Diari seorang sura rumah tangga 1 |

Diari seorang sura rumah tangga 1

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
diari seorang sura rumah tangga
Read Time5 Minutes, 58 Seconds

Kalau cerita suri rumah tangga maybe korang dah biasa dengar, tapi kali ni aku nak cerita tentang diari seorang sura rumah tangga pula, aku le tu.

Macam yang korang tahu, aku sekarang memang dah 100% kerja dari rumah, kerja sendiri , baru start up dan belum tahap bisnes lagi. Walaupun banyak benda-benda yang aku integrate supaya jadi kerja aku jadi automatik atau separa automatik, banyak lagi benda yang aku perlu buat 100% manual. 

Benda-benda seperti penyediaan konten untuk e-course & marketing, setup platform digital marketing aku, dan macam-macam lagi. Itu tak masuk lagi dengan literature review untuk research master aku. Nasiblah topik master dan niche kerja sendiri aku ni di landasan yang sama. 

Dalam 2 minggu pertama aku kerja sendiri ni sebenarnya akumasih lagi dalam fasa adjustment untuk timing dan schedule buat kerja dan menguruskan anak-anak aku. Since dah tak ada gaji tetap bulan-bulan, sementara waktu ni memang aku terpaksa tak hantar anak-anak aku dekat taska. Jimat banyak juga tu. Sementara nak tunggu bisnes aku start up dan running dan start menjana income, aku jagalah dulu. Untung-untung aku boleh terus jaga diorang sambil aku kerja sendiri, bila bisnes dah stabil dan running all the way.

Korang boleh tengoklah schedule aku dekat bawah:

Diari seorang sura rumah tangga 

6.00 – 7.00 pagi – Bangun pagi, siap-siap solat subuh. (Kalau bangun awal sempat tahajud, tahajud dulu dengan baca quran sikit).

Kejut anak-anak bangun 3 orang hero). Ini benda aku paling tak suka, sebab kena repeat banyak kali. Tapi teringat mak aku cakap dulu, aku pun liat nak bangun, so senyum dan terus kejut sampai bangunlah.

Siram pokok bunga, buang sampah & pack air & makanan untuk anak-anak aku. Tunggu sampai van datang diorang untuk pick up pergi sekolah.

7.00 – 9.00 pagi – Ini masa paling mencabar. Kena kejut anak dara aku bangun dan pujuk pergi mandi dan nak pergi taska. Sambil-sambil tu curi masa siapkan content e-course dan buat blog.

Siapkan barang-barang si kecil dan siapkan dia. Bawa pergi breakfast tempat favourite dia. MIlo ais dengan telur separuh masak 2 biji. Telur kuning aku yang kena makan. Dah makan baru boleh hantar dia pergi taska. Taska masuk pukul 8, pukul  baru boleh hantar dia, kadang-kadang terlajak.

9.00 – 1.00 tengah hari – Ini masa yang aku ada untuk siapkan daily task untuk e-course dan digital marketing setup aku. Content, marketing semua dalam masa ni. Termasuk dengan create content untuk blog & 5 akaun sosial media brand KEJAPPS aku ni.

Dalam masa yang sama aku juga kena fikir dan siapkan makanan untuk anak-anak aku yang bakal balik nanti. Kalau rajin dan sempat serta tak perlu masuk library uni, maka aku akan masak benda yang simple-simple macam masak kunyit, paprik dan sup. Anak-anak aku pun makan lauk sikit sangat. Diorang pulun nasi dengan kuah jer.

1.00 – 2.00 petang – Time ni kena pergi ambil anak-anak lelaki aku balik sekolah. Dulu ada van boleh hantar, tapi sekarang dah tak boleh pula. Takpelah nak buat macam mana.

Balik rumah, solat sama-sama lepas diorang dah siap mandi. Lepas tu makan sama-sama dan sambil tu aku akan suruh diorang cerita apa yang diorang buat dan belajar di sekolah.

2.00 – 5.00 petang – Bila hero-hero dah siap makan, biasanya semua nak ikut aku ambil adik diorang ni. Lepas tu balik semula rumah dan tibalah masa menjadi cikgu mengajar anak-anak buat dan siapkan kerja sekolah. Aku juga akan suruh diorang kemas dan siapkan beg sekolah untuk hari esoknya siap-siap.

Lepas tu juga aku akan minta anak-anak rehat sekejap, tidur. Kalau diorang reluctant, aku pun terpaksa baring sekali, dan kebiasaannya akulah yang terlelap dulu, hancus. 

Kalau ada masa aku akan cuba sambung mana yang sempat untuk kerja-kerja aku. Masa-masa ni pun aku suka buat apps dan tutorial WordPress untuk channel youtube dan blog KEJAPPS. Tapi biasanya tak dapat banyak masa sebab kena teman si kecil bermain.

Masuk Asar, kalau tak ada yang lena, bawa pergi masjid berjemaah & dapat air cond free. Kalau tak solat di rumah ajelah.

5.00 – 7.00 petang – Masa ni memang masa main anak-anak. Kalau larat biasanya akan pergi lepak padang uni. Bawa diorang main di taman permainan. aku pun dapatlah bakar lemak-lemak di badan ni sikit. 

Kadang-kadang terus dinner di uni. Murah pun murah, sedap pun sedap.

7.00 – 10.00 malam – Suruh anak-anak siap mandi dan nak bersolat Mahgrib. Kalau ada kelas mengaji, solat di rumah, kalau tak kada-kadang pergi solat di masjid.

Anak-anak balik mengaji, suruh diorang solat Isyak dan biasanya ada yang nak repat dinner lagi sebelum tidur.

Masa-masa ni jugalah ada yang baru teringat nak kena buat kerja sekolah atau ada barang yang perlu dibeli untuk kerja seni dan lain-lain. 

10.00 – 11.00 malam –  setengah jam yang pertama aku akan spend masa dengan hero-hero aku. Masa ni aku akan tuck diorang tidur di bilik diorang. Sebelum tidur ni aku akan baca zikir, doa dan beberapa surah hafalan dengan anak-anak aku. 

Dan biasanya diorang akan minta aku cerita nabi-nabi sebelum tidur. Ni pun susah juga sebab nak tone down untuk budak-budak. Kalau ambil ikut internet banyak yang ambil terus dari kitab-kitab, high level sangat.

Setengah jam kedua aku akan tidurkan si kecil aku pula. Budak kecil ni yang paling banyak ragam sebelum boleh tidur. Kena tepuklah, kena garulah, kena nyanyi monkey on the bed dan sekarang dia pun dah pandai request untuk dengar cerita nabi-nabi.

11.00 – 2.00 pagi – Ada masa masih bergelut nak tidurkan si kecil aku. Ada masa aku pun terlelap sekali. Ni yang tak best. Down time banyak sangat.

Kebiasaannya kalau perlu aku akan stay up sampai pukul 1 atau 2 atau paling lewat pukul 3 untuk siapkan kerja-kerja yang penting.

Masa ni idea aku paling banyak datang dan paling efisien untuk buat kerja. Cuma side effect dia yang aku tak suka, asyik lapar, dan asyik rasa nak makan bila kerja lewat malam. Plus typo akan bertambah dengan sangat banyaknya.

 

Dan inilah diari seorang rumah tangga yang aku dah tempuh selama 2 minggu lebih ni dan bakal tempoh lagi setiap hari.

Ada juga masa-masa yang aku rasa stress dan rindu nak kerja balik especially bila time anak-anak buat tantrum yang high level dan fikir 23 hari bulan automatik duit masuk dalam akaun bank dengan jayanya.

Tapi inilah pengorbanan dan perjalanan yang aku kena tempuh bila nak kerja sendiri ni. Bukan senang oooi nak senang.

Benda yang paling aku bosan ialah fikir nak masak apa. Dahla aku pun tangan bangku (tak pandai masak). 

Tapi cabaran sepanjang perjalanan ni pun, aku pasrah aku akur, Alhamdulillah syukur.

Alhamdulillah, sibuk-sibuk jadi sura rumah ni pun, aku berjaya juga siapkan 100% e-course bina mobile apps android tanpa coding aku ni. Content E-course ni 100% aku tulis sendiri berdasarkan pengalaman aku buat apps untuk bekas company aku dulu dan hasil info yang aku explore lepas tu bila dah tahu caranya.

Nak dapatkan dekat shopee pun boleh. E-course ni semuanya aku produce dan terbitkan sendiri dekat platform KEJAPPS.com. Semuanya aku setup sendiri berbekalkan pengalaman aku.

Tak senang nak setup everthing dari scratch dalam masa 2 minggu. Tapi Alhamdulillah berjaya juga.

Kalau korang nak dapatkan e-course terbitan KEJAPPS ni, korang boleh dapatkan diskaun istimewa. Korang download apps KEJAPPS dan follow je instruction mudah dalam tu.

Doakan sura rumah ni berjaya dalam launching e-course aku ni ya.

Korang pernah jadi sura rumah atau suri rumah? Jom share pengalaman korang dekat komen.

 

0 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

servis penulisan artikel
Servis Penulisan Artikel
blogkejapps

servis penulisan artikel 2019

Alhamdulillah pada awal bulan November 2019 ini, melalui blog kejapps dot com, kami telah melancarkan secara rasmi servis penulisan artikel. Buat masa ini kami mahu

Read More »

Sampel penulisan 5

Sampel artikel 5 Tajuk: 10 Tips promosi produk affiliate di wall Facebook anda Teknik promosi ini adalah antara teknik promosi affiliate yang paling diminati ramai

Read More »

Sampel artikel 4

Ramai yang berkata pemasaran emel ini sudah ketinggalan zaman. Tiada lagi engagement dan respon yang tinggi kerana generasi masa kini lebih selesa dengan sosial media

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu