Jana pendapatan 4 angka sebulan melalui servis penulisan artikel

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
servis penulisan
0 0
Read Time5 Minute, 9 Second

Alhamdulillah, dari sekadar idea pada sekeping kertas, akhirnya kini saya berjaya menjana pendapatan konsisten 4 angka sebulan melalui servis penulisan artikel secara santai-santai sahaja.

servis penulisan

Tahun 2019 masih lagi cuba mencari-cari peluang yang ada untuk menjana semula pendapatan yang konsisten di internet setelah’berehat’ hampir tiga tahun lamanya atas pelbagai sebab.

Servis menulis inipun sebenarnya salah satu bentuk servis yang hasilkan pendapatan pertama saya di online sekitar tahun 2014 dahulu. Ketika itu baharu sahaja mengenali apakah itu pemasaran internet dan bisnes internet.

Pendapatan pertama RM 100 hasil upah menulis terjemahan artikel dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Tempahan diterima daripada mendiang Boon Lee (pengasas Emelmatik). Beliau adalah salah seorang yang memang suka menyokong dan membantu cubaan bisnes kenalan beliau. Saya pula hanya bersua di Facebook dan beberapa sesi belajar photoshop bersama beliau.

Walaupun sudah banyak penyedia servis penulisan serta upah menulis namun permintaannya masih agak tinggi, Jadi melalui blog KEJAPPS ini saya bangunkan jenama SUKATULIS yang fokus kepada servis penulisan artikel bahasa Melayu.

Macam biasalah pada mulanya agak mencabar juga hendak bangunkan perkhidmatan servis ini, lagi-lagi apabila tiada siapa yang mengenali diri sendiri. Jadi berbekalkan sedikit ilmu pemasaran FB ads marketing yang cukup ringkas tapi berkesan daripada panduan FAST TRACK ECOMMERCE, saya jalankan satu kempen iklan .

Bermodalkan RM 60, Alhamdulillah saya dapat beberapa tempahan menulis artikel yang keseluruhannya berjumlah hampir RM 800. Rezeki, mungkin juga ‘beginner’s luck’.

servis penulisan

Selepas itu saya berhentikan iklan kerana sudah kembali bekerja dan masih tak berapa dapat menyesuaikan diri untuk melakukan kedua-dua aktiviti. Saya hanya dapat sedikit tempahan yang masuk melalui carian organik di Google.

Bulan Februari 2020 saya sudah mampu menyesuaikan diri dengan kerja makan gaji dan servis penulisan artikel ini.  Jadi saya pun cuba menjalankan kembali kempen iklan FB ads marketing bagi mempromosikan servis menulis artikel SUKATULIS semula.

Malangnya dua akaun FB ads saya sudah digantung kerana dikatakan sudah melanggar polisi pengiklanan di FB. Saya cuba merayu untuk pihak FB melepaskan semula akaun FB ads, namun tidak berhasil. Saya juga ada meminta penjelasan kenapa dan apakah polisi yang dilanggar oleh iklan saya, tetapi tidak juga dijawab pihak FB.

Sejak itu saya terpaksa bergantung harap pada tempahan yang datang dari carian organik sahaja. Alhamdulillah rezeki untuk SUKATULIS. Sewaktu tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, SUKATULIS mendapat pertanyaan daripada beberapa individu dan sebuah syarikat untuk tugasan menulis artikel bahasa Melayu.

Hasil perbincangan lanjut, servis SUKATULIS ditawarkan kontrak untuk menulis dan membekalkan artikel bahasa Melayu secara pukal setiap bulan untuk sebuah syarikat yang berpengkalan di luar negara.

Selain itu SUKATULIS juga dapat tempahan upah menulis dari pelanggan yang berulang setiap bulan. Rezeki. Tanpa sedar, harga yang ada di laman jualan masih harga promosi sebenarnya. Rezki pelangganlah. Bila dah sibuk kerja makan gaji, memang kadang-kadang terlupa nak kemaskini laman jualan.

Dari nak dapat tempahan 30 artikel sebulan pun susah, kini SUKATULIS sudah mampu menulis hampir 100 artikel sebulan dan bulan Julai ini, insya Allah kami dapat menulis  hampir 150 artikel pelanggan.

Kehadiran 2 lagi penulis dalam pasukan SUKATULIS turut mempercepatkan proses menyiapkan artikel yang ditempah pelanggan. Bulan Jun ini juga kali pertama membayar upah menulis para penulis di SUKATULIS.

Seronok dan teruja juga, hasil bisnes servis menulis artikel yang masih baru dan tak seberapa ini dapat juga menyumbang kepada pihak yang lain. Kalau ikut ‘phase’ dan komitmen yang diberikan, salah seorang penulis baru kami ini juga bakal mendapat pendapatan 4 angka dari upah menulis artikel secara santai dan separuh masa bulan Julai ini nanti.

Menulis ini tidaklah susah sangat sebenarnya. Saya yakin semua orang boleh menulis, terutamanya mereka yang ada akaun sosial media. Jadi bolehlah gunakan kelebihan ini untuk tambah pendapatan.

Mungkin pada orang lain 4 angka sebulan itu biasa taupun tidak banyak, tetapi pada saya ianya agak berbaloi juga dengan usaha yang dicurahkan. Masa pula adalah fleksibel dan mengikut kelapangan sendiri. Kebiasannya satu hari 3-5 artikel dapat ditulis dengan jayanya jika tiada apa-apa masalah dan gangguan lain.

Bagi yang masih tercari-cari cara nak jana pendapatan tambahan secara konsisten melalui internet mungkin boleh mencuba membina servis penulisan anda sendiri. Untuk yang mahu mulakan servis penulisan dan menulis artikel bolehlah rujuk kepada dua panduan berikut:

  1. Rahsia mudah RM 1000 sebulan dengan menulis`
  2. Income penulisan

Insya Allah, lebih mudah bermula bila ada sumber rujukan dan panduan daripada mereka yang telah berjaya. Saya pun mendapat ilham dan semangat setelah merujuk panduan Income penulisan.

Ada satu lagi panduan yang saya rujuk sebenarnya, tetapi panduan tersebut kini sudah tidak dibuka kepada orang ramai.

Jangan pula terus berharap akan dapat tempahan pukal atau tempahan artikel yang  banyak pada 1 atau 2 hari servis penulisan anda dibuka kepada umum. Pelbagai langkah dan persediaan juga perlu diambil sebelum memulakan servis menulis.

Jika ada akaun media sosial, mungkin boleh war-warkan dahulu servis penulisan yang bakal anda jalankan. Ada rezeki mungkin dari rakan-rakan media sosial anda akan menempah servis menulis artikel anda.

Langkah asas memulakan servis menulis ada saya kongsikan di SINI. Tetapi untuk langkah yang lebih terperinci bolehlah rujuk pada panduan yang saya kongsikan di atas tadi.

Usaha dan terus kena usaha sehingga berjaya. Biasalah macam bisnes-bisnes yang lain, ada turun naiknya. 

Servis menulis artikel ini juga boleh dikembangkan lagi dengan pelbagai servis penulisan yang lain seperti servis terjemahan, tulis ebook, tulis transkrip dan pelbagai khidmat penulisan yang lain.

Kalau anda nak cuba menulis tapi tak mahu pening kepala menguruskan servis penulisan anda sendiri, apa kata anda sertai keluarga SUKATULIS.  Dengan komitmen yang tinggi, anda juga berpeluang membina pendapatan hingga 4 angka sebulan secara konsisten.

Hantarkan sahaja contoh 2 penulisan artikel bahasa Melayu dengan penulisan 300-500 patah perkataan ke:

sukatulis.kejapps@gmail.com

Kalau mahir menulis artikel bahasa Inggeris pun boleh hantar juga.

Setakat ini SUKATULIS masih memerlukan 2-3 orang penulis bahasa Melayu dan 1-2 orang untuk berkhidmat sebagai penulis bahasa Inggeris.

Itu sahaja perkongsian pengalaman kali ini. Semoga menjadi pembakar semangat buat anda menghasilkan pendapatan yang konsisten melalui internet. Kini bukan masa merungut lagi.  Kalau anda tak mula sekarang untuk menjana pendapatan di internet, bila lagi?

Tolong kongsikan kepada mereka yang berminat nak jadikan servis penulisan sebagai sumber pendapatan ya!


p.s:  ironi pula rasanya – sibuk menulis artikel untuk orang lain, blog sendiri sudah lama bersaranghae….

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca. Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

rezeki menulis
tambahincome@kejapps
blogkejapps

Rezeki Menulis

Alhamdulillah rezeki menulis. Buka-buka emel, ada pemberitahuan melalui emel tentang pembayaran komisen tentang satu sistem borang tempahan yang pernah saya tulis. Walaupun tak banyak, lepaslah

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.