Semenjak perintah kawalan pergerakan (PKP) 18 Mac yang lalu, saya pasti ramai yang ternanti-nanti nak pergi bercuti ke destinasi bercuti menarik di dalam dan luar negara. Alhamdulillah pengunguman Perdana Menteri pada 7 Jun 2020 yang lepas pastinya memberikan sedikit kelegaan. Setelah lebih tiga bulan duduk di rumah, sesekali dapat menghirup udara segar di destinasi bercuti menarik, pasti melegakan.
Walaupun anda sudah dibenarkan bercuti dan melancong, tetapi dalam fasa perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) ini, anda hanya dibenarkan melancong dalam negara sahaja. Jangan susah hati, walaupun dalam negara, masih banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Malah ada sesetengah destinasi tersebut saling tak tumpah seperti di luar negara. Dalam masa yang sama, anda juga boleh meningkatkan ekonomi dalam negara, terutamanya sektor pelancongan dan perhotelan.
Bagi yang mempunyai anak-anak kecil, percutian berdekatan pantai dan sungai mungkin akan menjadi pilihan. Jika anda masih belum merancang percutian anda sekeluarga, apa kata lihat 2 destinasi bercuti menarik dalam negara yang telah kami senaraikan ini.
- Pulau Pangkor – Destinasi bebas cukai ini sebenarnya memang sudah dikenali ramai. Pulau Pangkor yang terletak di daerah Manjung, Perak ini memang merupakan salah satu destinasi bercuti menarik dalam negara yang popular. Antara yang biasa dikunjungi ialah Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah serta Kota Belanda.
Namun jika anda bercuti sekeluarga serta inginkan percutian yang lebih santai tanpa terlalu ramai orang, anda boleh cuba bercuti di Rumah Rehat Kerajaan Perak yang terdapat di Pulau Pangkor.
Layanan pekerjanya memang ramah, keaadan penginapan juga sangat memuaskan. Malah anda boleh terus bermain di pantai dan mandi laut setelah keluar dari bilik penginapan.
Jangan terlepas peluang untuk mencuba Laksa Mi di sini ya. Laksa Mi ni ialah sejenis makanan istimewa di Pulau Pangkor. Pada malam hari pula, anda boleh mencuba keunikan pelbagai makanan segar di kedai-kedai makan yang terdapat di sekitar pantai. Jika anda bercuti agak lama bersama keluarga, saya sarankan untuk anda sewa kereta bagi memudahkan pergerakan anda. Untuk makluman lanjut percutian di Pangkor anda boleh baca DI SINI.
Selain Pulau Pangkor, jangan lupa untuk singgah di Lumut dan Manjung. Di Lumut anda boleh dapatkan beberapa buah tangan dari hasil laut seperti ikan bilis dan beberapa hasil makanan yang diperbuat dari hasil laut. Selain itu ada juga kedai-kedai yang menjual cenderamata.
Di Manjung pula, jangan lupa untuk singgah dan merasai sendiri keenakan Rojak Manjung.
Rugi kalau anda tak cuba. Nak tahu lebih lanjut mengenai Rojak Manjung, anda boleh dapatkan DI SINI dan juga DI SINI.
- Chalet Su, Terengganu – Nana nana na, Ganu kiter…. Kalau anda berpeluang berkunjung ke Terengganu, tolonglah jangan lepaskan peluang untuk menginap di Chalet Su ini.
Chalet Su ini terletak di Chalet Su, A1545, Kampung Rusila, 21600 Marang, Terengganu. Untuk yang nak gambar percutian menarik dan suasana yang tenang dengan lautan biru, sinilah destinasi yang anda perlu kunjungi.
Berdekatan dengan Bandar Kuala Terengganu dan hanya 10 minit perjalanan ke Pulau Kapas, anda semestinya perlu menginap di Chalet Su ini.
Dengan lokasi ala-ala mini Bali, percutian dan penginapan anda di sini bersama keluarga pasti akan merakamkan seribu satu memori indah.
Menariknya, pihak Chalet Su turut boleh menguruskan keperluan anda yang ingin berkunjung ke Pulau Kapas dari Chalet Su.
Bagi yang merancang percutian bajet tu, saya rasa Chalet Su ini memang sesuai dengan tema anda. Harga bilik sebelum cukai hanya serendah RM 69 buat satu malam.
Alang-alang dah berada berhampiran di Kuala Terengganu, bolehlah anda turut berkunjung ke beberapa lagi destinasi bercuti menarik di sana. Antaranya ialah:
- Masjid Kristal
- Taman Tamadun Islam
- Taman Warisan
Kalau nak menjamu selera pula bolehlah pergi ke Kampung Losong untuk menikmati keropk lekor dan sata yang sungguh enak dan segar.
Selain itu jangan lupa singgah di Medan Selera Pantai Batu Buruk untuk menikmati pelbagai jenis masakan. Kalau yang bekeluarga tu memang sesuai sangat. Makanan sedap, harga pun jimat.
Bagi yang nak menikmati sedikit kelainan dan inginkan selera rasa dan suasana yang lebih moden dan hipster, anda bolehlah berkunjung ke Kontena Uptown. Kalau di sana ianya lebih dikenali sebagai Dapo Pata Uptown.
Bagi anda yang nak pergi bercuti, rancanglah terlebih dahulu percutian anda. Sempena PKPP ini yang membolehkan sektor pelancongan dan perhotelan kembali beroperasi, ada baiknya anda tempah dahulu penginapan lebih awal.
Masa sekarang, pastinya ramai juga keluarga yang lain turut ingin bercuti bersama. Jika anda ingin menikmati penginapan yang selesa pada kadar harga yang lebih ekonomi dan menjimatkan, saya sarankan anda untuk dapatkan panduan hotel murah DI SINI.
Itu sahaja kali ini, nanti saya kongsikan lagi destinasi menarik bercuti dalam negara. Bermanfaat? Tolong share artikel ini pada mereka yang memerlukan ya.
Jom kita cuti-cuti Malaysia