Aku rasa masih ramai lagi yang mungkin terkejut dengan pkp covid-19. Tak tahu apa pkp covid-19? PKP covid-19 ni adalah pergerakan kawalan pergerakan disebabkan oleh isu virus covid-19 ini.
Setakat ni Alhamdulillah negara kita ni walaupun dalam PKP ni, masih boleh terus meneruskan kehidupan seperti biasa, bekerja dari rumah dan masih cukup barang-barang keperluan. Tapi masih baru. Kalau lama-lama risau juga macam-macam masalah boleh berlaku.
Aku tertarik dan bimbang dengan carian di google mengenai kadar perceraian di China yang semakin meningkat semenjak tempoh kurantin virus ini.
Kau bayangkanlah kalau dulu mungkin pasangan masing-masing sibuk di pejabat dan tuga seharian. Sekarang ni terpaksa menghadap dan melayan kerenah pasangan 24 jam sehari, tanpa rehat, memang boleh jadi isu besar jugalah.
Ini yang aku jumpa dekat page siakap keli. Sang suami tersilap beli kinderjoy sedangkan wife pesan sabun basuh joy.
Ni yang aku jumpa dalam group whatsapp pula.
Sekarang ni baca mungkin lawak, lama-lama kalau jadi dekat diri sendiri boleh jadi isu juga nanti.
So sebagai suami aku nak suggest 7 perkara yang suami boleh buat tanpa dipinta sepanjang tempoh PKP covid-a19 ni.
- Ringan-ringankan tulang tolong isteri buat kerja dapur. Paling simple tolonglah basuh pinggan dan kuali periuk selepas isteri dah masak.
- Tolong siapkan barang-barang untuk isteri nak masak. Potong sayur, bawang dan basuh siap-siap untuk isteri nak masak nanti. Senang kerja isteri.
- Tolonglah basuh baju dan sidai sekali. ISteri dah tolong lipat dan seterikan baju tu. Sama-sama tolong menolong, InsyaAllah tak adalah isteri nak muncung selalu. Diorang pun penat nak uruskan anak-anak, kita lagi, nak kena buat kerj apejabat lagi.
- Janganlah harap isteri je nak sediakan makanan untuk anak-anak. Benda dah ada, tolong cedok letak dalam pinggan untuk anak-anak makan. Lagi-lagi kalau yang suami isteri perlu bekerja sama-sama dari rumah.
- Memang ketua keluarga yang dibenarkan untuk membeli barang-barang keperluan harian sepanjang tempoh pkp covid-19 ni. Tetapi sekali sekala atau kalau boleh bagilah isteri juga peluang untuk beli barang keperluan juga. Isteri pun perlu me time dia juga. Bayangkanlah kalau 14 hari straight tak boleh keluar rumah langsung. Jenuh.
- Tanggungjawab pada agama jangan dilupa. Jika berpeluang jadilah imam solat jemaah untuk keluarga. Jika tidak sentiasa ingatkan keluarga untuk solat di awal waktu. Diri sendiri pun kena buat juga, tak boleh ingatkan keluarga sahaja.
- Yang ada tv di rumah, bagi peluang untuk anak dan isteri tengok rancangan kegemaran mereka juga. Jangan lah kau seorang sahaja yang conquer semua channel.
Haa itu sahajalah aku nak kongsikan.
Jangan gaduh-gaduh sewaktu pkp covid-19 ni.
Stay safe semua dan patuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan kita.