7 Perkara atau aktiviti isteri boleh lakukan sewaktu PKP covid-19

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
Aktiviti isteri
Read Time2 Minute, 33 Second

Kali ni giliran aku nak cerita aktiviti isteri boleh lakukan sepanjang tempoh PKP covid-19 ini. Sebelum ni aku dah cerita aktiviti untuk anak-anak dan aktiviti suami. Adillah kan?

Aku tahu ramai para isteri dan golongan mak-mak ni pening kepala kerana tugasan rumah yang bertimbun. Tambahan lagi masih nak kena menghadap kerja-kerja pejabat pula untuk kaum hawa yang perlu bekerja.

Tak apa, jangan risau. Kali ni aku nak senaraikan perkara atau aktiviti isteri korang (bagi yang lelaki) boleh buat setiap hari sepanjang PKP ini. Yang pentingnya aktiviti ini tak menggangu tugas harian malah berpeluang merapatkan hubungan korang suami isteri dan anak-anak.

  • Pening nak fikir menu nak masak? Buat senarai menu untuk seminggu dan minta anak-anak dan suami undi. Senang, kepala pun tak pening nak fikir, barang pun boleh dibeli ikut menu yang dirancang.
  • Risau suami salah beli barang nak masak?

aktiviti isteri

Sampai jabatan penerangan kena buat poster khas nak bantu suami beli barang. Aiyoooo. List atau senaraikan barangan yang perlu dibeli secara detail. Contohnya, Makerel dalam tin jenama ayam brand. Kalau susah sangat mintalah giliran dengan suami untuk pergi membeli barang keperluan.

  • Masak bersama suami dan anak-anak. Beri tugasan ringkas untuk para suami dan anak-anak. Di samping dapat bantu mempercepatkan atau melambatkan kerja anda di dapur, dapat juga meluangkan masa berkualiti bersama-sama. Masa ni juga bolehlah latih para suami mengenal barang-barang dapur.
  • Cari hobi untuk dibuat dalam rumah, Masa nilah nak belajar menjahit ke, memasak ke, buat bakeri ke. Untung-untung dengan kegawatan ekonomi dan PKP covid-19 yang tak tahu akan berpanjangan sampai bila. Sekurang-kurangnya dapat jugalah menambah pendapatn isi rumah.

Sebagai contoh bisnes bakeri macam ni.

  • Cari masa me time untuk diri sendiri setiap hari. Hari-hari 24 jam terkurung dengan suami dan anak-anak ni mungkinboleh timbulkan rasa kecil hati dan nak marah juga yang boelh membahayakan hubungan. Ditambah pula dengan kerja rumah dan kerja pejabat yang tak habis-habis. Ambil masa me time sekejap untuk refresh balik diri sendiri.
  • Buat aktiviti dan luangkan masa berlkualiti bersama anak-anak dan suami setiap hari. Tidak kisahlah sama ada makan bersama, menonotn TV bersama atau bermain kuiz dan permainan bersama.
  • Lakukan senaman ringan bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan. Terlalu banyak duduk juga mungkin akan mmberikan kesan negatif.
  • Minum air masak (ini bukan troll menteri ya) yang secukupnya, Kadang-kadang tak sedar, sibuk sangat sampai kesihatan diri sendiri pun tak terjaga. Kaum ibu kan ibarat matahari, membakar diri untuk menerangi setiap galaksi. Tapi jangan sampai and apula yang terbakar nanti. Di tambah musim-musim virus durjana ini, kesihatan diri kena berada pada tahap terbaik.

Para suami yang gentleman dan budiman, bantu-bantulah isteri kalian lakukan kerja-kerja seharian. Itukan tanggungjawab bersama. Semoga rumahtangga teru harmoni, bahgia dan diberkati dan dirahmati oleh yang Maha Esa.

Para suami yang macho bergaya, bolehlah kongsikan artikel aktiviti isteri boleh lakukan sepanjang PKP covid-19 ini dengan isteri atupun isthree korang ya.

Stay safe, stay at home and stay bahagia satu family.

Macam biasa, tolonglah kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan dan family korang yang lain. 

0 0

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca.... Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.