Alhamdulillah sejak memulakan servis penulisan artikel sejak bulan november yang lepas, dapatlah juga menjana income penulisan secara part time. Walaupun hanya melakukan secara part time dan masih bukan secara serius, bolehlah membantu untuk selesaikan beberapa bayaran bil.
Sebelum artikel ini ditulis pun, Alhamdulillah dapat satu lagi tempahan untuk menulis artikel. Jom saya kongsikan sedikit sebagai pembakar semangat untuk anda yang nak buat income penulisan.
Saya pun sebenarnya dah 2 bulan menghentikan pengiklanan servis penulisan saya disebabkan sibuk sedikit dengan urusan pekerjaan di pejabat dan juga persekolahan anak-anak. Tetapi Alhamdulillah, bila dah ada tempahan tu, saya akan penuhi juga.
Jika dibuat dengan serius, pasti income yang diperolehi daripada servis penulisan ini boleh memberikan hasil yang lumayan. Sebagai membakar semangat, saya kongsikan sedikit income penulisan yang saya perolehi secara part time pada bulan November dahulu.
Mungkin beginner’s luck, hanya dengan kos iklan FB ads berjumlah RM 60, saya berjaya mendapatkan hasil jualan hampir Rm 700. Dengan hanya menulis perkara yang saya minat dan tahu, saya berjaya menjana income melalui penulisan.
Sebenarnya untuk memulakan bisnes penulisan ini, tidaklah terlalu rumit, malah saya juga pernah kongsikan bagaimana memulakan bisnes penulisan anda sendiri DI SINI.
Walaupun saya yakin hampir semua orang pastinya boleh menulis, tetapi belum pasti semua orang dapat menghasilkan income yang diinginkan. Ini kerana seperti mana servis atau bisnes yang lain, ada langkah-langkah tertentu yang perlu dilakukan untuk menghasilkan jualan dan seterusnya menjana income.
So jom saya kongsikan,
5 langkah untuk jana income penulisan.
- Kenalpasti scope penulisan yang anda boleh tawarkan kepada bakal pelanggan.
- Kenalpasti bakal prospek anda (customer avatar) – tak perlu target semua golongan.
- Bina sampel/portfolio hasil penulisan anda, lebih banyak lebih bagus – Sebagai orang baru pastinya bakal pelanggan mahu melihat hasil penulisan anda terlebih dahulu sebelum membuat tempahan.
- Fokus pada satu atau dua servis penulisan sahaja terlebih dahulu – lebih fokus anda, lebih mudah menyiapkan tempahan pelanggan dan juga dapat menghasilkan penulisan yang lebih berkualiti.
- Promosi yang berterusan – tidak kira apa-apa bisnes juga memerlukan hebahan dan promosi. Promosi yang berterusan ini perlu dilakukan untuk menghebahkan dan memperkenalkan servis penulisan anda kepada prospek. Tetapi pastikan promosi dilakukan kepada targeted audiens sahaja, Tidak semua golongan memerlukan servis anda.


- 7 Cara jana income melalui penulisan
- Mindset untuk jadi penulis yang hebat
- Cara berkesan untuk dapatkan pelanggan
- Step by step menulis copywriting bisnes
- 30 Template iklan sosial media
- 30 Template copywriting pelbagai niche
- Strategi berkesan untuk diterima oleh publisher
- Teknik berkesan untuk jana royalti 4-5 angka setahun
Malah jika anda dapatkan panduan income penulisan ini sekarang, anda berpeluang dapat 4 bonus yang istimewa ini.
- Strategi jana income untuk yang tak tahu menulis.
- Trick proven buat buku bestseller.
- Group support
- Semakan manuskrip (ini yang paling mahal dan best saya rasa). Nak hantar orang proofread harganya boleh tahan tinggi juga.
Ada lagi! Anda juga boleh mendapatkan diskaun istimewa untuk panduan ini. Hanya masukkan kod LAUNCH10 DI SINI untuk mendapatkan diskaun.
InsyaAllah lepas ni anda pula boleh kongsikan income penulisan anda dengan saya.
Selamat memulakan bisnes penulisan dan selamat menjana income penulisan anda yang konsisten setiap bulan.
Suka artikel ini? Tolonglah share dengan kawan-kawan dan family anda yang berminat nak menjana income melalui servis penulisan.
Tak tahu menulis bukan alasan lagi untuk menghasilkan income melalui penulisan….