Belajar bisnes affiliate dari rumah sepanjang PKP covid 19

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
belajar bisnes affiliate
Read Time3 Minute, 38 Second

Korang nak belajar bisnes affiliate tak? Kalau korang nak belajar, korang berada di tempat yang betul. Dalam artikel kali ni aku nak kongsikan dengan korang cara nak buat bisnes affiliate dari rumah. Alang-alang sepanjang tempoh PKP covid 19 ni, bolehlah belajar bisnes affiliate.

belajar bisnes affiliate

Bestkan kalau boleh menjana pendapatan tambahan macam screenshot dekat atas ni? InsyaAllah ada rezeki , sempena musim PKP ni, mungkin ada yang ada lebih masa di rumah. Kalau ada masa terluang tu, jomlah belajar buat bisnes affiliate.

Sebelum tu, kalau ada yang masih tak tahu , apa tu bisnes affiliate, korang boleh baca DI SINI. Dalam artikel tu aku dah explain step by step cara nak start buat bisnes affiliate ni. Siap tunjuk mana nak daftar dan cari produk affiliate untuk korang pasarkan.

Kali ni, dalam artikel ni, aku nak kongsikan beberapa trick terbaru yang aku belajar daripada panduan simple funnel

Pertama sekali, nak buat apa pun kita kena ada strategi, flow atau aturan dan kemudiannya sistem. Kebanyakan yang buat affiliate ni kekadang (termasuk aku) main belasah je copy paste link affiliate terutamanya dekat Facebook. Nak senang kerja kan? hehe.

Lagi parah ada yang share link affiliate je terus tanpa apa-apa copywriting dan harap orang tekan je link tu, memang susahlah nak dapat jualan.

Alhamdulilllah bila dah boleh dapat jualan dan komisen. Lega! segala penat lelah dan usaha berhasil.

So, sebelum mula buat affiliate ni aku nak share sikit apa yang aku belajar dekat panduan simple funnel ni.

Kena faham flow dulu, meh aku lukis sikit. Lupa pula nak tambah arrow. Tapi senang cerita kena ikut flow step dari kiri ke kananlah.

Aku tahu mungkin ada antara korang yang ada masalah nak sediakan lead magnet. Don’t worry, di akhir artikel ni nanti aku nak kongsikan beberapa lead magnet yang aku dah siapkan khas untuk korang gunakan. Free atau percuma sahaja.

Untuk cari prospek tu, korang boleh gunakan teknik yang korang dah biasa gunakan. Kalau yang biasa promosi melalui FB boleh teruskan tiada masalah.

Nak kumpulkan prospek ni bolehlah kumpulkan dalam tempat yang korang dah selesa, macam FB group korang sendiri, channel atau group telegram. Macam aku dulu, aku kumpul dalam email autorespponder, sampailah aku menghadapi masalah (bukan salah email autorespponder ni, salah aku).

Tapi dalam panduan simple funnel tu, tak payah pun guna email autoressponder tu. Guna sistem onpay sahaja. Ni yang paling win. Sebelum ni aku ingat guna onpay ni sebagai sistem borang tempahan sahaja. itulah keunikan dan kelainan serta trick terbaru yang aku belajar dari panduan simple funnel ni.

Danbila dah dapat kumpul prospek di satu tempat/kolam ni, barulah boleh mula offer/tawarkan produk affiliate yang korang nak promosikan. Haa masa nilah nak berikan/kongsikan link affiliate korang.

Untuk nampak lebih kemas dan kurang serabut, boleh gunakan link shortener untuk cantikkan link affiliate korang. Kalau guna link affiliate asal, panjang lebar. Tambahan pula kebanyakan orang dia cukup fobia/trauma nak buat pembelian melalui link affiliate.

Korang boleh gunakan perkhidmatan percuma seperti INI

Hanya copy link affiliate korang, paste dan tekan butang pendekkan url. Itu sahaja. Kemudian boleh gunakan link itu untuk membuat tawaran atau promosi kepada prospek anda.

Link affiliate yang telah dipendekkan adalah seperti ini.

http://nak.la/panduanwasapfree

http://nak.la/v7lw

Senang je, malah korang boleh customize link tu macam yang aku buat dalam link pertama. Dengan syarat tak ada orang lain yang guna dulu.

So sekarang, selepas dah pilih produk affiliate yang nak dipromosikan, korang kena bina lead magnet untuk tarik prospek.

Nak buat mudah je, guna microsoft word dan save as pdf. Kalau tak ada microsoft word, boleh gunakan open office dan kemudian convert kepada pdf melalui web INI.

Nak buat lead magnet ni kenalah sesuatu yang berkaitan dengan produk yang nak dipromosikan. Contohnya kalau nak promosikan produk penulisan, bolehlah gunakan lead magnet artikel PLR.

Dan macam yang aku kongsikan di awal artikel tadi, aku nak kongsikan lead magnet yang korang boleh gunakan untuk kumpul database prospek korang.

Dalam lead magnet ni aku dah kongsikan sekali produk apa yang berpotensi korang promosikan dengan lead magnet ni.

Korang just perlu masukkan detail korang di bawah untuk dapatkan lead magnet ni.

Aku dah sediakan dalam native file sekali (microsoft word) supaya korang boleh edit sebelum dijadikan lead magnet untuk collect database prospek korang.

Jangan lupa share dengan kawan-kawan korang yang lain dan family korang yang minat nak belajar bisnes affiliate ya. Semoga lagi ramai dapat manfaat.

0 0

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca.... Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.