5 cara untuk menghasilkan pendapatan melalui website |

5 cara untuk menghasilkan pendapatan melalui website

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
pendapatan melalui website
Read Time5 Minutes, 35 Seconds

Website,website,website, makin hari makin ramai yang buat website, tetapi betul ke boleh hasilkan pendapatan melalui website? 

pendapatan melalui website

Amacam? Ini adalah screen shot pendapatan bulanan blog smart passive income  yang dimiliki oleh Pat Flynn.

Ya memang meleleh air liur tengok ada orang yang boleh jana pendapatan melalui website sebanyak tu.

Tapi jangan seronok saja tengoklah, kena faham beberapa perkara dulu.

penapatan melalui website

Orang yang dah berjaya pun bagitahu, kalau buat website hari ni, tak bolehlah esok terus nak dapat income 5-6 angka. Membina pendapatan melalui website atau online memerlukan masa, usaha, hard work  dan juga luck (dalam konteks orang Islam, rezekilah).

Orait, sebelum saya kongsikan cara yang berpotensi untuk menghasilkan pendapatan melalui website, jom saya kongsikan secara ringkas tentang website.

Secara asasnya laman web boleh diwakili oleh apa-apa sahaja yang terdapat dalam internet yang diwakili oleh HTML/CSS atau Javascript/PHP atau bahasa koding lain yang membentuk laman web.

Senang cerita macam korang guna maybank2u atau cimbclicks untuk bayar bil tu, websitelah tu. Macam blog kejapps dot com ni pun adalah salah sebuah jenis website juga.

pendapatan melalui website

Ramai yang masih takut-takut terutamanya peniaga kecil dan sederhana (SME) untuk memiliki website sendiri kerana menyangkakan kos pembinaan yang tinggi.

Tak dinafikan memang kos membina sebuah website ni boleh mencecah ribuan malah hingga ke puluhan ribu ringgit ke atas pun boleh jadi kalau website dibina oleh syarikat profesional yang berpengalaman.

Solution? Bina sendiri je website anda. Dengan modal serendah RM 100 setahun (kos domain & hosting) anda dah boleh ada medium end website yang  berfungsi. Boleh baca DI SINI  cara nak daftar domain & hosting pertama korang. Lagi best tak payah susah hati nak belajar coding. Pakai je content management system (cms) yang mudah digunakan seperti WordPress.

Kalau kena coding tak rasalah orang berumur  macam Pak cik ni mampu nak buat website sendiri.

pendapatan melalui website

Untuk bab teknikal tu lain kali sajalah saya share. Untuk posting kali ni saya cuma nak share 5 cara yang berpotensi menghasilkan pendapatan melalui website.

 

1. Gunakan website brand anda sendiri untuk memasarkan dan menjual produk fizikal sama ada keluaran anda sendiri ataupun produk dropship – Bagi saya cara yang pertama ni lebih sesuai untuk peniaga kecil dan sederhana ataupun ejen – ejen, stokis yang dah ada produk dropship yang dijual. Cara ini lebih kepada nak bantu automasikan proses penjualan dan bantu kemaskan lagi struktur dan proses jualan berbanding cara manual menggunakan whatsapp atau messenger.

Untuk yang baru nak mulakan bisnes dan masih tercari-cari nak jual apa, mungkin cara ini kurang sesuai. Sebab proses nak research produk apa nak jual, try and error dan research produk apa yang boleh menghasilkan pendapatan dan ada permintaan akan mengambil masa.

Kalau nak buat juga, saya sarankan anda untuk pilih nama domain website secara general. Sebab kalau perlu tukar produk, tak perlulah nak beli lagi domain name lain yang spesifik dengan produk yang anda nak jual tu.

Kalau betul-betul serius nak buat cara ni saya sarankan anda follow blueprint dari dropshipper yang dah berjaya. Anda boleh dapatkan blueprint dropship dengan website DI SINI.

Saya sendiri pun dah cuba cara yang ditunjukkan dalam blueprint dropship dengan website tersebut. Alhamdulillah dalam masa seminggu adalah hasil.

pendapatan melalui website

pendapatan melalui website

Tapi kena terus buat research dan cari produk yang ada demand dan boleh jalan dengan lebih consistent. Baru boleh bina model bisnes yang lebih sustainable. Ingat, produk research adalah penting sebelum mulakan apa-apa bisnes pun.

2. Gunakan website anda untuk memasarkan dan menjalankan perniagaan berbentuk servis –  Jika anda mempunyai kemahiran tertentu seperti menulis, membina apps, membuat terjemahan dan lain-lain, anda boleh jadikannya satu bentuk perkhidmatan di website anda.  Secara tak langsung dengan membina website untuk servis dan perkhidmatan yang anda tawarkan, brand anda lebih mudah dijumpai bakal pelanggan dan lebih dipercayai.

3. Buat website berbentuk blog dan hasilkan pendapatan melalui website dengan menyertai program affiliate – untuk cara ni anda perlu membina blog terlebih dahulu. Kalau tak ada niche yang spesifik, boleh pilih untuk hasilkan blog yang general. Cuma lebih baik jika anda dapat memilih niche dan membuat artikel serta mempromosikan produk affiliate dalam niche yang sama. 

Selain boleh tambah kepercayaan pembaca, anda juga boleh nampak seperti authority figure dalam niche anda.

pendapatan melalui website

Kalau sehari boleh dapat komisen 2-3 angka hanya melalui komisen affiliate dengan artikel di blog, best juga kan?

Kalau anda nak cuba, anda boleh lihat blueprint bisnes affiliate melalui blog DI SINI

4. Bina website berbentuk blog niche untuk hasikan pendapatan melalui website dengan Google adsenseBiasa dengar istilah sikit-sikit lama-lama jadi bukit? Macam tulah lebih kurang kalau nak start dengan google adsense ni. Macam blog kejapps ni tak ada adsense, sebab dah violate peraturan pertama, kena guna clean domain, tak boleh ada directory. Maksudnya kena guna domain macam domainanda.com, tak boleh ada benda lain seperti blog.domainanda.com.

Apa nak buat, dah setup blog dan dah buat banyak posting baru tahu tentang perkara tersebut. Sekurang-kurangnya dapat ilmu baru.

Konsep income dengan adsense ni ialah anda hasilkan konten di blog anda, anda daftar dengan adsense dan lebih banyak pelawat berkunjung ke blog anda,anda akan dapat income melalui impression dan iklan adsense yang mereka klik di blog anda.

Tak faham? hmm apa kata anda study dulu lebih lanjut tentang cara nak hasilkan income dengan adsense DI SINI.

5. Jual website anda – Ok mungkin bunyinya sedikit gila dan tak munasabah. Dah la orang tak reti bina website, nak suruh jual pulak website kan? Macam ni, ada satu platform international yang namanya Flippa. Anda boleh jual dan beli website di sana.

Menariknya anda tak perlu buat website yang super hebat pun untuk mula menjual di sana. Ramai dah orang Malaysia yang berjaya hasilkan pendapatan menjual website di Flippa. Anda hanya boleh bina template website yang berfungsi sahaja. Percayalah, tak susah pun bahagian teknikal ni.

Kalau anda nak lihat buktinya anda boleh lihat DI SINI

Saya pun baru mencuba hasilkan pendapatan di Flippa. Tetapi dalam masa 7 hari ni masih belum ada rezeki lagi. Setakat ni saya belajar untuk bina dan listing website ni dengan Tuan Baihaqi. Beliau ada sediakan satu panduan ringkas untuk hasilkan income di Flippa.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang panduan hasilkan income di Flippa tu, korang boleh baca dulu review penuh saya DI SINI

So itulah 5 cara yang berpotensi untuk hasilkan pendapatan melalui website yang korang boleh cuba.

Setakat ni Alhamdulillah, saya dah merasa pendapatan daripada 3 daripada 5 cara yang saya kongsikan ini. Saya berjaya merasa income dengan:

– website dropship

– website berbentuk servis dan jualan produk digital 

– melalui jualan produk affiliate di blog.

Untuk adsense tu dah mula ada income, tapi masih tak cukup minimum threshold untuk terima pembayaran. Yang di Flippa tu pula masih dalam proses pembelajaran dan try & error. Setakat ni listing satu website tapi masih belum berjaya lagi untuk dapatkan jualan.

Selamat mencuba.

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain ya.

 

1 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

servis penulisan artikel
Servis Penulisan Artikel
blogkejapps

servis penulisan artikel 2019

Alhamdulillah pada awal bulan November 2019 ini, melalui blog kejapps dot com, kami telah melancarkan secara rasmi servis penulisan artikel. Buat masa ini kami mahu

Read More »

Sampel penulisan 5

Sampel artikel 5 Tajuk: 10 Tips promosi produk affiliate di wall Facebook anda Teknik promosi ini adalah antara teknik promosi affiliate yang paling diminati ramai

Read More »

Sampel artikel 4

Ramai yang berkata pemasaran emel ini sudah ketinggalan zaman. Tiada lagi engagement dan respon yang tinggi kerana generasi masa kini lebih selesa dengan sosial media

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu