Bangunlah abah

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
Bangunlah abah
0 0
Read Time3 Minute, 11 Second
Genap 8 hari abah masih belum sedarkan diri di ICU akibat jangkitan kuman.
Sudah 5 hari ubat tidur dihentikan tapi masih juga abah tak mampu nak bangun. Mungkin sebab kesan ubat tidur dan keaadan abah yang memang masih lemah.
 
Walaubagaimanapun semalam macam ada sedikit pergerakan dari abah. Abah seakan-akan buka mata seketika dan menggerakkan bahagian kepala dan kaki buat beberapa ketika.
 
Menurut jururawat, itu adalah perkembangan yang bagus. Alhamdulillah ada juga khabar gembira buat kami sekeluarga terutamanya buat mak.
 
Dalam kerisauan mak tak henti-henti buat kerja di rumah. Mengemas, menyapu, memasak. Kalau tiada kerja beliau akan cari kerja. Mungkin itulah cara mak menenangkan diri dan mengurangkan kerisauan terhadap abah.
 
Walaupun kami adik beradik sentiasa meminta mak berehat, mak akan jawab dia nak abah balik nanti rumah cantik dan kemas. Kasihnya seorang isteri pada suami. Romantis sungguh orang lama-lama ni.
 
Berat hati semalam kami beradik terpaksa tinggalkan mak di kampung. Setelah 7 hari berkampung di rumah mak, kami terpaksa pulang ke rumah masing-masing atas urusan kerja dan PKPB.
 
Tinggallah mak dan adik seorang di kampung. Lega jugalah adik bongsu tak pulang ke universiti tempoh hari, jika tidak memang lebih sukar jadinya.
Abah pula terpaksa ditinggalkan sendirian di ICU bersama jururawat dan doktor.
 
Kami pun tak boleh tinggal menemani abah di sana. Beberapa hari ini pun hanya dapat menjenguk sebentar dan tak dapat baca yassin kerana tak dibenarkan melawat lama ekoran penularan COVID-19 yang kian meningkat.
 
Masa-masa inilah membuak-buak fikir bagusnya kalau kerja sendiri, ada kelonggaran masa untuk uruskan ibu dan ayah. Namun buat dulu mana yang boleh.
 
Terima kasih atas doa dan ingatan rakan-rakan semua yang tak putus-putus mengirimkan doa buat abah.
 
Terima kasih kepada pihak Hospital Taiping yang melayani abah dengan penuh baik. Begitu juga layanan dan penerangan yang baik, berinformasi dan penuh berhemat yang diberikan kepada kami.
 
Semoga abah dapat sedar kembali dan boleh pulang semula ke rumah tak lama lagi. Anak cucu semua rindu nak jumpa dan bersembang dengan abah.
———
“Aku nak solat” itulah antara beberapa kata-kata terakhir yang aku dengar dari mulut abah sebelum abah dimasukkan ke dalam ambulans, ke hospital dan seterusnya ke ICU.
 
Sudah lebih 10 hari abah tak sedarkan diri. Perkongsian sebelum ini rasanya ada cerita abah ada gaya nak sedar.
 
Telefon hospital tanya keadaan abah. Doktor bagitahu abah terpaksa diberikan ubat tidur semula sebab pernafasan abah makin merosot.
 
Doktor juga bakal lakukan ‘tracheotomy procedure’ pada abah bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman pada salur pernafasan akibat terlalu lama tak sedarkan diri dan bergantung pada mesin pernafasan.
 
Jika prosedur tersebut dilakukan dan tiub pernafasan masih diperlukan dan dimasukkan di ruang leher yang ditebuk sedikit, abah tak boleh bercakap.
 
Doktor juga sudah beritahu kemungkinan abah mungkin akan terlantar sepanjang hayatnya setelah selesai rawatan di hospital nanti.
 
Terduduk jugalah semalam mengenangkan kemungkinan ini. Besar dugaan buat abah, besar lagi ujian buat mak.
 
Kami adik-beradik masih berharap abah akan sembuh dan boleh bersembang dan bercerita dengan kami semula.
 
Duduk dengan abah, ada sahaja perkara Yang boleh jadi topik bualan.
Sekarang ni hanya boleh tunggu panggilan dari doktor sahaja untuk melawat abah. Tak boleh lagi lihat abah setiap hari.
 
Yang lagi sedih sementara abah masih sedar haritu, abah ada pesan banyak kali suruh jaga mak.
 
Abah pun ada cakap dekat mak abah minta maaf dekat anak-anak sebab tak boleh bagi kemewahan pada kami adik-beradik.
 
Sebenarnya memang kami tak merasa mewah, tapi kami taklah merasa susah. Bab ni memang hormat pada abah. Abah akan usaha sedaya upaya bagi apa yang anak-anak nak.

Harap-harap hujung minggu ni dapatlah jenguk abah lagi dan mak juga.
 
Dah kena PKPB ni memang lebih sedikit cabaran nak bergerak.
 
Abah, abah bangunlah ye abah.

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca. Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

Bangunlah abah
family@kejapps
blogkejapps

Bangunlah abah

Genap 8 hari abah masih belum sedarkan diri di ICU akibat jangkitan kuman. Sudah 5 hari ubat tidur dihentikan tapi masih juga abah tak mampu

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.