5 Plugin mesti ada setiap kali install WordPress

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
5 plugin mesti ada
Read Time2 Minute, 26 Second

Setiap kali aku install WordPress baru, 5 plugin mesti ada dan mesti aku install dalam WordPress aku. Tanpa 5 plugin ni, aku rasa laman web WordPress aku tak lengkap. Tapi tak semestinya korang kena follow bulat-bulat dan apa yang aku kongsikan ni sesuai dengan korang semua. Korang cubalah mana yang sesuai dan terbaik untuk laman web atau blog korang.

5 plugin mesti ada untuk WordPress aku.

1. Elementor

Ini adalah plugin pagebuilder. Plugin ini akan sangat membantu memudahkan kerja korang untuk customimze blog dan website WordPress korang.

Blog kejapps ini sememangnya menggunakan plugin elementor + elementor pro.

Untuk melengkapkan lagi plugin elementor ini, korang boleh turut install plugin live mesh for elementor & essential elementor add ons.

5 plugin mesti ada

2. Jetpack

Plugin jetpack ni boleh kata macam ala-ala swiss army knife. Utility plugin, ada security, ada analytic pelawat, ada fungsi lazy loading & macam-macam lagi elemen penting. Menariknya korang hanya perlu install satu plugin ni sahaja untuk dapatkan semua fungsi tersebut. Itulah sebabnya dah lebih 5 million orang menggunakan plugin jetpack ni.

3. Rank Math SEO

Kalau dulu aku memang biasa menggunakan plugin SEO by yoast untuk bantu aku menulis artikel dengan guideline SEO. Tetapi sekarang aku rasa plugim Rank Math SEO ni lagui user friendly, lebih mudah nak setup dan mudah untuk digunakan. Berbaloi untuk korang cuba dan explore keberkesanan dan fungsi plugin ni.

4. Really simple SSL

Install, activate, klik ikut arahan dan web atau blog korang dah lengkap dengan SSL. Senang sangat. Ala kalau korang browse ada nampak perkataan secure site dekat belah kiri atas browser korang tu (sebelum url).

5. WP Autoterms

Untuk orang yang malas nak mengarang & sebenarnya tak tahu legal terms dan jargon untuk setup privacy policy & terms & condition page, plugin ni sangat membantu. Korang hanya perlu ikut step by step yang ditunjukkan dan dalam masa beberapa minit dah siap dah page privacy policy & terms and conditions korang.

Selain itu aku juga suggest korang install dan gunakan plugin WP smush untuk membantu compress dan kecilkan saiz gambar yang korang upload di blog atau website WordPress korang.

Tak tahu nak install 5 plugin mesti ada untuk WordPress?

Korang follow contoh aku install plugin elementor ni.

Yang lain-lain tu sama je cara nak install. Untuk setting tu nanti korang cuba adjustlah yang sesuai dengan blog & website korang sendiri.

Masuk ke WP dashboard korang. Klik pada tab plugin (sebelah kiri) > add new.

Taipkan elementor di ruangan search dan klik search. Pilih pada elementor page builder dan klik pada butang install now. Kemudian klik activate.

Klik pada tab pages (sebelah kiri) > add new.

Dah siap install. Korang boleh refer pada plugin reference dan documentation untuk setting lengkap. Tapi tak semua plugin free ni ada proper documentation dan manual. Kalau tak jumpa dalam dashboard kena rajin google.

Ada spesifik plugin yang korang nak tahu cara nak setup? Kalau relevan, aku tahu dan ada masa aku buatkan. Korang cuba komen dekat bawah ni.

0 0

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca.... Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.