4 tips membeli produk digital

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
tips membeli produk digital
Read Time3 Minute, 47 Second

Dalam artikel kali ni aku nak kongsikan 4 tips membeli produk digital. Ramai membeli produk digital ini untuk menambah pengetahuan dan tujuan akhir nak menambah pendapatan termasuklah aku sendiri. Cuma sekarang ni aku tak taksub membeli produk digital ni. Aku lebih berhati-hati dan membeli produk digital yang aku rasakan betul-betul perlu dan akan menambah nilai (value added pada aku dan bisnes aku).

Aku faham, memang ramai orang termasuk aku sendiri kadang-kadang terdesak dan memang perlukan pendapatan tambahan untuk menampung keperluan harian. Tambah-tambah kalau korang dah ada tanggungan macam anak-anak dan isteri. Musim nak mula sekolah ni lagilah pening kepala nak cari tambahan bajet, Tak masuk pula beberapa bulan lagi lepas tu nak menyambut bulan puasa dan hari raya pula.

Aku bukan nak takutkan atau nak musnahkan harapan dan lemahkan semangat korang. Betul memang korang boleh buat pendapatan di online. Aku sendiri pun dah merasa. Malah aku sendiri ada pernah tulis tentang 2 cara jana pendapatan secara online. Tapi aku nak sangat kongsikan 4 tips membeli produk digital ni sebab aku tak nak korang jadi macam aku dulu. Asal ada duit sikit je,  habis semua produk digital yang aku mampu beli dan rasa okay aku beli. Lagi teruk ada sesetengah tu jadi tukun dan tak aku tak guna pun. Lagi sedih dan pedih aku gunakan duit yang aku tak ada.

Cukup throwback kisah sedih. Kalau aku boleh tolong korang jangan jadi macam aku dulu pun aku dah happy. Sebelum aku kongsikan 4 tips membeli produk digital ni aku nak share dulu beberapa screenshot.

tips membeli produk digital

tips membeli produk digital

tips membeli produk digital

Pernah tak jadi macam ni dekat korang? Masa nak beli sesuatu produk digital tu, korang rasa yakin yang produk digital tu lah yang mampu bagi breakthrough pada korang dan bantu bagi extra income yang korang perlukan secara konsisten. Tetapi lepas dah beli, dah cuba tak jadi pula. Lagi teruk kena keluarkan lebih kos dan masa lagi. 

Kalau jadi dah tak boleh buat apa. Belajar dari kesilapan. Kalau tak perna jadi lagi bagus dan teruskan baca 4 tips membeli produk digital di bawah supaya tak jadi isu macam screenshot yang aku kongsikan ni.

4 tips membeli produk digital.

  • Pertama sekali set mindset semua benda perlukan masa. Jangan terus nak dapatkan hasil sehari selepas membeli. Kalau beli sahaja memang tak boleh jadi. Sebaiknya korang cuba gunakan cara ni. Pertama baca (kalau ebook) dan lihat (kalau video) dahulu sampai habis dan jangan skip. Kedua baru cuba buat teknik yang dikongsikan sambil baca atau lihat semula panduan. Beri masa untuk diri anda dan dari semasa minta support dari vendor sehingga anda boleh berjaya. Jangan hanya tanya sahaja tanpa mulakan apa-apa.
  • Bukan semua produk digital sesuai untuk anda. Tahan diri dan abaikan promosi jika produk tersebut tidak diperlukan atau anda baru sahaja membeli produk yang hampir sama sebelum ini. Cuba dulu satu persatu teknik yang dikongsikan. Jangan terus gelojoh nak beli semua panduan yang ada. Baca berulangkali surat jualan dan pastikan kandungan panduan yang dikongsikan betul-betul boleh menambah nilai untuk anda dan bisnes anda. Jangan tanya vendor pula produk tersebut sesuai atau tidak untuk anda, pasti vendor akan jawab sesuai.
  • Fahami vendor guna pengaruh psikologi untuk menjual produk mereka. Jangan terpengaruh dengan nama besar vendor yang menjual. Apa yang perlu korang kaji ialah content dan kandungan. Aku bukan anti nama-nama besar. Tetapi kadang-kadang mereka gunakan leverage nama mereka untuk buat jualan. Tak salah tetapi kadang-kadang boleh misleading. Surat jualan memang kaya dengan pengaruh emosi. So sebelum beli kena buang emosi sikit dulu. Aku cakap senang, aku sendiri pun kalah banyak kali sebab ni.
  • Korang beli ni sebab korang nak berjaya dan bukan sebab beli sebab vendor dah berjaya dan tunjukkan hasil kejayaan diorang. Macam sekolahlah, cikgu ajar semua benda sama, tetapi ada berapa orang je yang boleh berjaya dan lulus dalam matapelajaran yang diajar. Ada yang kadang-kadang semua berjaya ada yang tak berjaya. Betul ke analagi aku ni? Tapi basically korang faham la kan.

Apa pun yang penting usaha kena ada dan tak boleh nak salahkan vendor semata-mata. Vendor pun banyak yang betul-betul nak bantu dan hasilkan produk yang berkualiti. Cuma kadang-kadang tak semua orang yang cuba teknik vendor tu akan berjaya.

Aku harap sedikit perkongsian aku ni membantu koranglah. Baca footprint surat jualan dan terma condition setiap produk diital tu baik-baik. Dan yang penting kalau ada apa yang tak kena dan tak puas hati tu selesaikanlah dengan cara yang baik dan beradab serta tak perlu berkasar.

Aku doakan korang berjaya dan sejahtera. Semoga tahun 2020 yang akan datang ni dapat ditempuhi dengan jayanya.

 

 

0 0

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca.... Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.