6 cara tambah income yang boleh dilakukan dengan segera

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
cara tambah income
0 0
Read Time3 Minute, 38 Second

Zaman mencabar ni memang ramai yang nak cari cara nak tambah income keluarga masing-masing. Macam aku di KL ni pun rata-rata banyak yang bekerja 2-3 kerja bagi menampung kos hidup yang makin menggila. Aku faham sangatlah . Aku nak kongsi dan senaraikan 6 cara tambah income yang mungkin boleh membantu meringankan beban korang. Ada antara cara ni yang aku pun bakal buat juga untuk tampung gaji aku yang dah tak ada ni. Jom baca.

  1. Bawa grab. Bukanlah korang boleh jadi mewah, tapi kena gaya banyak membantu. Sekurang-kurangnya lepas tampung duit minyak dan ansuran bulanan kereta. Nak kata senang tu tidak. Kerja ni long hours dan memang dalam masa yang lama badan dan kereta korang pun akan penat. Tapi berbaloi. Aku sendiri pun pemandu grab part time. Kalau tak berbaloi tak ada yang sanggup nak datang dari Pahang, Perak, Melaka ke KL untuk buat grab. 
  2. Buat Dropship. Dropship ni basically korang jadi ejen dan jual barang orang/owner produk. Korang boleh cari, dekat google, banyak yang korang boleh jumpa. Ada yang free nak masuk jadi ejen dropship dan ada yang kena bayar. Korang pilih mana yang korang rasa sesuai. Lebih baik kalau produk tu korang guna dan dah ada pengalaman sendiri. Dropship ni korang boleh terus dapat duit. Bila ada pengguna beli produk, mereka akan beli dari korang dan bayar kepada korang. Korang pula akan buat order kepada stokis atau owner dan bayar harga ejen. Jadi terus dapat keuntungan di situ. Urusan pos pula akan dilakukan oleh stokis/owner/HQ.  Kalau boleh carilah program dropship yang boleh beri margin keuntungan sekitar RM 15 ke atas. Korang yang serius nak belajar secara detail dan dari zero aku sarankan korang belajar DI SINI.
  3. Buat affiliate,  Affiliate ni pun lebih kurang macam dropship, cuma fokus pada produk digital macam ebook, video panduan dan online course. Tapi ada juga produk fizikal yang buat affiliate ni. Yang ini pun banyak korang boleh cari di internet. Carilah yang sesuai. Tengok rekod pembayaran dan kualiti produk. Aku pun menyampah dan dah terkena banyak kali, owner produk tak bayar komisen affiliate walaupun kau layak. Tapi buat affiliate ni masih berbaloi pada aku sebab margin keuntungan dia tinggi (minimum sekitar RM 30 hingga ratusan ringgit untuk setiap produk yang kau jual). Ada ramai yang dah berjaya buat affiliate sebagai sumber pendapatan tetap setiap bulan. Nak tahu lebih lanjut korang boleh refer DI SINI.
  4. Jual barang tak perlu di mudah.my. Cara ni pun tak bolehlah kau nak berangan hidup  mewah, kecuali kau ada banyak lebihan aset seperti rumah dan kereta mewah. 
  5. Buat & jual produk digital. Benda ni bukan untuk semua orang. Kalau korang ada kemahiran, bolehlah buat satu panduan yang boleh dijual kepada orang lain. Tetapi proses ni makan masa dan korang masih perlukan kos untuk promosi, kumpul audiens dan macam-macam lagi. 
  6. Jual servis. Kalau korang berkemahiran dalam sesuatu bidang macam design, penulisan, buat lagu atau buat video dan lain-lain, korang boleh mulakan servis jual servis dan bakat korang tu. Korang boleh jual sendiri melalui website korang atau boleh gunakan platform-platform famous macam fiverr, freelancer dan lain-lain. Cuma benda ni , janganlah expect hari ni baru upload servis, esok lusa dah ada job masuk. Kena promosi dan ada cara-cara dia juga untuk dapat job. Kalau berminat nak mulakan servis penulisan aku dah pernah tulis caranya DI SINI
 

Banyak lagi cara lain untuk korang tambah income ni. Cuma 6 cara yang aku senaraikan ni, aku rasa ramai yang boleh buat secara part time walaupun masih ada kerja lain. Kalau korang ada cara lain yang korang nak share, korang contribute dekat ruangan komen, nanti aku kredit nama korang. Bagi idea tu kalau boleh bagi lah details sikit, supaya mudah untuk aku elaborate.

Apa-apapun cara yang korang nak buat untuk tambah income, pastikanlah cara tu halal, sah di sisi undang-undang dan tak menyusahkan orang lain. Dan korang kena ingatlah, jauhkan diri dari benda yang nampak janji tu sampai bulan ke bintang, mudah nak dapat duit, confirm dapat duit. Tinggalkan terus mana-mana cara yang macam tu. Nak tak nak terpaksa terima yang kau perlu ada duit sedikit dulu sebelum kau boleh menghasilkan duit yang lebih banyak. 

Semoga apa yang aku share ni adalah gunanya. kalau tak untuk korang, untuk aku sendiri, sebab aku buat 4 daripada 6 cara yang aku kongsikan ni.

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca. Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

rezeki menulis
tambahincome@kejapps
blogkejapps

Rezeki Menulis

Alhamdulillah rezeki menulis. Buka-buka emel, ada pemberitahuan melalui emel tentang pembayaran komisen tentang satu sistem borang tempahan yang pernah saya tulis. Walaupun tak banyak, lepaslah

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.