DIY Beyblade

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
DIY beyblade
0 0
Read Time2 Minute, 0 Second

Kali ni aku nak kongsikan cara nak buat DIY beyblade tudung botol. Ini semua adalah hasil karya anak-anak lelaki aku. Zaman aku dulu main gasing kayu jambu je. RM 0.50 sebiji, beli dekat kedai tikam.

Zaman sekarang ni, anak-anak aku pun tak tau apa dia gasing tu. Yang diorang tahu, beyblade. Oklah tu ada usaha nak DIY beyblade diorang sendiri. Kalau hari-hari nak beli beyblade yang betul-betul tu, makin botaklah kepala dan dompet aku.

Simple sangat nak buat beyblade tudung botol ni. Apa yang korang perlukan ialah:

  • Tudung botol plastik
  • Lidi
  • Pensil

Cara nak buat DIY beyblade ni:

1. Ambil pensil, tak kisahlah pensil 2B ke HB, janji pensil. Pensil tit tit tak mau la. Tebuk sikit atau tekankan sikit pensil pada tudung botol tadi. Agak-agak bagi center.

2. Ambil lidi, gunakan bahagian yang tajam dan cucuk tudung botol tu, Sambil cucuk tu sambil korang pusing-pusingkan lidi tu sampailah tembus tudung botol tu.

DIY beyblade

3.  Patahkan lidi mengikut panjang yang korang nak. Agak-agaklah. Kalau tinggi sangat macam mana beyblade korang nak pusing pulak nanti.

4. Dah siap bolehlah korang main. Pusing je lidi tu dan lepaskan, Yang penting sebelum korang main atau lawan tu kena sama-sama sebut ” Ayuh beyblade “

Nak lagi best, korang lawan dalam stadium beyblade yang betul.

Sama je, siapa beyblade yang boleh pusing paling lama tu menang.

Nak lagi power korang boleh buat macam anak aku. Dia tolak je beyblade adik dia guna tangan.

Kalau nak power tahap ekstra, korang boleh tambah aksesori seperti straw dan juga spring. Fungsi dia aku tak berapa pasti. Tapi anak-anak aku berkeras cakap bila dah tambah, DIY beyblade diorang jadi tak terkalah.

Untuk nampak lebih pro, siapkan sekali bekas khas untuk simpan kelengkapan beyblade korang.

Dalam kes aku, bekas cermin mata aku jadi mangsanya.

Seronok dapat layan kreativiti anak-anak korang. And suprisingly main beyblade ni layan jugalah. Anak-anak ni sebenarnya nak perhatian dan kasih sayang.

Kita spend masa dan main dengan diorang, diorang akan happy dan ingat sampai bila-bila. InsyaAllah.

Korang ada idea DIY simple yang boleh buat dengan anak-anak korang? Jom share di bahagian komen.

Tengok DIY beyblade versi VLOG dekat SINI:

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca. Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

rezeki menulis
tambahincome@kejapps
blogkejapps

Rezeki Menulis

Alhamdulillah rezeki menulis. Buka-buka emel, ada pemberitahuan melalui emel tentang pembayaran komisen tentang satu sistem borang tempahan yang pernah saya tulis. Walaupun tak banyak, lepaslah

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.