Kali ni aku nak kongsikan senarai beberapa aktiviti dengan anak yang korang boleh buat sewaktu musim PKP covid-19 ni. Sebelum ni aku ada tulis tentang aktiviti yang suami-suami boleh buat sewaktu musim PKP covid-19 ni.
Yelah walaupun korang suami isteri kena bekerja dari rumah sepanjang PKP covid-19 ni, anak-anak yang bersekolah pula seronok bercuti sakan. Jadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk pantau aktiviti mereka jugalah sewaktu PKP ini.
Di samping dengan kesibukan kerja pejabat dan kerja-kerja di rumah, kita tak boleh lupakan juga anak-anak kita. Kena cari masa sambil-sambil buat kerja pejabat dan kerja-kerja rumah untuk buat aktiviti dengan anak korang.
Kalau dibiarkan, memang lemak manislah mereka melayan gajet & TV setiap masa sepanjang tempoh PKP ni.
Nak mencari aktiviti dengan anak masa-masa ni memang agak mencabarlah juga sebab aktiviti yang boleh dibuat semakin terhad.
So aku senaraikan di sini, beberapa aktiviti dengan anak yang ringkas dan berpeluang meluangkan masa bersama-sama sepanjang PKP ini.
- Buat senaman ringkas bersama-sama seisi keluarga. Aku pun baru start setelah masuk hari kelima. Ala, buat yang simple-simple je, macam joging setempat dan senaman memanas dan menyejukkan badan. Kalau tak tahu sangat, buka youtube, tiru jer.
- Bagi anak-anak buat latihan akademik sedikit. Beberapa laman web seperti K5 learning dan u pustaka menyediakan beberapa set soalan untuk korang latih tubi anak-anak di rumah.
Kalau anak-anak masih belum bersekolah, mungkin inilah masanya korang nak ajar dan siapkan dia untuk belajar membaca sebelum ke sekolah. Bukan apa, nanti senang. Korang tahulah sistem pendidikan sekarang ni kan, tak macam dahulu. Kesian nanti kalau anak-anak korang ketinggalan.
Nak hantar pergi kelas musim PKP covid-19 ni memang tak dapatlah. Kenalah anda usaha ajar sendiri dari rumah. Tapi susah jugakan kalau tak ada idea nak gunakan modul apa.
Nak senang korang boleh jer gunakan teknik dalam ebook anak pintar cerdas ni.
- Main board game dan permainan retro dengan anak-anak korang. Ala mainlah saidina, sahibba, dam haji, dam ular, main lawan pemadam, batang aiskrim tudung botol dan macam -macam lagi. Diorang mesti suka punyalah. Plus tak adalah diorang ketagih sangat dengan gajet-gajet ni nanti.
- Bagi peluang anak-anak tunjukkan bakat kretaiviti mereka. Bagi mereka melukis dan mewarna semahunya. Tapi kena bersabarlah sedikit dengan kesepahan akibat aktiviti tu. Bentang kertas surat khabar banyak-banyak siap-siap sebelum mulakan aktiviti ini.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat aku kongsikan tentang aktiviti dengan anak yang korang boleh lakukan sepanjang PKP covid-19 ni.
Stay safe, stay at home dan be healthy.
Suka artikel ni? Tolonglah share pada rakan-rakan dan family korang ya.
Jumpa lagi.