3 Sistem borang tempahan untuk bisnes online

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
sistem borang tempahan
0 0
Read Time3 Minute, 49 Second

Sistem borang tempahan adalah antara tools wajib bagi mereka yang nak buat bisnes online. Sebelum ni pun aku dah cerita secara ringkas tentang sistem borang tempahan dalam artikel INI. Cuma kali ni aku nak ceritakan dengan lebih lanjut mengenai sistem borang tempahan ni,

Sistem borang tempahan ni adalah satu tools yang wajib korang ada kerana:

  • Membantu memudahkan urusan perjalanan bisnes korang
  • Membantu uruskan tempahan dan pesanan daripada pelanggan secara bersistematik.
  • Ada no rujukan unik untuk setiap tempahan, mudah untuk korang semak.
  • Boleh diintegrasikan dengan sistem payment gateway, senang kerja, tak payah nak copy paste no akaun korang setiap kali orang nak buat bayaran.
  • Ada rekod, senang nak buat kira-kira cukai dan untung rugi nanti.

Dalam artikel kali ini aku nak sentuh dengan lebih terperinci tentang 3 sistem borang tempahan yang korang boleh gunakan untuk bisnes online.

3 sistem borang tempahan

1. Onpay – onpay ni antara sistem borang tempahan yang agak popular di negara kita. Bukan sekadar sistem borang tempahan, sistem onpay dilengkapi dengan pelbagai fungsi lain seperti pengurusan ejen dropship dan affiliate. Malah sistem onpay ni juga boleh berfungsi untuk melakukan hebahan sms dan juga emel disamping boleh buat surat jualan atau landing page korang dekat sini. Pendek kata memang all in one semua cukup untuk orang yang nak buat bisnes online.

Harga pula berbeza mengikut pakej yang dilanggan dan cara bayaran. Kalau buat bayaran tahunan lagilah murah bayaran yang perlu dibayar. Nak kata mahal tu tidak, tetapi agak padu jugalah berbanding alternatif yang ada di pasaran. Tetapi secara keseleruhannya pasti bayaran tersebut berbaloi dengan fungsi yang ditawarkan.

Menariknya ada free trial selama 3 bulan. Pakailah dulu, test sesuai ke tidak. Kalau rasa okay, terus langganlah, tunggu apa lagi.

2. Ordersini – ini adalah salah satu saingan kepada onpay. Ordersini ni pun menarik dengan fungsi yang tersendiri. Juga ada fungsi pengurusan dropship dan affiliate. Turut boleh digunakan untuk menjual produk digital, servis dan produk fizikal.

Harga pun macam pecahan harga onpay. Kalau korang berkemampuan nak keluarkan bajet untuk setahun, langganan bulanan akan jadi lebih rendah berbanding bayar setiap bulan.

Features pula, ordersini ada kelebihan dia yang tersendiri. Korang boleh tengok lebih lanjut di laman web ordersini

Setting pun senang dan banyak tutorial lengkap untuk setting serta support yang bagus dan cepat daripada team ordersini pasti akan membantu korang.

Cuma since ordersini ni masih kira baru juga lagi, diorang masih dalam proses tambah baik dan upgrade features dan integration. Setakat sekarang ni diorang just boleh integrate dengan payment gateway Billplz dan toiyibbpay sahaja. (mungkina semasa korang baca ni, fungsi dan integrasi dia sudah ditambah).

3. Woocommerce – woocommerce ni adalah plugin yang boleh digunakan bersama-sama laman web berasaskan content management system (CMS) WordPress. Yang bestnya wooccomerce ni free sahaja. Fungsinya pula adalah sangat-sangat banyak.

Setakat ni dah ada lebih 80 juta download yang woocommerce dapat dan 28% kedai online di dunia menggunakan khidmat woocommerce.

Selain free, aku suka dengan woocommerce ni sebab dia boleh integrate dengan baaaaaaaaaanyak sangat payment gateway dari paypal sampailah yang local punya payment gateway, macam senangpay, Billplz dan lain-lain.

Dan kalau dah tak ada sangat plugin extension free untuk tambah fungsi, korang boleh dapatkan extension berbayar. 

Tapi kalau korang nak guna memang perlu kena semangat sikit belajarlah. Sebab setting dia walaupun ada guide, tetapi sedikit memeningkan. Aku dulu pun berkali-kali juga baru dapat mahirkan diri.

Bila korang dah terror memang syok, boleh manipulate nak jual servis, produk fizikal, digital, single product, multiple product dengan variation. Memang power sangat-sangat sistem borang tempahan woocomerce ni weh. Kalau tak memang tak adalah lebih 80 juta orang download plugin woocommerce ni kan?

Kesimpulannya, aku cadangkan korang gunalah yang mana yang korang selesa berdasarkan bajet dan apa benda yang korang nak kena setting semua. Mana-mana pun boleh jadi hebat dan memudahkan korang kalau korang faham betul-betul dan manfaatkan sebaiknya sistem borang tempahan untuk bisnes korang.

Tetapi kalau korang tanya aku, ini adalah rating yang aku bagi berdasarkan 3 kategori iaitu:

  • kos
  • features
  • ease of use

Onpay

Ordersini

Woocommerce

Kos

3.5/5
4/5
5/5

Features

4.7/5
4.5/5
3.6/5

Ease of use

4.7/5
4.5/5
3.5/5

Aku harap artikel aku kali ni dapatlah membantu korang memilih sistem borang tempahan yang terbaik untuk bisnes korang. Macam biasa, jangan lupa share artikel ini kepada kawan-kawan dan family korang yang minat dengan bisnes online.

About Post Author

blogkejapps

Kami tak suka bercakap, tetapi suka menulis. Semoga apa yang kami tulis ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua pembaca. Skema kan ayat kami ini?

Jemput komen kat sini

About KEJAPPS.COM

 

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri dan bekerja kembali sambil teruskan impian nak buat full time digital marketing ni. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Belajar jana income dengan menulis

Jom belajar buat bisnes shopee. Sesuai untuk tambah income dari rumah.

Jom buat bisnes makanan delivery. Dari rumah jer!!!

Belajar hasilkan income USD

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

rezeki menulis
tambahincome@kejapps
blogkejapps

Rezeki Menulis

Alhamdulillah rezeki menulis. Buka-buka emel, ada pemberitahuan melalui emel tentang pembayaran komisen tentang satu sistem borang tempahan yang pernah saya tulis. Walaupun tak banyak, lepaslah

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang belanja kami minum kopi di bawah atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.