5 tools bisnes online yang wajib untuk newbie

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
tools bisnes online
Read Time3 Minute, 47 Second

Untuk peniaga online, terutamanya newbie, aku rasa korang wajib ada tools bisnes online ni untuk membantu urusan bisnes korang. Aku sendiri dari dulu memang wajib gunakan 5 tools bisnes online ni.

Aku tak pasti orang lain, tetapi aku yang buat bisnes online secara part time dari dulu memang rasa lebih mudah dengan bantuan tools bisnes online yang aku gunakan ni. Jom tengok sendiri tools apa yang aku gunakan.

5 tools bisnes online yang wajib untuk newbie

tools bisnes online

  • WordPress – ni memang tools wajib no 1 untuk aku. WordPress ni adalah satu content management system (CMS) untuk aku buat minisite, website, landing page, blog dan macam-macam lagi perkara berkaitan website. Yang menariknya WordPress ini percuma. Cuma untuk tambahan fungsi mungkin kau kena beli atau langgan plugin, theme dan pelbagai extension untuk kegunaan web/blog kau nanti. Kebanyakan fungsinya sekaran pun adalah drag & drop, memang mudah terutamanya untuk newbie. Dengan CMS WordPress nilah kau boleh bina laman tempahan, buat shopping cart dan jadikan platform bisnes online korang. Apa yang diperlukan adalah langganan domain & hosting untuk gunakan WordPress ni. Korang boleh start hanya dengan harga RM 100 setahun, tak sampai RM 10 sebulan pun.

tools bisnes online

  • Akaun media sosial – Facebook atau mana-mana akaun sosial media yang lain bagi tujuan promosi. Macam aku, aku tak pandai guna media sosial yang lain. Facebook personal & juga FB ads ni digunakan untuk mempromosikan produk yang korang pasarkan di online. Gunalah mana-mana yang korang selesa. Aku sendiri pun dah stop guna FB personal dekat 2 tahun. Bila ada bajet aku akan promosikan ikut FB ads. Sepatutnya kena lakukan promosi berterusanlah. Tambah lagi sikit, korang turut boleh gunakan FB page dan juga FB messenger sebagai tools promosikan bisnes online korang kepada prospek. Tetapi promosi pun kenalah ada strategi, jangan main hard sell sahaja setiap masa, nanti prospek lari pula.
tools bisnes online
  • Sistem borang tempahan – aku lebih suka gunakan woocomerce sebagai sistem borang tempahan ni. Sebab utama ialah woocommerce ni percuma, boleh buat shopping cart, boleh gunakan untuk pasarkan atau jual satu atau lebih produk, boleh jual servis, produk digital dan produk fizikal. Pendek kata fungsi yang ada memang dah lengkap. Terdapat pelbagai lagi sistem borang tempahan yang lain yang korang boleh guna, antaranya ialah ordersini. Cuma aku lebih suka memilih woocomerce sebab dah biasa guna dan boleh diintegrasikan dengan pelbagai third party payment gateway yang ada, baik tempatan ataupun luar negara. Tapi kalau nak senang, kau langgan sahaja sistem borang tempahan yang ada di pasaran, tak payah nak setting banyak-banyak dah. Kalau kau first time guna, boleh pening juga kepala kau nak setting woocommerce ni.

  • Email autoresponder – ni memang tak boleh kalau tak ada kalau kau nak buat bisnes online. Macam syarikat besar macam agoda, airbnb, airasia dan ebay pun gunakan email autoresponder. Selain menjimatkan masa korang nak kena tulis dan send satu-satu emel pada prospek, biarkan sistem autoressponder ni yang selesaikan semua. Selalu dapat emel promosi atau tips kan daripada internet marketer macam Dr Irfan Khairi? Diorang guna emel autoresponder la tu, takdenya diorang nak tulis dan karang emel satu-satu untuk korang. Macam-macam pilihan autoresponder yang ada, Tapi macam aku sekarang, aku selesa guna mailchimp. Korang boleh langgan emel autoresponder mailchimp ni dengan percuma dahulu. Tak ada tempoh trial pun. Kalau rasa perlu dan okay, korang boleh je upgrade ke pakej yang lebih power nanti.

tools bisnes online

 

  • Design tools – untuk korangbuat poster, iklan dan macam-macam rekaan berasaskan grafik. Kalau korang duit berkepuk tak apalah boleh upah sahaja dan gajikan designer untuk buat semua kerja tu. Tapi kalau korang yang masih dalam proses startup macam aku (dah bertahun-tahun start up aku ni) boleh gunakan sahaja tools percuma macam di web canva ni. Kebanyakan grafik dalam blog dan ebook aku pun aku hasilkan guna tools canva ni.

Itulah sahaja perkongsian aku dalam artikel kali ni. Semoga dengan perkongsian 5 tools bisnes online yang wajib untuk newbie ni dapat bantu korang tingkatkan keberkesanan bisnes online korang.

Kalau korang masih mencari-cari bisnes online apa yang korang boleh buat untuk tambah income, aku cadangkan korang baca artikel yang aku pernah tulis ni untuk cara-cara nak hasilkan income dengan bisnes online.

Ada 3 artikel semuanya yang berkaitan. Korang boleh baca DI SINI, SINI & SINI

Apapun korang kena ingat, ada tools sahaja pun tak berguna, kalau tak ada usaha. And sebagai orang Islam pula, apa-apapun kena ingat semua usaha perlu disertakan dengan doa & tawakkal dan perlu yakin rezeki yang Allah bakal berikan.

Semoga artikel aku kali ni bermanfaat untuk korang semua. Rajin-rajinlah share artikel ni dengan kawan-kawan dan family korang. 

 

0 0

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca.... Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.