Interview Kerja

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
interview kerja
Read Time3 Minute, 16 Second

Walaupun aku kata aku nak cuba kerja sendiri, back up plan mesti kena ada juga. Bukan apa, sekurang-kurangnya bila dah terpaksa nanti, suka atau tak kau kena cari jalan juga nak survive. Aku pun saja-sajalah update resume aku yang last sekali aku update tahun 2011 dahulu. Manalah tahu, ada rezeki, dapat panggilan interview kerja ke? Lagipun aku dah update resume aku beberapa bulan yang lepas untuk aku apply sambung master. Alang-alang tu aku pun update dan cubalah apply kerja yang aku rasa sesuai dan boleh buat.

Sebenarnya aku berat nak minta kerja lain. Banyak sebabnya, di samping aku pun macam tak berapa minat nak kerja dengan orang dah, aku ni banyak kekeliruan identiti kerja. Asalnya aku dulu belajar engineering, kerja pun buat engineering awal-awal dulu walaupun tak sama dengan apa yang akau belajar. Tapi makin lama kerja aku dah start buat dan duduk di position lain. Buat project management, buat kerja IT sikit, buat pengurusan dokumen sikit dan lain-lain. Cuma masalahnya position atau jawatan aku tu kekal.

Jadi memang masalah besar bila nak minta kerja sebab kemahiran & portfolio aku dah berubah tetapi nama jawatan aku masih sama macam aku baru kerja dulu. Aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Tapi benda yang aku paling risau, rimas dan malas nak layan ialah nak kena interview kerja. Aku malas dah nak interview kerja dan malas nak sediakan dokumen-dokumen. Nak kena bawa sijil SPM lagi, walaupun dah berpuluh tahun dah lepas SPM.

Pengalaman aku interview pun tak banyak, masa lepas belajar ada dua tiga kali pergi interview dan sampi dapat dengan company aku kerja sampai sekarang ni. Lepas tu ada lagi dua kali aku pergi interview tetapi interview yang tak macam interview. Aku ada pengalaman kerja sebagai client yang jaga projek dekat dua company consultant ni. So yang interview tahun 2008 hari tu lead engineer consultant ni yang interview aku, tapi tak tanya benda teknikal langsung. So basically borak-borak kosong. Aku dapat kerja tu, tapi boss company aku ugut tak nak bagi consultant tu kontrak kalau diorang ambik aku, jadi aku tak masuk kerja dengan consultant tu. (Korang percaya je apa aku bagitahu ni yer.) bunyi macam orang penting, tapi tak pun.

Kali kedua tahun 2011, ni aku dapat job interview dekat satu company consultant juga dekat  Malaysia, tetapi company ni company antarabangsalah. Aku rasa interview ni pun disetup oleh VP engineering consultant ni. Rezeki aku, aku pernah involve kerja dengan VP ni untuk satu projek ni di Jakarta dulu. Interviw kerja tu dibuat oleh VP consultant tu tapi bukan VP engineering tu. Aku risau giler, aku baru engineer cabuk je masa tu. Tapi masa interview tu VP tu pun tak tanya soalan teknikal, tanya family aku, tanya berapa gaji aku nak (tapi diorang tak bagilah apa yang aku minta) dan bila aku boleh mula kerja. Alhamdulillah, murah rezeki aku , aku dapat juga kerja tu. Tapi atas beberapa faktor aku tak masuk dan kekal di company lama aku.

Akhirnya sampailah aku dah nak tamat perkhidmatan dengan company aku sekarang ni, baru aku cuba apply kerja balik sebagai back up plan. Aku bajet dalam2-3 bulan jugalah dari hantar resume sampai nak panggil interview kerja dan nak dapat kerja semua tu. Sekali minggu lepas aku hantar, hari ni dah ada job agency yang arrange interview. Apa-apaun rezeki tu urusan Allah, kita ni manusia usaha sajalah.

Sebenarnya aku dah bagitahu isteri aku bagi masa aku 3 bulan untuk aku kerja sendiri sampai dapat hasil untuk tampung balik gaji aku sekarang ni. Dan kalau 3 bulan tu aku tak berjaya, aku akan fokus untuk kerja semula. Tapi aku tak bolehlah tunggu 3 bulan baru nak apply, sekarang nio aku dah kena mula. Dapat tak dapat tu lain cerita.

Nak kena cari sijil SPM ni yang aku letih. Apa-apapun aku minta korang doakanlah yang terbaik untuk aku dan keluarga aku. Aku pun doakan yang terbaik untuk korang semua.

interview kerja
0 0

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca.... Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.