lebih banyak artikel yang aku boleh hasilkan untuk pihak editor, lebih banyak bayaran yang aku dapat. Dan lebih menarik kadar bayaran di dalam mata wang USD. Alhamdulillah

jana income dengan menulis

Oklah, itu bayaran yang aku dapat untuk kerja tujuh hari secara part time, sambil aku buat kerja office dari rumah. Kalau pecahkan secara harian lebih kurang RM 125 sehari. Oklah orang kata, sambil-sambil.

Kenapa jana income dengan menulis? Sebab aku yakin semua orang adalah penulis. Tak percaya? Korang ada akaun sosial media kan? Paling tidak pun facebook atau twitter. Berapa kali sehari update dan post status? Tak ke korang menulis tu? Jadi tahniah, memang korang sudah pun bergelar penulis tanpa korang sendiri sedar.

Sebenarnya aku mula serius menulis dan aktif terima tempahan menulis kembali sejak PKP yang lepas atas beberapa sebab. Pertama sekali aku ada lebihan masa (tak perlu ulang-alik pergi ke pejabat). Yang kedua aku mungkin berkemungkinan berdepan risiko ditamatkan kontrak lebih awal atau diberikan pemotongan gaji. Jadi aku nak cari alternatif untuk bantu sustain ekonomi aku sendiri. Alhamdulillah Allah bagi jalan dan salurkan rezeki tambahan kepada aku melalui servis penulisan ni.

Untuk jana income dengan menulis ni tak susah, tapi tak juga mudah sangat. So jom aku kongsikan sedikit pengalaman aku dengan korang, mungkin ada manfaat dan boleh jadi pembuka jalan buat korang nak tambah pendapatan.

5 Step nak jana pendapatan dengan menulis pada tahun 2020

  • Kenalpasti niche penulisan yang korang boleh hasilkan Kalau korang ada kefahaman mendalam tentang sesuatu niche, memang sangat membantu. Cepat siap nanti.

Antara niche yang korang boleh explore untuk tulis:

– Kekeluargaan

– Sukan

– Masakan

– Hartanah

– Pelancongan

– Kerjaya

– Automatif

Buat permulaan korang bolehlah tawarkan niche yang korang selesa dulu. Apabila dah mendapat rentak menulis dan mula dapat tempahan dan keyakinan pelanggan, kornag boleh tambah lagi niche penulisan korang.

  • Rancang platform tempat korang menawarkan servis penulisan artikel. Awal-awal ni aku sarankan korang guna platform percuma dulu seperti FB fanpage. Kalau korang nak buat salepage, aku sarankan korang guna sistem onpay.  untuk tiga bulan pertama ni, korang boleh guna secara percuma dahulu.  Detail dia ada aku terangkan DI SINI. Untuk ambil tempahan pelanggan biarlah ada sistem dan teratur supaya korang tak kelam kabut dan terlepas tempahan pelanggan.
  • Sediakan contoh artikel (sekurang-kurangnya lima artikel) – Sebagai pendatang baru dalam industri, korang perlulah mendapatkan keyakinan bakal pelanggan. Biar pelanggan lihat dan nilai sendiri penulisan korang terlebih dahulu. Mungkin korang tak ada idea nak buat contoh artikel. Sebab tu aku nak bantu mudahkan dan cepatkan proses ni untuk korang.

jana income dengan menulis

Aku nak hadiahkan kepada korang lima contoh artikel yang aku dah siapkan dalam pelbagai niche. Korang boleh dapatkan secara percuma DI SINI. Korang olahlah dengan bahasa dan gaya penulisan korang sendiri. Bila dah mula terima tempahan pelanggan, tambahlah lagi portfolio korang.

  • Tetapkan terma dan syarat untuk tempahan menulis – Tetapkan harga dan panjang artikel serta masa korang siapkan artikel.

Sebagai contoh; 

Untuk harga, korang boleh mulakan dengan harga istimewa terlebih dahulu untuk bulan pertama. Ini adalah salah satu cara untuk menarik pelanggan. Tetapi pastikan harga tersebut berbaloi. Korang boleh tetapkan antara RM 25-30 dulu untuk artikel 300-400 patah perkataan. Ini cadangan aku sahaja.

Untuk bulan berikutnya boleh menaikkan kadar bayaran lebih sikit. 

Tetapkan masa penghantaran di antara 3-5 hari bekerja. Pastikan korang ikut masa ni supaya pelanggan berpuas hati. Lepas tu kalau pelanggan tempah artikel 400 patah perkataan, korang tulislah lebih sedikit. Pelanggan pun mesti happy, nanti diorang akan datang tempah lagi.

  • Perlu ada komunikasi yang baik dengan pelanggan – pastikan apa yang ditempah dan dimahukan pelanggan dengan sebaiknya. Kerja menulis ini perlu juga ada sedikit kajian, dan tidak boleh berdasarkan pendapat semata-mata. Perlu buat rujukan. Paling mudah tanya pelanggan pa yang mereka mahukan. Niche, keyword, berapa patah perkataan dan berapa artikel serta gaya penulisan. Jika tidak susah nanti korang nak melayan pelanggan.
  • Promosi –  Buat apa pun korang perlu buat hebahan mengenai bisnes. Sama juga dengan servis penulisan korang ni. Paling mudah waktu permulaan ni, korang boleh hebahkan sahaja di Facebook wall peribadi korang.

So itu sahaja perkongsian aku mengenai 5 cara jana income dengan menulis. Aku harap korang ada ide untuk tambah income korang dengan menulis.

Aku tahu, ramai yang terkesan sewaktu PKP ni.  Malah sebelum tempoh PKP pun ramai yang terkesan dengan tekanan ekonomi.

Korang cubalah dulu, mana tahu ini rezeki korang untuk jana income dengan menulis.

Kalau korang serius untuk jadikan menulis ni salah satu lubuk pendapatan korang, aku sarankan korang belajar lah dengan dua bahan penulisan ni. Memang berbaloi.

  1. Rahsia penulis
  2. Income penulisan

Semoga perkongsian aku ni bermakna buat korang.  Aku doakan yang terbaik untuk korang dan keluarga.

Dan macam biasa aku mohon pertolongan sharelah artikel ini dengan rakan-rakan dan keluarga korang yang berminat nak jana income dengan menulis.

0 0

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca.... Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.