Bagaimana nak mulakan bisnes penulisan di tahun 2020 |

Bagaimana nak mulakan bisnes penulisan di tahun 2020

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
mulakan bisnes
Read Time3 Minute, 13 Second

Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan dengan anda bagaimana nak mulakan bisnes penulisan di tahun 2020. Artikel ini adalah bahagian kedua daripada artikel bagaimana nak mulakan bisnes online di tahun 2020. Anda boleh baca artikel bahagian pertama DI SINI.

Untuk mulakan bisnes penulisan ini anda boleh bermula pada skala kecil terlebih dahulu. Seperti pengalaman saya sendiri, anda boleh mulakan bisnes penulisan ini tanpa perlu menjadi terkenal dan menjadi industri leader pun. Yang penting, anda berminat untuk menulis dan ada pengetahuan dalam bidang tertentu.

Secara purata, anda boleh mendapat sekitar RM 50 ke atas untuk setiap artikel yang anda hasilkan bergantung kepada panjang artikel anda. Dalam masa sehari, sekurang-kurangnya anda boleh menulis 2-3 artikel minima 500 patah perkataan.

Sebelum saya kongsikan dengan lebih details, saya senaraikan dulu beberapa tools yang perlu anda ada untuk miliki:

Tools untuk mulakan bisnes penulisan

  • Komputer atau laptop (typewriter tak boleh)
  • FB page atau laman web untuk jadi landing page servis penulisan anda.
  • Sistem borang tempahan – untuk terima order dan terima bayaran (boleh baca DI SINI untuk cadangan sistem borang tempahan).
  • Idea 
  • Modal untuk dapatkan tools ini dan bagi tujuan promosi
So soalan favourite, macam mana nak mulakan bisnes penulisan?
  • Kenalpasti apa niche atau bidang dan style penulisan yang anda boleh hasilkan. Untuk awal-awal ni fokus pada satu atau dua niche atau topik untuk anda offer dulu.
  • Tentukan harga yang berbaloi dengan usaha anda. Tetapi dalam masa yang sama pastikan hasil penulisan anda adalah berbaloi untuk pelanggan anda – sebanding dengan harga yang mereka bayar. Boleh mulakan harga dari RM 50 untuk setiap 100 patah perkataan. Andantentukan sendiri berdasarkan niche dan kepakaran anda.
  • Tetapkan servis yang bakal anda tawarkan. Artikel-ebook-novel dan sebagainya bergantung kemahiran anda.
  • Setup FB page khas atau minisite khas untuk tawarkan servis penulisan anda. Macam blog kejapps, kami buat simple macam ni sahaja. FB page pula kami gunakan untuk tujuan promosi.
mulakan bisnes penulisan
  • Sediakan beberapa sampel karya penulisan anda. Bolehlah prospek anda nilai hasil kerja anda sebelum buat tempahan. Disamping itu, boleh juga anda melatih diri untuk memperbaiki mutu penulisan anda.
  • Untuk buat carian keywords yang simple, anda boleh gunakan tools percuma oleh Tuan Neil Patel DI SINI. Mudah sangat nak guna.
  • Buat promosi awal-awal mengenai servis penulisan anda. Anda boleh kongsikan melalui FB wall – tapi jangan hard sell sangat, banyakkan soft sell. Seterusnya boleh sahaja promosikan melalui FB ads. Kami di blog kejapps memang guna FB ads sahaja.
  • Tetapkan beberapa perkara penting seperti, jangkamasa untuk anda hasilkan sesuatu jenis penulisan. Ini penting bagi memudahkan urusan anda dengan pelanggan anda.
  • Mana nak dapat idea?  Banyakkan membaca. Macam saya, saya suka baca akhbar The Star untuk dapatkan idea.

Dan anda dah pun boleh mulakan bisnes penulisan anda. Mudah sahaja. 

Jika anda serius nak belajar cara mulakan bisnes penulisan dengan lebih mantap, saya sangat-sangat rekemen untuk anda dapatkan panduan menulis ini yang boleh guide anda dapat sehingga RM 1500 seminggu hanya dengan bisnes penulisan. Tetapi kena ingatlah, bukan mesti dapat RM 1500 seminggu. Kenalah bergantung dengan usaha anda juga, kalau sekadar beli sahaja panduan, tak ikut, memang tak jalanlah jawabnya.

Siapa-siapa pun boleh buat bisnes penulisan ni asalkan ada minat, usaha, komputer/laptop dan sedikit modal.

Jomlah cuba, boleh jadi geng blog kejapps pulak lepas ni. Di samping seronok menulis, boleh juga jana pendapatan tambahan, lepaslah sikit-sikit buat beli jajan untuk anak-anak dan bayar bil itu dan ini. Menariknya anda boleh buat dan pilih topik apa yang anda nak tulis sahaja dan bila anda nak. 

Kalau nak dapat lebih banyak jobs, kena lebihkan usaha dan rajin sikit untuk tambahakan aktiviti promosi. Kebiasaanya pula akan dapat repeat order daripada client anda sebelum ini. Yang penting hasil penulisan anda perlulah ada kualiti.

Jangan lupa share dan kongsikan artikel ini pada family dan kawan-kawan korang yang nak mulakan bisnes penulisan mereka sendiri tau.

And satu lagi, pastikan anda stay tuned dan tunggu artikel terakhir dalam siri artikel bagaimana nak mulakan bisnes online di 2020 ini.

0 0

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yangberguna kepada semua pembaca.... skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar dapatkan pelanggan untuk produk anda

Baem Ashrawi

Belajar bina minisite jualan

Baem Ashrawi

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

income penulisan
digitalmarketing@kejapps
blogkejapps

5 Steps jana income penulisan

Alhamdulillah sejak memulakan servis penulisan artikel sejak bulan november yang lepas, dapatlah juga menjana income penulisan secara part time. Walaupun hanya melakukan secara part time

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu