Cuti Pulau Pangkor |

Cuti Pulau Pangkor

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
Pulau pangkor
Read Time6 Minutes, 18 Seconds

Dah lama sebenarnya nak bercuti di Pulau Pangkor ni. Bila ingat balik sebenarnya dari masa aku dan isteri kahwin, inilah kali pertama kami berpeluang datang ke Pulau Pangkor. Jadi cuti kali ni adalah hasil inspirasi isteri  tersayang.

Isteri aku bagi cadangan hari rabu, rabu tu juga dia book hotel. Kami satu keluarga berangkat pergi pada hari sabtu.Pergi untuk satu malam sahaja. Untuk hotel kami menginap di Rumah Rehat Kerajaan Negeri Perak. Isteri aku booking menggunakan Agoda. Masa tu dapat RM 120 untuk satu malam. Kena tambah RM 20 sebab anak-anak aku dah lebih 7 tahun untuk breakfast hari ahad tu. Hotel ni bawah management Casuarina.

Puas hati weh. Betul-betul atas air, bukan anak-anak kami sahaja yang tak sabar-sabar nak mandi laut, kami suami isteri pun sama. Terlupa nak ambil gambar di dalam bilik hotel, tetapi memang puas hati dan highly recommended.

Kami sekeluarga bergerak dari rumah selepas subuh, dalam 7++. Dekat je pun, bukan dekat jepun. Alhamdulillah, sambil ditemani bunyi ngauman bearing tayar kereta, kami selamat sampai ke jeti Marina di Teluk batik lebih kurang 1 jam perjalanan.

Aku plan parking dekat Marina (teluk batik tu) dan naik jeti dari sana. Aku ingat harga tiket RM 10, rupanya dah RM 14 untuk dewasa dan RM 7 untuk kanak-kanak (kalau tak salah akulah) aku tak simpan dah tiket. Tiket tu korang jangan buang, sebab tiket tu juga digunakan untuk balik sekali nanti. Basically harga tiket termasuk pergi dan balik.

Jadual feri korang boleh tengok sini:

Aku naik bot pukul 9 dari marina. Sebelum naik tu dah bungkuskan makanan siap-siap dari kedai makan yang ada dekat area jeti tu. Kalau korang rajin nak naik dari jeti lumut pun naiklah, tapi masa nak sampai tu lama lagilah.Kalau dari marina ni sekejap je sampai Pangkor, dalam 15-20 minit jer.

Feri dia biasa-biasalah. Jangan expect lawa sangat. Nasib malang korang dapat yang super lama, penuh bau diesel. Barang tu letak kat depan seat, jangan letak di tengah-tengah laluan, susah pula orang nak lalu nanti.

Sebelum tu aku dah booking kereta sewa dulu. Tuan kereta ni caj RM 80 untuk satu hari. Aku fikir sebab anak yang ramai dan barang yang banyak nanti hassle asyik nak turun naik teksi pink tu untuk bergerak di sekitar Pangkor, silap haribulan lagi mahal. Kalau hanya aku dan isteri, dah tentu kami akan ronda-ronda dengan motor. Romantik gitewww.

Kalau korang nak sewa kereta, korang boleh je contact no ni:  019-4031694. Maaf aku dah tak ingat nama owner kereta sewa ni. Untuk lebih selamat dan terancang, bolehlah buat tempahan lebih awal. Kalau nak lebih adventure, boleh sahaja sewa di jeti Pangkor, ramai yang menawarkan servis sewa kereta.

So dah ambil kereta tu, kitorang pun isi minyak dekat stesen Buraq Oil tu. RM 20 je…lepaslah pusing pulau, bukan besar mana pun. Tak sure nak pergi mana, kitorang pun terus menuju ke area hotel. Sampai sana dia kata bilik tak ready lagi. So kitorang terus decide nak mandi laut dulu. 

Sebelum mandi tu, kitorang makan dulu nasi yang dah bungkus siap – siap tadi. Sekali time makan ada burung enggang sekali. Kat sini lah 1st time dalam hidup aku dapat tengok burung enggang dekat giler depan mata selain dari dekat zoo. 

Lepas dah kenyang makan dan anak-anak  nak mandi, maka kitorang pun pergilah mandi laut bertemankan pancaran terik sang matahari, Puas hat.i plus tak ada orang lain. Kitorang je satu family. Aku siap tertidur sekali dalam air tu. Tapi tempat mandi tu time air surut dia macam berselut sikit.

Tengah best main air , anak sulung tiba-tiba, kaki terpijak kulit-kulit siput. Macam biasalah, bila dah menangis tu memang signal untuk berhenti main. At least ada jugalah alasan suruh keluar dari laut. Kalau tidak mungkin sampai ke petang tak habis mandi laut ni nanti.

So by the time naik atas, bilik pun dah ready. Selesai mandi-mandi semua maka semua pun pengsan sampai ke petang. Actually aku pun tak ingat kitorang makan ke tak tengah hari tu. Ada jugalah pergi jalan-jalan pusing-pusing naik kereta, tapi aku tak ingat pula pergi mana dan buat apa. So aku skip jelah. Lepas setel solat semua, solat asar anak-anak aku ajak second round main air. Aku layankan jelah walaupun malas. Penat ooo bergesel pasir habis semua masuk kat tempat-tempat tak sepatutnya.

So lepas selesai solat maghrib, kitorang pun pergilah cari makanan malam. Makan seafood. Order Ikan bakar, sotong goreng tepung ( 2 pinggan – nangis aku bayar), kerang bakar, nasi, tomyam, sayur, nasi dan air tembikai. Total damage dekat seratus juga aku  rasa. Tapi makan untuk 6 orang memang berbaloi.

Yang aku geram, anak-anak aku pulun tambah nasi, last-last tak habis. So aku jugalah yang kena jadi majlis bandaraya. Sambil makan tu hujan turun membasahi bumi Pangkor di malam hari, 

Sebab hujan, terpaksalah kami batalkan plan nak berjalan-jalan sekitar pulau. Maka sebagai seorang gentleman,  aku pun pergilah ambil kereta seorang diri dalam hujan lebat. Sayang anak dengan isteri weh. Biar aku sorang basah takpe. Ambil kereta then cermin kereta belakang tak boleh tutup rapat, maka adalah part yang basah.

Balik hotel, solat apa yang patut dan tiba-tiba semua pengsan. Semua K.O. Mungkinkah sebab kepenatan ataupun angkara ajinomoto dalam masakan?

So bangun pagi esok tu, breakfast dekat hotel je. Aku pun tak ingat makan apa, tapi yang dia goreng-goreng tu sedaplah.

Layan enggang sekali lagi. Lepas tu kami mandi laut buat kali terakhir sebelum checkout. Dah setel mandi dan checkout maka kami pun nak pergi ke jeti. Sekali alternator kereta buat hal pula. Call brader sewa kereta tu dan dia gantikan kereta baru.

Tapi sementara nak tunggu brader tu sampai, kami pun makanlah alas perut dulu di gerai sebelah Rumah Rehat Kerajaan Negeri Perak ni.

Nama benda ni laksa mi kalau tak salah aku, Ini antara specialty dekat Pangkor nilah. Dia bukan laksa, bukan mi dan bukan juga campuran laksa dan mi. Basically noodles lah. Tapi aku tak berkenan sangat, mungkin masakan kedai tu tak kena selera aku.

Dah selesai dapat kereta ganti, kitorang pun pergi jeti, tapi singgah beli ABC dulu dekat satu gerai ni. Dekat Pasir bogak kut. Sempatlah ambil gambar Pangkor ni dulu. Tapi anak-anak aku hilang main dekat kapal, so ada gambar signboard ajelah.

Pulau pangkor

Sampai jeti, pulangkan kereta dan terus naik feri balik marina. Sampai kat jeti Marina, selesaikan apa yang patut then beli makanan laut yang kering tu bawa bekal sikit. Bayar parking, selesai sudah. Naik kereta semua lena, aku bawa kereta sorang-sorang. Sampai rumah semua kata, dah sampai dah, cepatnya…Maka menangislah aku seorang diri,

Tapi memang best dan menarik pengalaman dan trip ke Pangkor dengan family kali ni. Lepas raya aku nak pergi lagi. Insyaallah

So berapa bajet nak pergi Pulau Pangkor ni? (ni aku punya travel last timelah)

Duit minyak – RM 50 (pergi balik)

Sewa kereta – Rm 80

Makan – Rm 200 (anak-anak aku ramai dan makan banyak) nak jimat bawa roti, tuna dan maggi

Hotel – RM 130 (tambah tax semua)

Buah tangan – RM 50

Tambang feri: RM 56 – RM 14 dewasa pergi balik.

Parking kereta – RM 15 satu hari.

Parking tu tengok-tengok sama, ada area yang jadi tandas awam burung-burung. Takut kereta korang bertukar warna je nanti kalau salah parking.

Tapi overall memang puas hati dan berbaloi.

And next time pergi memang aku akan pergi duduk Rumah Rehat Kerajaan Negeri Perak. Servis superb. Masa aku balik yang time hujan tu, staf dia siap payungkan aku keluar kereta lagi. Superb.

Benda yang tak best, monyet pergi terbalikkan tong sampah dekat depan hotel, kesian dekat staf nak mencuci. So kalau korang buang sisa, plastik makanan, buang kat tong sampah dalam hotellah.

Dah pernah pergi Pangkor? Tak pernah korang boleh explore lah bila free.

Alang-alang aku dah balik Perak ni, aku pun nak pergi sekali lagi ke Pangkor ni, moh kiter.

0 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

servis penulisan artikel
Servis Penulisan Artikel
blogkejapps

servis penulisan artikel 2019

Alhamdulillah pada awal bulan November 2019 ini, melalui blog kejapps dot com, kami telah melancarkan secara rasmi servis penulisan artikel. Buat masa ini kami mahu

Read More »

Sampel penulisan 5

Sampel artikel 5 Tajuk: 10 Tips promosi produk affiliate di wall Facebook anda Teknik promosi ini adalah antara teknik promosi affiliate yang paling diminati ramai

Read More »

Sampel artikel 4

Ramai yang berkata pemasaran emel ini sudah ketinggalan zaman. Tiada lagi engagement dan respon yang tinggi kerana generasi masa kini lebih selesa dengan sosial media

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu