Bagaimana nak mulakan bisnes online di tahun 2020 – bahagian 1

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
mulakan bisnes
Read Time6 Minute, 50 Second

Masih lagi tertanya-tanya bagaimana nak mulakan bisnes online di tahun 2020 ini? Anda berada di tempat yang betul. Kali ni saya nak kongsikan secara ringkas bagaimana anda nak mulakan bisnes online pada tahun ini.

Sebelum itu saya nak recap sikit tentang tahun lepas. Saya sendiri plan nak buat comeback dalam bisnes online khususnya dalam bidang internet marketing, tetapi masih kurang berjaya.

Walaupun ada hasil yang diperolehi, namun masih lagi kurang daripada sasaran yang saya tetapkan dan masih lagi tidak konsisten. Secara amnya hanya beberapa jenis bisnes sahaja yang memberikan keuntungan dan mendatangkan hasil sepanjang 2019 ini buat saya. 

So saya memang akan stick kepada 3 bisnes online yang dapat memberikan income tambahan kepada saya iaitu:

  • Bisnes produk digital
  • Bisnes affiliate
  • Bisnes penulisan

So untuk artikel kali ini saya mulakan dulu dengan cara nak mulakan bisnes affiliate untuk pasaran Malaysia terlebih dahulu.

Mulakan bisnes affiliate di tahun 2020

Kenapa bisnes affiliate?

  • Modal permulaan yang minima
  • Pilihan produk yang banyak
  • Komisen yang agak tinggi
  • boleh mulakan pada skala kecil
  • Ikut fleksibiliti masa anda

First of all, kena faham, nak buat bisnes affiliate ni sama konsep macam nak buat apa-apa jenis bisnes yang lain juga. Perlu tahu serba sedikit perkara asas seperti:

  • Niche produk yang nak dijual
  • Pelanggan yang berpotensi (prospek atau target audience anda)
  • Asas pemasaran – blog,pengiklanan percuma & berbayar

Antara niche yang paling popular di pasaran tempatan adalah seperti cara untuk menghasilkan income atau dalam kata lain, niche buat duit. Tambahan pula sempena awal tahun ni memang ramai yang masih mencari cara nak menghasilkan pendapatan tambahan termasuklah saya sendiri

Selain itu seperti tahun-tahun sebelum ini, masuk sahaja tahun baru, ramai yang berazam untuk menjadikan diri lebih sihat dan mengurangkan berat badan. Jadi anda bolehlah target niche menguruskan badan & menyihatkan badan.

Ok so untuk bermula anda boleh sahaja daftarkan diri sebagai ejen affiliate terlebih dahulu. Anda boleh sahaja mencari produk-produk affiliate di market tempatan seperti onpay dan juga ordersini. Kalau nak detail step by step nak mulakan bisnes dan jalankan bisnes affiliate ni pun saya dah pernah tulis dulu, anda boleh baca DI SINI.

Dalam artikel kali ni saya nak kongsikan cara untuk anda mulakan bisnes affiliate di tahun 2020 pula. Pertama sekali, saya nak bawa anda untuk daftar sebagai ejen affiliate di shopievo

Hanya klik link INI untuk mendaftar sebagai affiliate.

mulakan bisnes affiliate

Penuhkan segala maklumat yang diperlukan. Tandakan kotak-kotak yang patut dan kemudian klik butang register.

Semak emel anda yang anda gunakan sewaktu pendaftaran tadi, Simpan maklumat yang diperlukan. Kemudian log masuk ke akaun affiliate anda.

Ada beberapa perkara menarik mengenai program affiliate ini , antaranya ialah:

  • Anda boleh pilih dan jadikan mana-mana page di halaman shopievo sebagai link affiliate anda dengan fungsi link generator.
  • Komisen dibayar mengikut 2 tingkat. 40% untuk jualan setiap produk. 42% untuk jualan berjumlah RM 500 & 45% untuk jualan bernilai RM 1000. Rata-rata harga produk di shopievo mencecah RM 3 angka, jadi komisyen yang bakal anda terima memang agak lumayan. Ka ching.
  • Anda juga berpeluang menjana income pasif. Anda berpeluang mendapat komisen 10% daripada setiap jualan ejen affiliate yang mendaftar melalui link anda.
  • Ada banyak produk-produk yang bagus yang ditawarkan oleh shopievo.
  • Setakat ini, tiada lagi rungutan atau aduan mengenai masalah komisyen tidak dibayar oleh pihak shopievo.

Jom kita lihat dulu apa produk yang tersedia untuk anda pasarkan di shopievo.

Apa yang boleh anda lakukan seterusnya ialah pilih produk untuk anda pasarkan dan dapatkan link affiliate untuk produk tersebut

Pilih produk dan copy link page tersebut.

Pergi ke affiliate center shopievo, pilih tab link generator dan seterusnya paste link page produk yang anda copy sebelum ini. Klik generate.

Contoh link affiliate yang terhasil:

Copy dan salin link tersebut. Gunakan link tersebut untuk mempromosikan produk affiliate tersebut.

Cara promosikan link affiliate anda

Macam saya sendiri di blog kejapps ni, saya lagi selesa promosikan link affiliate melalui artikel di blog. Salah satu sebab, saya suka menulis, boleh tambah artikel di blog dan saya boleh retargeting semula kempen pemasaran saya pada mereka yang pernah baca artikel saya.

Tetapi jika nak follow cara promosi blog kejapps ni, anda perlu ada blog wordpress dululah. Tak susah pun nak bermula, dengan modal RM 100 anda dah boleh ada blog dengan hosting sendiri, Pelaburan RM 100 itu untuk setiap tahun, sebulan tak sampai RM 10 pun.

Anda boleh lihat langkah asa untuk hasilkan blog anda DI SINI.

Tetapi kalau anda ada bajet lebih dan bercadang nak fokus pada pemasaran melalui blog, saya sarankan anda untuk dapatkan panduan buat minisite pro ni.

Walaupun panduan ni ajar nak buat minisite jualan, tetapi basic dan fundamentalnya sama. Anda akan diajar untuk menggunakan plugin elementor bagi lengkapkan blog/website anda. Memang terbaik. Blog kejapps ni pun adalah hasil daripada penggunaan plugin elementor.

Tapi kalau anda lebih selesa nak buat pemasaran melalui FB wall terlebih dahulu, anda boleh gunakan tips berikut bagi memasarkan produk affilate melalui FB wall anda.

1. Perlu ada friends dan followers yang tinggi di facebook anda. Anda perlu ada sekurang-kurangnya 1500 friends ke atas untuk teknik ini berhasil. Jika masih tidak berhasil, sila add 10 friends yang baru setiap hari mulai hari ini. Pastikan anda add friends yang meminati produk dalam niche yang ingin anda promosikan. Langkah paling mudah ialah dengan lihat friends kepada authority person dalam niche anda. Add friends dalam circle mereka.

2. Bina kredibiliti anda di facebook. Kongsikan post-post yang boleh membantu friends anda. Tak kisahlah apa-apa pun. Sebaiknya kongsikan sesuatu yang relevan dengan niche anda. Jangan terus  menjual sebaik sahaja friend yang baru approved friend request anda. Jangan terus pergi jual dan PM dia!

3. Jadi responsif. Selalu respon, like, komen, share post-post rakan anda di facebook. Lebih kerap anda berinteraksi dengan mereka, lebih kerap dan tinggi peluang untuk mereka lihat post anda nanti. Pastikan anda juga like dan respon komen di post anda okay. Bukan like dan komen post sendiri.

4. Rajin-rajin facebook walking di wall authority niche anda dan rajin-rajinlah berinteraksi supaya anda dapat lebih banyak exposure.

5. Jangan buat hardsell di facebook wall setiap masa. Sekali-sekala tak apa. Gunakan unsur-unsur story telling atau penceritaan. Orang kita kan suka drama. Banyakkan soft sell. Kadang-kadang post yang pendek tu lagi dapat menarik perhatian pembaca.

6. Jangan curi post orang lain dan mengaku itu post original anda. Ini tak bagus untuk kredibiiti anda.

7. Jangan sibuk tag-tag friends untuk menjual dan jangan spam wall fb rakan-rakan anda dengan post iklan di wall mereka. 

8. Jika tiada masa untuk anda online di FB setiap hari, jadualkan post anda menggunakan applikasi yang anda boleh dapatkan secara percuma seperti applikasi buffer. Anda hanya perlu tulis dulu post-post anda pada masa lapang, dan kemudiannya jadualkan bila post tersebut mahu diposkan mengikut masa yang anda pilih.

9. Tulis dengan menggunakan spacing (2 baris) supaya lebih tersusun dan mudah untuk post anda dibaca. Letakkan titik kerana facebook tak boleh capture spacing yang anda lakukan. Contoh seperti di bawah:

Baru tahu rupanya banyak friendlist saya di FB ni orang yang super duper hebat dan awesome.
.
.
Banyak tips yang best diorang share dekat wall diorang ni..
.
.
Owner produk yang besar-besar pun ada. Siap ada kongsikan lagi cara nak jadi owner produk lagi..
.
.
Korang yang minat tu bolehlah lihat di sini: http://bit.ly/2oMAQpq.

 

10. Jangan lupa letak call to action (CTA). Nak suruh orang download, subscribe, baca, komen like dan sebagainya. Biasanya lebih banyak respon pada post bila ada CTA. Satu lagi tips ialah cuba buat post berbentuk soalan supaya dapat interaksi yang lebh dari circle anda.

Apa-apapun jangan give up. Kalau anda give up satu benda dah gerenti, memang anda tak akan dapat apa-apa. Tetapi kalau anda tak give up, berusaha dan sentiasa perbaiki strategi, insyaAllah akan dapat juga hasilnya. Mungkin bukan esok, mungkin bukan lusa, mungkin beberapa bulan lagi dari sekarang.

Selamat mencuba.

Untuk artikel mulakan bisnes online di tahun 2020, saya akan sambung lagi dalam 2 bahagian yang lain dalam artikel berikutnya. InsyaAllah saya akan kongsikan pula cara untuk mulakan bisnes produk digital & bisnes penulisan.

Belajar sesuatu yang baru? Jom kongsikan artikel ini untuk kawan-kawan dan keluarga yang nak mulakan bisnes online di tahun 2020 ini.

 

0 0

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca.... Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.